Monday, August 15, 2011

Kisah mak ndak saya


Hari sabtu lepas mak ndak dan keluarganya datang berbuka dan bermalam dirumah saya. Mak ndak saya nie tinggal di ulu yam sejak 5 tahun yang lepas selepas suaminya iaitu pak ndak terpaksa berhenti kerja kerana sakit teruk dan selepas itu mereka hidup berharapkan duit pencen yang diterima setiap bulan.


Hubungan saya dengan mak ndak saya nie sebenarnya tidaklah begitu rapat sangat....setahun sekali saya akan kerumah dia itupun kalau bulan puasa, kalau tak pergi nanti mak saya membebel. Mak ndak nie adalah adik mak saya yang ke 4. Lepas tak lulus SRP (SRP ke masa tahun 70-an... tak pasti tapi setaraf SRPlah ye), mak ndak datang dan duduk dengan kami. Masa tu saya berusia 6 tahun manakala adik saya 3 tahun dan yang ketiga masih baby. Mak terpaksa kerja bantu ayah diladang sebab kami masa tu hidup miskin sangat. Mak harapkan adik dia nie untuk mengasuh kami. Mak ndak saya nie telah mendera kami.....tak perlulah saya bangkitkan kisah lama tu tapi yang pasti peristiwa itu telah meninggalkan kesan pada saya. Saya tidak ada perasaan kasih atau sayang pada mak ndak......saya hanya pergi melawat dia kalau mak saya suruh. Selalunya sehari dalam bulan puasa saya akan kerumah dia tapi tahun nie tiba-tiba dia kata nak datang ke rumah saya bersama-sama keluarga dia.

Dia sampai kerumah saya dalam jam 4.30 petang, mujurlah anak sulung dia pandai baca arah yang saya bagi. Sesampai sahaja depan muka pintu rumah saya, mak ndak saya kata " Mak ndak nie sakit lah Yong.....mak ndak sakit belakang". Dia berkata dengan muka lemah dia......memang saya perasaan badan dia kurus dan muka dia nampak kusam sahaja. Saya bawak dia masuk ke bilik suruh dia berehat dan mintak diri ke dapur untuk sambung masak jaudah berbuka. Sebenarnya masa tu saya tidak mengendahkan keluhan sakit dia tu sebab itulah ayat pertama dari mulut dia yang saya akan dengar sejak 20 tahun lalu....setiap kali saya pergi rumah dia...dia mengadu "mak ndak sakit....mak ndak pening kepala.....mak ndak rasa lemah badan bla bla bla". Macam-macam sakit dia....dia sentiasa merunggut dan mengeluh.

Setelah selesai masak dan hidang jaudah berbuka.....saya panggil dia datang ke ruang tamu. Masa saya panggil nie dia masih mengeluh dia sakit pinggang lagi. Setelah selesai makan dan sembahyang termasuk sembahyang terawaih dimana adik lelaki saya jadi imam maka saya masuk kedalam bilik dan baring disebelah dia. Saya tanya dia "dah lama mak ndak sakit", dia pun mula bercerita.....berapa lama dia sakit dan bagaimana pak ndak saya kononya tidak memperdulikan dia (cerita lama....daripada dulu dia mengadu pak ndak saya tidak pedulikan dia). Dia kata bahawa sakit dia nie adalah disebabkan khianat jiran dia....jiran dia dengki dia....jiran dia hantar hantu kacau dia....saya cuma kata jangan menuduh. Hampir sejam juga saya dengar luahan hati dia.....sekali sekala saya menyampuk. Sepanjang malam tu dia berkeadaan seperti orang sakit....sekali sekala dia minta anak perempuan dia urut badan dia.

Keesokkan harinya, adik sepupu saya minta saya ajarkan dia buat almond london sebab katanya "mak sakit yong....mak kata dia tak nak buat kuih". Saya setuju sebab bahan-bahan memang dah ada kat rumah so saya memulakan operasi mengajar sepupu saya yang berusia 11 tahun nie.

Pada mulanya mak ndak saya duduk di sofa sahaja sebab tidak sihat.....kemudian dia datang tolong apabila tengok anak dia asyik buat silap je....kejap2 besar...kejap2 kecik bentuk kuih tu. Saya pulak lepas ajar sepupu saya buat bancuhan dan tunjukkan cara buat sebijik kuih terus ke dapur sebab nak siapkan kuih talam. Ketika nie saya perhatikan sakit mak ndak saya terus hilang apabila dia sibuk duduk buat biskut itu....dia teruskan sampailah ke proses menyalut coklat. Sakitnya yang tadi tu hilang terus....dia kelihatan bersemangat mengajar anak dia sambil menghabiskan doh bancuhan tu. Dia berdiri dan berjalan ke dapur malah dia tolong kemaskan dan basuh bekas-bekas yang digunakan untuk buat biskut itu. Semalam ketika sampai dipintu rumah saya dia nampak sakit sangat nak berdiripun payah tapi tiba-tiba dia jadi seorang yang sangat bersemangat.

Ketika nie saya teringat satu cerita dalam buku 'How to stop worrying and start living" oleh Dale Carnegie. Ada seorang wanita dizaman perang kedua. Wanita ini telah bertahun lumpuh, tidak bergerak, makan disuap dan hanya berbaring dikatil. Telefon sentiasa berada disebelahnya katilnya. Rumah wanita ini berhampiran dengan hospital tentera. Satu hari ketika perang meletus talian telefonnya sentiasa berbunyi....panggilan dari ibu-ibu yang risau akan keadaan anak-anak mereka...panggilan tersebut tersilap masuk dari talian pusat maklumat kecemasan hospital. Wanita ini menjawap panggilan tersebut....oleh kerana panggilan2 yang diterima semakin banyak....wanita tersebut tanpa dia sendiri menyedari...dia telah membangunkan dirinya dari katil sebab ingin menulis maklumat yang diberikan dan kemudian menyampaikan kepada pusat bantuan hospital. Wanita itu sibuk dan tidak memikirkan tentang sakitnya lagi.....dalam keadaan sibuk membantu menyalurkan maklumat kepada keluarga tentera yang cedera beliau telah mampu mengerakkan kakinya dan lama-kelamaan beliau mampu berdiri....sehinggalah beliau menjadi sukarelawan hospital.

Keadaan awal wanita ini adalah sama dengan keadaan mak ndak saya. Mak ndak saya sebenarnya bukan sakit fizikal tetapi dia terlalu memikirkan dia sakit....jiwa dia sakit. Otak dia asyik kata dia sakit.....suaminya bukan tidak memaperdulikan dia tapi jika kita berada disituasi beliau...apa perasaan kita jika lebih 20tahun mendengar keluhan dan aduan sakit-sakit keluar dari mulut mak ndak saya. Sebenarnya jiwa dia kosong.....pagi sehingga kemalam dan keesokkan harinya dia ulang perkara yang sama....dia tak tahu bagaimana menghabiskan masa dia dengan lebih bermakna....membuat kerja yang dia sukai.....hidup dalam keadaan yang lebih bermakna. Dia sebenarnya bosan tapi tidak tahu bagaimana untuk keluar dari kebosanan dia itu. Dia kebimbangan......dia sentiasa bimbang tentang sakit suaminya.....bimbang tentang keadaan anak-anaknya.....kebimbangan dan kerisauan inilah yang menyebabkan dia rasa dia sakit. Dia terlalu ambik berat terhadap kata-kata dan pandangan jiran-jiran kepada keluarganya. Dia rasa semua jiran-jirannya berniat jahat pada dia. Itulah masalah mak ndak saya sebenarnya.

No comments: