Saturday, August 14, 2010

Puteri Mandi



Manisan yang dibuat untuk berbuka semalam. Kalau dapat kelapa parut yg agak muda lagi sedap intinya. Balik dari ofis, gi kat kedai runcit beli kelapa parut. Tengok kelapa semua yg dah tua2 so tak de peluang nak dapat kelapa yg agak muda. kalau kat kampung senang nak dapatkan. Ini salah satu manisan yang saya suka makan lagipun ia guna tepung pulut so hari nie cuba elak buat kuih-muih yg guna tepung gandum. Nampaknya banyak hidangan saya lepas nie hanya berkisar tepung beras dan pulut sajalah. Teruk kalau sakit perut dalam bulan puasa akibat kehilangan air ketika "proses membuang".


Puteri mandi nie manisan orang2 belah pantai timur. Puteri-puteri yang berwarna warni tu bermandikan inti kelapa. Jom tengok resepinya.


Puteri Mandi

Bahan Kulit:

100gm tepung pulut
1/8 tsp garam
100ml air (masukkan sedikit demi sedikit dahulu)
pewarna merah, kuning dan hijau
Air untuk merebus (anggaran 1 1/2 liter)
sehelai daun pandan (jika ada)

Bahan Inti

1/2 ketul gula melaka
1/4 biji kelapa parut
1 sudu makan gula (optional jika anda hendak manis)
sedikit tepung gandum (untuk memekat sirap gula melaka)
air secukupnya
sedikit garam

Cara membuatnya:
  1. Masukkan tepung dan garam. Air dimasukkan sedikit demi sedikit sehingga mendapatkan doh yang lembut dan boleh dikepal.
  2. Bahagikan kepada 3 bahagian untuk diwarnakan. Contohnya warna hijau, merah ataupun kuning atau biarkan satu doh kosong tanpa warna. Terpulang kepada anda.
  3. Sementara itu rebus air dalam periuk dengan sehelai daun pandan
  4. Tepung yang diuli dan dibahagikan kepada tiga warna tadi digentel sebesar biji guli dan ditekan sedikit ditengahnya.
  5. Setelah air yang dijerang tadi mendidih masukkan tepung yang digentel tadi.
  6. Biar sehingga tepung timbul dipermukaan air seperti kita membuat buah melaka. Angkat dan toskan sebentar.
  7. Gaulkan dengan kelapa yang digaulkan dengan sedikit garam.
  8. Gula melaka pula dimasak dengan air dan dijadikan sirap dan masukkan sedikit tepung yg dbancuh dgn sedikit air untuk memekatkan sirap. Jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair.
  9. Apabila hendak menghidang baru tuangkan sirap gula melaka.
  10. Saya tidak asingkan sirap dan kelapa. Saya masak gula melaka jadi sirap kemudian masukkan kelapa yang digaul garam. Kacau sebentar dan masukkan sedikit tepung (jangan sampai ia kering, biarkan ia nampak berair sedikit) dan kemudian masukkan gentelan tepung yang telah masak tadi.



No comments: