Thursday, December 6, 2012

Pemeriksaan kesihatan

Khamis 22hb Nov, saya dan beberapa orang rakan telah membuat pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh di sebuah hospital (kos pemeriksaan...ofis tanggung...yessss). Ketika nurse ambil bacaan tekanan darah....tekanan darah saya tinggi melebihi bacaan normal dan dia tanya sama ada saya pesakit darah tinggi....saya jawap tak.

Ia adalah perkara biasa terjadi kepada saya....jika 10 tahun lepas bacaan begitu adalah terlalu kerap sebab saya terlalu tertekan dan murung. bila saya fikir balik beberapa tahun kebelakangan ini.....hidup saya tenang dan bacaan tekanan darah kebiasaannya berada dalam tahap normal. Awal pagi ketika tengah drive..mak sekali lagi call, saya return call lepas sampai ofis dan dia mintak saya belikan hadiah untuk kenduri kahwin sepupu saya. tujuan kami balik Kedah adalah sebab adik sepupu saya akan berkahwin sabtu nie (24hb).

Saya bagitau mak yang saya pening sejak dua hari nie....pagi tadi ketika bangun tidur sekali lagi kepala saya pening. Mak saya tanya samaada saya rasa boleh drive ke untuk ke Kedah nanti...saya kata ok kot. Saya sebenarnya tension......berhadapan dengan saudara mara yang ramai (majlis perkahwinan) sebenarnya menakutkan saya. Saya pujuk diri supaya tabah dan pekakkan telinga tetapi hati saya tidak dengar....ia tetap berdegup kencang dan berdebar-debar. Bila tidur....otak saya masih memikir....degilnya hati saya kan. Dalam kerja saya, saya berjumpa dengan individu berkedudukan tinggi serta berpangkat besar....saya tidak berdebar sebegini. Saya hanya akan berjumpa orang kampung tetapi mengapa hati saya setakut ini....tidak selesa, panik dan berdebar.

9 tahun yang lepas....selepas saya keluar dari ICU...saya ditempatkan di wad pesakit jantung. Ketika sedar...saya mendengar nyonya-nyonya cina bersembang tentang nasi dagang (hospital besar KT). Bila lihat saya celikkan mata....mereka dengan ramah tegur saya "sudah bangun ka....haiya muda-muda lagi sudah sakit jantung". Bila saya dengar pertanyaan mereka saya terus pandang beberapa wayar yang dipasang didada saya. Tidak lama kemudian seorang doktor lelaki datang ke katil saya dan kemudian beliau ambil kerusi dan duduk disebelah saya. Beliau berkata bahawa dari hasil ujian...saya tidak mengidap penyakit jantung...dia tanya 'awak stress ke?...awak terlalu tertekan..." air mata saya sahaja yang menjawap pertanyaan doktor ketika itu. Doktor kemudian terangkan bagaimana saluran darah saya tersumbat dan menyebabkan darah tidak sampai ke jantung untuk dipam dan sebab itulah saya tidak boleh bernafas...tension yang keterlaluan menyebabkan hal begitu (saya terangkan bukan dari sudut saintifik tetapi dari segi pemahaman saya ketika itu).

Semalam bila nurse tu tanya samaada saya darah tinggi atau sakit jantung...saya jawap tak. dia tanya adakah saya selalu buat check-up....saya cakap saya baru sahaja lepas melakukan pembedahan mata so sebelum penbedahan..saya dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan result ketika itu semuanya normal. Dia pelik sebab bacaan tekanan darah tinggi...saya tidak terkejut sangat sebab itu perkara biasa.

Selepas ambil tekanan darah dan ukur berat, saya buat pemeriksaan scan perut dan pad smear. Saya tolak buat pad smear(wanita yang tidak pernah melakukan hubungan seks dan wanita haid boleh tolak buat pad smear) dan hanya scan perut sahaja. Alhamdulillah semuanya sempurna. Lepas scan perut saya masuk pula bilik X-ray untuk ambik x-ray bahagian dada.

Lepas keluar dari bilik X-ray saya dibawa masuk ke bilik X-ray untuk buat mammogram test. Selepas adik saya disahkan mengidap breast cancer...saya memang nak buat mammogram. Bila saya tanya orang tentang mammogram test...mereka kata alah dia letakkan plat besi kat bahagian payu dara dan kemudian xray. Ok ia nampak macam mudah je kan.

Bila turn saya....saya yang masih pakai jubah putih hospital. Nurse bertugas minta saya tanggalkan jubah tu....ok separuh bogel(bahagian atas ajelah) dihadapan nurse nie. Dia suruh angkat kedua-dua tangan ke atas...saya buat lah...kemudian mereka akan tekan-tekan dengan jari bahagian payudara. Lepas tu saya dibawa ke hadapan mesin x-ray (ok mesin nie nampak macam mesin die cutting yang ada kat kilang saya je...tapi jenis keciklah...dasyatnya imaginasi saya sbb mesin diecutting yang terlintas difikiran bila tengok mesin x-ray nie).

Saya pandang mesin X-ray tu semacam je sambil otak dok fikir macammana nak letak kat dada. Salah seorang nurse tu mintak saya gempalkan gengaman tangan dan kemudian letakkan diatas kaca dan kemudian kaca kedua akan turun dan menekan gengaman tangan saya tadi....a little bit sakit right...so begitulah prosesnya nanti kata nurse tu (otak saya masih tidak dapat imagine lagi macammana saya nak letakkan payudara atas kaca tu).

Untuk memudahkan anda membayangkan mesin x-ray nie....bayangkan sekeping kaca yang sebesar A4 paper dan setebal satu inci dan kemudian kaca ini akan diletakkan dibawah payudara anda bahagian kiri dengan keadaan anda sedikit mengiring dan payudara anda akan di tarik untuk memastikan ia terletak elok atas kaca (kat sini saya dah pejam mata tahan rasa sakit sebab mereka tarik macam tarik getah scrap je....) dan kemudian sekeping kaca yang sama besar dan tebal satu inci akan tekan payudara kita sebelum mesin xray dijalankan. kena buat 4 kali...mengalir air mata saya menahan sakit. Kemudian bila dah siap.....saya diminta berehat sebentar sebab pembantu makmal nak tunjuk gambar x-ray kat doktor.

Saya bernafas seperti sedang buat yoga supaya kesakitan tadi berkurangan sikit.....pembantu makmal masuk dan kemudian dia kata 'akak...doktor kata kena buat sekali lagi'. Masa tu saya pandang dia kecik je....rasa nak tendang je budak tu....sakit tau tak...beberapa kali saya menjerit sakit bila kaca kedua menekan payudara. Rasa seksa giler duduk kat bilik nie.

Bila siap mammogram, saya dibawa pula untuk ambik sampel darah. Nurse yang masih muda minta saya naikkan lengan baju kiri...dia tepuk-tepuk pergelangan lengan untuk cari urat darah...tak berjaya. Dia mintak pulak saya naikkan lengan baju tangan kanan....tepuk-tepuk bahagian pergelangan lengan...masih tak jumpa. Kemudian dia mintak sya gengam tangan dan buat sedikit senaman lengan...ok saya buat. Dia cari lagi urat darah.....masih tak jumpa...beberapa kali cuba akhirnya jumpa.....jarum dicucuk (sedikit sakit berbanding dengan Hospital Tun Hussein Onn....mungkin budak nie baru kot). Darah yang keluar tiba-tiba terhenti dan tidak mencukupi seperti yang had minimun yang dikehendaki untuk satu tiub. Dia minta untuk ambik darah ditangan sebelah kiri. Kali nie sama jugak....darah tak mau keluar. Dia mintak ambik tangan sebelah kanan semula....darah hanya berjaya keluar sedikit sahaja. Akibatnya dikedua-dua belah tangan saya terdapat 4 cucukan hanya semata-mata nak ambik darah....apa ke susah benor darah nak keluar nie. Nurse dah putus asa....dia call kawan dia dan sekali lagi mereka tak berjaya. Akhirnya dia mintak saya ikut dia dan saya pun ikutlah dia berjalan ke bilik MO.....MO kata dia cuba teknik suntikan butterfly yang sering dibuat ke atas bayi...dengar perkataan bayi....tu maka saya terfikir....ok bestnya mesti tak sakit. Dia suntik guna jarum halus....masa nie terpejam mata saya sebab sakit sangat-sangat. Patutlah bayi lepas kena cucuk ambik darah mereka melalak dan demam.....rupanya ia sakit lebih sakit dari ambik darah kat lengan.

Ok selesai ujian ambik darah...ingatkan dah boleh makan. Jam sudah menunjukkan 1 tengahhari....perut bekeroncong sakan sebab kena berpuasa dari tengah malam semalam. Tiba-tiba datang seorang nurse dan beritahu bahawa doktor mintak saya ambik scan dada sekali lagi. Kawan-kawan yang menunggu dari tadi padang pelik sebab mengapa saya ambik masa yang lama sangat untuk siapkan pemeriksaan kesihatan. Mereka dah selesai dan tunggu saya hampir sejam lebih.

Lepas scan....maka selesailah separuh pemeriksaan kesihatan menyeluruh. Saya dikehendaki datang sekali lagi untuk stress test dan masa nie doktor akan bagitau result pemeriksaan yang dibuat hari nie.

Perkara pertama selepas keluar dari hospital adalah cari kedai makan. Masa menunggu makanan sampai...kawan-kawan tanya mengapa saya lambat. Saya bagitau bahawa saya buat mammogram test sebanyak 2 kali....dan saya ceritakan betapa sakitnya test tu. Seorang kawan kata 'ehhhh....aku buat tak sakit pun". Kawan yang lain terus jawap 'yelah....engkau punya (payudara) sebesar buah betik....yang dia punya sebesar buah epal je....dia pulak belum kahwin lagi..........memanglah sakit bila blabla (tak boleh nak sambung ayat nie sebab 18sx sikit)". Semua pakat gelak....saya dah terdiam. So kepada wanita yang belum berkahwin dan mempunyai saiz payudara yang kecil....memang sakit sikit bila nak buat mammogram....kena tahanlah.

Itulah serba sedikit pengalaman buat pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh kat hospital...kos pemeriksaan nie dalam lingkungan ribuan ringgit....saya tak tahu fiqure tepat sebab company yang bayar.

Entry nie adalah entri tertunggak....saya tulis lama tetapi tak post kat blog. Sampai kehari nie saya masih belum dipanggil oleh doktor untuk result test tersebut....mungkin minggu depan result keluar. Saya masih tidak tahu bagaimana keputusannya....harap semuanya oklah.

Monday, November 5, 2012

Jeruk Mangga Muda



Jeruk mangga muda atau jeruk mempelam pauh/pelam telur telah boleh dimakan. Saya buat minggu lepas...lepas balik dari kampung. Dekat rumah saya dikampung terdapat sepohon pokok pelam pauh/pelam telur yang setiap tahun berbuah lebat....dari zaman saya remaja sehinggalah sekarang.....buah tidak pernah berhenti. Pokok mempelam tu...arwah ayah tanam ditebing jalan untuk tujuan tahan tanah dari runtuh ke bawah (rumah kami atas bukit).

Masa saya dan adik-adik masih muda remaja....orang kampung memang agak susah nak nampak kelibat kami...kami bersekolah diasrama (kecuali saya) dan bila pulang ke kampung...kami hanya berada dalam rumah sahaja....kami tak tahu bawa motor so tak adalah nak merewang sekeliling kampung petang-petang....memang susah nak tengok muka anak dara Hussein....dan anak-anak teruna kat kampung hanya boleh intai muka kami jika kami ambik pelam pauh nie sahaja....wahhhh cerita zaman muda.

Masa saya kat kampung raya haji lepas....emak mintak saya tolong ambilkan buah mempelam pauh untuk dia sebab dia kata sayang sungguh tengok buah lebat dan tak ada sapa nak makan kalau dibiarkan dipokok....lebih baik dia buat jeruk. Saya turun ke bawah...bawak guni plastik kecik dan sebilah pisau. Anak-anak saudara yang kecik ikut turun sama....saya capai dahan yang rendah dan potong dahan tersebut. Buah lebat sungguh jadi tak sukar nak memenuhkan seguni kecil tu....sekejap saja dah penuh. Mak pesan ambik yang muda sahaja.

Angkat seguni kecil pelam pauh dan masukkan dalam besan yang berisi air untuk bersihkan kulitnya sambil emak dok bagi panduan macam mana nak buat jeruk. Saya tak pernah buat jeruk sendiri.

Nilah hasil tangan saya.....boleh tahan....ranggup dan tak begitu masam atau manis....just nice. Saya tak buang kulit sebab buah pelam pauh yang kecil....sedap kalau dimakan bersama kulit.....ranggup gitu.

