Thursday, August 11, 2011

Kuih Cara Manis Durian

Kuih ini saya buat sebagai salah satu hidangan berbuka semalam. Saya tak merangcang nak buat kuih untuk berbuka tapi bila lagi 30 minit tiba-tiba teringin nak makan maka terhasillah kuih cara manis durian nie.




Resepi nie adalah hasil modifikasi resepi asal kuih cara manis dengan hanya menambah durian didalam bancuhan adunan. Itu untungnya kalau kita simpan isi durian dalam peti, bila rasa teringin nak makan hanya keluarkan sahaja. tambahan durian menjadikan kuih cara bertambah sedap....wangi durian membangkitkan keunikan kuih cara manis ini. Jom tengok resepi.





Kuih Cara Manis Durian


Recipes & Publish by resepidaria.com



Bahan-bahannya (sukatan ini menghasilkan 12 biji sahaja):-


80gm tepung gandum


1 biji telur


50ml santan pekat (santan kotak)


150ml air


1 ulas isi durian (durian yg berisi tebal, jika isi durian itu nipis maka lebihkan)


sedikit garam


1-2 titik pewarna kuning


1 tsp minyak


sedikit gula


sedikit minyak untuk dileser pada acuan




cara-caranya:-


1. Blenderkan isi durian, santan dan air sehingga sebati.


2. Masukkan tepung dalam bekas, buat lubang ditengahnya dan masukkan telur dan garam. Masukkan bahan yang diblender tadi sedikit demi sedikit sehingga jadi bancuhan pekat sebelum memasukkan semua. Kacau rata dengan whisk tangan. Akhir sekali masukkan pewarna kuning dan 1 tsp minyak atau kalau rajin cairkan butter kedalam bancuhan, kacau rata. Rehatkan sebentar.


3. Panaskan acuan bahulu diatas api




4. Masukkan bancuhan adunan kedalam lubang acuan bahulu dan kemudian masukkan sedikit gula diatasnya.


5. Tutup acuan bahulu dengan tudung periuk (bagi acuan bulat). Saya tutup dengan tray pizza.
6. Guna api perlahan, biarkan ia masak. Kuih cara telah masak jika tiada tepung mentah kelihatan pada permukaan kuih.


7. Angkat dan hidangkan.

Nota:-


- Kalori bagi sebiji kuih cara manis durian ini adalah sebanyak 31 kalori.

3 comments:

norlie said...

sedapnya...

CT NoArIzAh ArIs said...

Terima kasih berkongsi resepi yg sedikit ni sesuai sgt utk keluarga sy yg tak ramai ni...nak pergi beli acuan bahulu tu dulu.:)

noradzlina.kamdani said...

1st time lin tau durian bole buat mcm ni...