Monday, November 29, 2010

memperkenalkan blog baru

Hari nie saya nak memperkenalkan blog baru saya iaitu http://koleksi-infosihat.blogspot.com. Dalam blog nie saya kumpulkan semua info berkaitan dengan kesihatan, sumber dari bahan pembacaan dan pengalaman sendiri.


Semasa pulang bercuti raya haji yang lepas, semua adik2 saya pulang bercuti. Adik lelaki ke dua bongsu yang bekerja sebagai ustaz juga turut pulang. Badan adik lelaki saya nie kelihatan sedikit gemuk berbanding sebelum nie. Dalam family, saya dan adik bongsu lelaki mempunyai ketinggian arwah ayah...kami berdua tinggi tapi adik2 yang lain berketinggian sederhana. Bila berat badan naik, badan adik lelaki ke 2 saya ni mula nampak bulat dan nampak pendek.


Saya tegur dia "kalau hang tak jaga makan, perut hang akan buncit..... pelik", dia jawap pada saya "kalau macam tu yong carikan ubat yang boleh kuruskan badan tanpa perlu sekat makan....abang(dia bahasakan diri dia) tak nak diet-diet nie". Saya cuba bukak laman web thebiggestloserclub dan cuba terangkan konsep diet dengan cara sihat tapi dia gelakkan saya dan dengar acuh tak acuh saja penerangan saya.


Semasa balik ke KL dia tumpang kereta saya, dia bawak masuk sesikat pisang dalam kereta. saya tanya nak buat apa tu, dia kata dia nak makan lah. Dalam kereta dia asyik makan pisang....lepas satu dia ambil satu lagi sampai habis sesikat pisang montel tu. Saya yang duduk memandu menahan geram tak terhingga....geram bukan sebab tak boleh makan tapi geram sebab tengok dia makan tak berhenti. Malam sebelumnya, ketika semua orang nak masuk tidur.....dia boleh pergi kedapur bancuh milo dan ambil balang bahulu. Bila saya marah...dia boleh kata " alah!!!!!! dah orang lapar, orang makanlah....janganlah membebel".


Saya frust sebab saya gagal sampaikan mesej kepada adik lelaki saya sendiri. Kurang membaca dan kurang maklumat telah menyebabkan dia tidak mengetahui mengapa manusia perlu makan. Makan berlebihan akan menyebabkan pelbagai jenis penyakit bukan sahaja obesiti. Masyarakat yahudi amat menitik beratkan makanan yang dimakan bermula dari janin bayi lagi dan hanya makan makanan yang memberikan kebaikan kepada badan dan otak sahaja sebab itu bangsa mereka bijak (kita ambil dari sudut positif).


Sebab tu saya buat blog nie....jika saya gagal sampaikan kepada adik saya...saya boleh kongsikan dengan anda. mudah-mudahan adik saya juga akan membaca blog tu satu hari nanti.

No comments: