Friday, August 12, 2011

Sayur Peria Katak Goreng


Petang semalam saya masak kari udang harimau...oleh kerana udang harimau berkolesterol tinggi (140mg bagi seekor) maka saya goreng peria katak sebagai gandingan. Memang satu gandingan yang menyelerakan...sayur yang pahit digandingan dengan masakan berlemak. Nasi yang sepatutnya diambil hanya 1/2 cawan sahaja jadi double gara-gara peria katak nie. Resepi simple saya...nak letak jugak walaupun semua orang dah tahu buat.


Sayur peria katak goreng


bahan-bahannya:-


2 biji peria katak, dibuang biji dan dihiris nipis

1 sudu makan udang kering, basuh dan toskan

2 biji cili kering-dipotong kecil-kecil

1 ulas bawang merah (shallot)-dihiris

1 ulas bawang putih-dihiris

1/2 sudu makan sos tiram

sedikt air

sedikit garam

sedikit minyak untuk menumis


Cara-Caranya:-


1. Peria katak yang telah dipotong nipis direndam dengan garam (1 sudu makan) selama 1 jam untuk kurangkan pahit peria.

2. Basuh semula peria yang telah direndam untuk hilangkan garam

3. Panaskan minyak, dan goreng bawang merah, bawang putih, lada kering dan udang kering sehingga naik bau. Masukkan peria katak, sos tiram dan air.

4. Masukkan garam dan angkat.


Nota:-

- Selepas peria direndam dalam air garam, bersihkan dan tos kemudian didihkan air dan celur peria sebentar. Saya tak buat step nie sebab saya suka peria yang pahit dan cruncy.




1 comment:

Amie said...

memang diet yang seimbang!