Wednesday, August 10, 2011

Cerita petang semalam

Semalam saya tak masak....beli saja kat pasar ramadan Paya Jaras. Oleh kerana hari sabtu nie ada tetamu yang akan berbuka puasa kat rumah maka semalam lepas je keluar ofis terus drive ke pasar malam Paya Jaras untuk beli barang-barang basah seperti ikan, ayam, sayur, buah dan makanan berbuka sebab dah lewat kalau nak masak. Biasalahlah kalau pergi pasar ramadan bulan-bulan puasa nie......semua makanan kat situ semua nampak sedap dan nak beli. Mujur tak ikut nafsu sangat semalam so saya cuma beli tepung pelita Paya Jaras dan laksa Penang. Kedua-dua belah tangan saya penuh dengan barang yang dibeli.....itu belum lagi ditambah dengan barang yang dibeli kat Tesco masa time rehat jam 1 semalam.

Sampai je kat rumah...letak barang-barang dan mana yang perlu dimasukkan dalam peti ais...saya masukkan dahulu. Makanan hidangan berbuka letak kat meja makan. Ambik periuk kecil dan masukkan sebiji telur dan air....pasang api dan letak periuk atas api. Sudah selesai semua tu terus masuk bilik untuk mandi dan sembahyang. Lepas semua siap terus ke sofa berehat sbb tak perlu masak pada petang nie. Buka Facebook dan hantar mesej kat kawan yang dah lama tak bertegur sapa sejak bulan posa nie. Line internet waktu nie tak yah cakaplah....slow giler......kena tunggu lama nak tenguk tulisan yang ditulis pastu lama tunggu lepas enter....memang fed-up sungguh.


Masa duduk ralit menulis mesej kat FB, tiba-tiba POMMmmmmmm bunyi kuat dari arah dapur......melompat saya bangun dari sofa dan berlari ke arah dapur. pucat lesi masa nie.....terkejut.


Tu dia!!!!!!!!!!!!!


Telur yang direbus dalam jam 5.15 tadi meletup sebab terlalu lama kat atas api. Mujur periuk nie tak terpelanting......kalau tak habis pecah hood dapur. Masa nie dah 6.35 petang.

Jadi saya gorenglah semula sebiji telur sebagai ganti telur rebus yang meletup tadi untuk dimakan bersama laksa....kalau tak laksa nie kosong sangat.

Lepas je azan maghrib, saya memulakan dengan 3 biji kurma dan 3 gelas air suam dan kemudian masuk sembahyang. Lepas sembahyang, ambik pingan dan keluarkan tepung pelita yang disimpan supaya sejuk sikit kat dalam peti ais.


Bukak plastik......tepung pelita nie dikatakan paling sedap kat Paya Jaras....tak sabar nak cuba....bila plastik dibuka tarrrrraaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!


Tepung pelitaku up side down.....dah tak nampak rupa lagi....inilah kejadiannya


frustttttttttttttttt......ambik sudu dan rasalah sikit mana yang terselamat tu. Jamahlah sikit nak tahu betul ke sedap tepung pelita kat sini. Mujurlah kureeeeng sikit bagi saya. Teksturnya lebih kepada rasa kuih tako. saya tak minat tekstur macam tu.....jadi tak lah ralat sangat-sangat. Masukkan balik dalam plastik dan buang dalam tong sampah.....rugi RM2 untuk tepung pelita sebesar 2 jari saya nie. Kecik bebenor kuih sekarang ye.....kesian kat orang yang ada anak ramai.....berapalah yang habis sekali pergi pasar ramadan ye.


Jadi begitulah kisahnya kejadian ketika berbuka semalam.....saya hanya makan semangkuk laksa penang (mujur sedap) dan 5 gelas air suam serta 3 biji strawberry lepas sembahyang terawih.

2 comments:

sumaliff said...

takpelah byk bersabar di bulan ramadhan ini..alhamdulilah di atas rezeki diberi olehNYa..

Chik Mimi said...

Alahai siannya ,heheh 1st time tengok org makan laksa dengan telur goreng. tak pe kita yg buat diakan