Monday, August 15, 2011

Bila tetamu bertandang

Hujung minggu lepas buat pertama kalinya saya menerima tetamu yang ramai yang datang untuk berkunjung kerumah baru saya. Bermula dari pagi sabtu, adik saya dan isterinya datang lebih awal sebab adik ipar saya minta ajar buat biskut raya......lepas tu saya dan adik ipar sama-sama menyiapkan hidangan berbuka sebab keluarga mak cik akan datang untuk berbuka puasa dan bermalam dirumah saya.


Bila tetamu datang bertandang dirumah orang bujang yang serba kekurangan memang agak kelam kabut jugak dibuatnya. Saya menyediakan hidangan simple sahaja sebab mak cik dan pak cik saya adalah pengidap penyakit kencing manis yang agak kronik. Puas jugaklah saya fikir apakah yang perlu dimasak supaya pesakit kencing manis dan bukan pesakit boleh makan hidangan yang sama.


Saya menyediakan ikan kukus dan sayur sawi rebus untuk mak cik dan pak cik manakala roti jala, kari ayam, tart buah dan sotong goreng untuk sepupu-sepupu dan adik-adik saya. tapi bila berbuka....saya tengok semua hidangan yang disediakan dimakan oleh pak cik dan mak cik saya. Bertambah-tambah pak cik saya makan roti jala dengan kari ayam. Mujurlah roti jala tu saya buat mengunakan susu cair so tak adalah ralat sangat bila tengok dia makan banyak. Mak cik dan pak cik saya bukanlah orang yang berpendidikan tinggi dan tidak pernah access kepada internet jadi pengetahuan dalam penjagaan makanan sihat atau makanan yang kurang manis dan garam tidak dititikberatkan. Mereka berdua nie pengidap sakit 3 serangkai. pak cik saya adalah pesakit yang paling kronik sebab kencing manis dan darah tinggi, beliau kehilangan sebelah mata dan lumpuh separuh badan......pertuturan pun tidak jelas.

Ikan siakap kukus bersama cendawan. Resepi saya pernah postkan dahulu iaitu disini


Tarlet buah-buahan.....saya guna acuan besar. Seorang 2 ketulpun dah sangat kenyang. Adik sepupu saya siap mintak resepi lagi....sedap dan gebu je kuih tart tu. Resepi saya dah perbak postkan iaitu disini.


Talam Peanut Butter nie saya buat sebagai bekalan kepada tetamu saya apabila mereka pulang dalam jam 3 petang hari ahad supaya ia boleh dijadikan hidangan berbuka. talam nie dibuat apabila adik saya kata dia akan berbuka di tahfiz Al-Quran dan nak bawak sedikit buah tangan. Adik lelaki saya minta saya buat talam Seri Muka tapi beras pulut tak ada so saya tukar kepada talam peanut butter. Gambar diatas hanya separuh sahajalah sebab ia dah dipotong-potong dan dimasukkan dalam bekas.


Tinggal ini shajalah untuk saya berbuka puasa. Selepas semua tetamu saya balik dalam jam 3.....saya mula terasa keletihan. Saya dah tak fikir untuk mengemas rumah atau menyimpan semua pinggan-mangkuk, tilam dan bantal yang telah dikeluarkan.....yang saya nampak adalah katil saya. Terus masuk tidur sehinggalah terjaga semua dalam jam 6.15petang. lepas mandi dan sembahyang.....saya hanya duduk di sofa sebab keletihan masih belum hilang. Dalam jam 8 malam barulah saya goreng mee bagi dijadikan makanan berat saya.

No comments: