Friday, November 26, 2010

cerita roadtax

Esok road tax kereta saya tamat tempoh so petang semalam lepas habis kerja bergegas ke Ikano untuk kepejabat pos disana. pejabat pos tu tutup jam 6 petang dan tak ramai orang, tu yang syok tu. Tak perlu tunggu lama kat sini. Ambil nombor tak sempat nak duduk nombor dah dipanggil. saya pun hulurlah not RM100 bersama-sama geran dan insuran cover. Nak renew road tax untuk setahun tapi kerani pos tu kata ' kak, hanya boleh renew 6 bulan je sbb nama akak blacklist, ada saman tak bayar". haaaa ada lagi ke saman...rasanya awal tahun dulu dah bayar dekat-dekat RM1000 saman ekor. Nie ada lagi ke?. uhhhhh saya bawak kereta laju sangat ke.....letihhhhhh.
saya dah budget RM100 untuk roadtax tapi hanya boleh renew 6 bulan so ada balance RM55 lagi kan makanyaaaaaa......cewah ada benda nak perabih duit tu...
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
dapatlah benda nie. Ikea buat sale untuk periuk nie. harga sebenar periuk nie RM79, offer jadi RM49. Offer nie hanya sampai 5hb Disember 2010 saja ye....so sapa yang baru kahwin, yg nak pindah rumah.....yang nak buat hadiah tu bolehlah datang beli. yang dah banyak periuk kat rumah tu tak payahlah ye nanti tak ada tempat nak simpan. Saya memang dah lama idamkan periuk nie tau......

Balik je dari gym dan shopping kat Ikea, perut memang lapar gila2. inilah hidangan makan malam saya simple dan mudah. yang penting sayur kena banyak. Wp saya diet tapi saya ambil jugak mayonis tapi yang reduced fat lah, jangan bubuh banyak sikit cukuplah dalam anggaran 1 tbsp. Hidangan nie dalam 450 kalori sahaja.


No comments: