Thursday, August 11, 2011

Sayur petola masak air

Bulan puasa nie kami diberikan kebenaran oleh HQ untuk balik awal jam 4 petang sebab time rehat dipendekkan 30 minit. Selalunya balik jam 4.30 petang sebab tak mahu bertembung dengan budak2 kolej yang begitu ramai menginap di apartment tu nanti akan berlaku 'perebutan' untuk naik lif.

Saya dah 5 bulan menetap di apartment yang dibeli dengan harga RM220 ribu tu dan tiap2 bulan bayar maintenance fee sebanyak RM150. Perasaan happy masa pindah masuk rumah dah mula berkurangan sejak akhir-akhir nie sebab banyak unit-unit kat aparment tu disewa untuk dijadikan asrama budak-budak kolej Segi dan Kolej kejururawatan. Faham-faham sahaja lah kalau dah jadi asrama.....lif mula diconteng, dikencing dan berbau busuk.....menjerit-jerit macam jalang setiap masa hattta diwaktu sahur. Semalam mereka main merecun di koridor apartment....dan menjerit-jerit macam kawasan lorong tepi jalan. Bila tunggu lif...kena pula time budak2 tu turun bas maka tunggulah 15-20 minit kat depan lif...sebab mereka serbu dulu. Kita nie dengan bimbit beg2 barang terpaksalah bagi peluang. Budak-budak sekarang nie kurang ajar dan tiada sifat hormat langsung. Terasa duduk di flat kos rendah bila berhadapan dengan situasi begini.......terasa ralat membeli apartment yang kononnya sedrhana mewah lengkap kolam renang dan membayar ansuran RM1200 sebulan.



Semalam saya balik kerja jam 4 petang.....sesampai dirumah keluarkan barang2 dibonet.....penuh kiri dan kanan tangan. Masa keluar kereta....hanya beberapa orang budak kolej tengah tunggu tapi bila tutup bonet kereta....mak aiiiiii berduyun budak2 kolej sampai depan lif. Parking kereta saya sebelah lif so saya cepat-cepat jalan kedepan salah satu lif....mujur sesampai saja pintu lif terbuka.....saya masuk dulu dan terdengar suara kurang ajar dibelakang "oiiiii bagi orang tua masuk dulu" sialan betul dikatanya saya orang tua....saya lepas kebelakang.....sesaat kemudian lif penuh berhimpit (masuk selagi muat) dengan budak2 kolej....semua keluar ditingkat 4, lepas keluar butang lif semua merah dari tingkat 5 hingga ke tingkat 9. Sengaja tekan supaya pintu lif terbuka disetiap tingkat.....memang kurang ajar.


Semasa kat ofis memang banyak idea nak masak tapi bila sudah sampai rumah ayam yang telah defrostkan dimasukkan balik dalam peti.....perasaan malas datang menyerang.....akhirnya saya keluarkan petola buat sayur masak air, ikan kembung goreng dan tumbuk lada tomato....cukup. Ketika lagi 30 minit nak berbuka.....tekak rasa nak makan benda manis.....apa yang paling cepat nak dibuat....maka timbul idea untuk buat kuih cara manis durian....kuih cara lagi.....nak buat macammana ini yang paling senang.



Sayur petola masak air......kalau nak tahu inilah 'kepakaran' saya memasak masa remaja dulu sampaikan adik-adik saya bila bukak tudung salji dan nampak sayur nie maka mereka akan kata 'asyik-asyik masak air....masak air....tak reti nak masak yang lain ke". Nak buat macam mana masa kecik dulu hidup miskin, mak tanam sayur2 belakang rumah...sayur yang ditanam adalah petola dan kangkung...jadi saya masaklah sayur petola masak air, esoknya kangkung masak air lepas tu petola masak air lagi dan seterusnya sampai habis sayur tu.



Tapi semalam, inilah hidangan yang paling menyelerakan bila makan nasi. Lama sungguh tak makan hidangan begini.....hidangan orang susah dulu.



Sayur petola masak air

Bahan-bahannya:-


Sebiji petola, dibuang kulit keras dan dipotong menyerong


1 ulas bawang merah - dihiris


1 ulas bawang putih -dihiris


1 sudu makan ikan bilis, dibersihkan


Sedikit belacan


400ml air


Sedikit lada hitam ditumbuk (jika suka, saya tak masukkan pun)


garam secukup rasa


Cara-caranya:-


1. Masukkan air dalam periuk, masukkan bawang putih, bawang merah, ikan bilis dan belacan.


2. Rebus sehingga mendidih


3. Masukkan petola dan biarkan sehingga masak.


4. Masukkan garam dan tutup api.


5. Angkat dan hidangkan

4 comments:

Anonymous said...

salam kakak bdaria. saya sebenarnye dah lama follow blog kakak ni. suka tengok resepi kakak buat. tapi saya x de blog sendiri dan x pandai masak,tapi suka baca blog orng je :).Untuk pengetahuan kakak, saya pun duduk kat kasturi idaman (tingkat 14). saya perasan blog kakak ni masa saya ngah search pasal umah la. saya pun bujang juga. saya setuju sgt2 ngan kakak pasal perangai kurang ajar dak2 kolej ni sbb saya pun mengalami pengalaman yg sama mcm kakak. memang rasa dah x selesa duk sana. saya dah penah adukan masalah bising budak2 dan conteng lif ni. tapi diorang pun x leh nak wat ape ngan alasan mereka sewa kat apartment tu.memang jawapan x sedap telinga nak dengar.rasa gak ralat beli umah kat sini, tapi pikirkan balik nak wat mcm mana sbb dah beli. ok la kakak bdaria, selamat berpuasa :). oh ya lupa lak nak ckp nama. saya Aini.

bdaria said...

Salam Aini, wah kita berjiran rupanya. Sy pun dah adu pd management offis, mrk kata itu diluar kuasa mrk tp mrk bagi no tel warden budak2 tu. Rupanya ada 3 kolej yg sewa kat situ. Pagi tadi kereta akak dicalarkan...satu garisan panjang yg dalam kat bonet kereta. Rasa berasap je...sakit jiwa duduk dgn jakun-jakun dan beruk2 nie. kalau nak chat boleh add akak kat FB Bdaria Hussein.

Anonymous said...

Saya pun suke tengok blog mskn org.. tq 4 sharing.. saya cari sebab nak masak.. parents g haji jadi kene jd ketua kluarga utk adik bradik yang lain..

Mama Pongkey said...

Terima kasih di atas resepi ini, saya baru sahaja rujuk untuk masak petola sarang saya :-) Barak Allahu feekum.