Mak bagitau resepi ikut cara orang tua-tua....tanpa sukatan so balik kat rumah saya cari resepi kat internet yang hampir sama dengan resepi mak sebab saya nak tahu berapa sukatan gula atau garam yang sepatutnya. Saya jumpa resepi Hanybee@myresepi , resepi nie sama seperti resepi yang mak saya bagi cuma ada tambahan jadi saya ubahsuai sikit dari segi cara-caranya ikut kaedah emak saya.

Jeruk Mangga Muda
resepi asal: hanybee @myresepi

Bahan-bahannya:-
  • 8-10 biji mangga muda
  • 1 sudu makan kapur makan
  • 3 sudu besar garam kasar
  • 1-2 cawan gula pasir
  • 2 sudu makan cuka masakan (tambahan)
  • air secukupnya.
Cara-caranya:-
  1. Kupas kulit mangga (jika buah mangga besar) tetapi jika pelam pauh...hanya bersihkan kulitnya dan kemudian belah dua....buang biji dan selaputnya.
  2. Rendam pelam/mangga tadi dalam bekas yang berisi bancuhan kapur masakan selama 15 minit. Rendaman air kapur amat penting untuk jeruk pelam ranggup. Jangan abaikan step yang ini.
  3. Buang air kapur dan basuh sekali lagi pelam/mangga tersebut....toskan.
  4. Masukkan mangga dalam bekas bertutup. Tuangkan bancuhan air + garam kedalamnya. Tuang bancuhan garam tadi sehingga seinci melepasi buah mangga. Tutup rapat bekas dan peram selama 2 hari.
  5. Selepas rendam 2 hari....buang air garam tadi dan kemudian masukkan air suam kedalam bekas tersebut sehingga separas mangga dan biarkan selama 4 jam
  6. Dalam masa yang sama anda boleh masak gula + air sehingga mendidih dan kemudian biarkan ia sejuk.
  7. Apabila air gula sudah sejuk....masukkan 2 sudu makan cuka masakan.
  8. Toskan mangga dan masukkan kedalam bekas kedap udara.
  9. Tuang air gula + cuka kedalam bekas mangga tadi.
  10. Peram selama 1 hari kat luar dan kemudian masukkan kedalam peti ais dan biarkan selama 2 hari lagi sebelum boleh dimakan.
Nota:-
  • Pastikan anda tidak terlebih letak garam.....guna 3 sudu besar sahaja garam kasar. Jika anda terlebih letak garam maka sukatan gula kena lebih untuk seimbangkan rasa jeruk ini.
  • Tutup bekas yang direndam dengan air garam...kalau boleh alas kertas surat khabar dan baru tutup tudung bekas kemudian ikat dengan getah...sebab tudung bekas berpotensi untuk terbukak disebabkan tindakbalas garam.
  • Jeruk nie tiada bahan pengawet...so ia hanya tahan 2 minggu sahaja dalam peti ais. Buang air gula dahulu baru simpan supaya isi mangga tidak lembik (catatan hanybee).

Produk kecantikan


Setiap wanita inginkan kulit yang cantik dan sihat. Impian setiap wanita tanpa mengira usia.

Dari sudut penjagaan kulit....sudah tentu gadis yang berasal dari kampung seperti saya tidak begitu terdedah dengan produk-produk kecantikan yang cangiih-canggih atau mahal ketika usia remaja. hanya guna bedak sejuk ketika tidur waktu malam....tidak tahu mengunakan penyegar atau pelembab wajah.....kulit wajah gadis kampung biasa-biasa sahaja dan tidaklah gebu putih.

Bila kaki melangkah ke universiti...seperti biasa kita mula terpengaruh dengan perubahan persekitaran. Mula ingin memiliki barangan kecantikan sebagaimana rakan-rakan lain tetapi kewangan membatasi....hanya mampu menyimpan angan-angan.

Masa zaman universiti saya....produk Fair n Lovely amat terkenal dikalangan pelajar. Seorang senior saya memakai produk nie dan kulit wajahnya menjadi putih dan gebu....kami apalagi pakat-pakatlah beli tapi habis berbotol-botolpun kulit muka tetap tidak berubah sebagaimana yang diimpikan. ia tidak berkesan untuk saya.

Bila dah kerja....mula memakai produk-produk yang berharga mahal sedikit sebab dah ada duit so bolehlah mencuba pelbagai produk. Masa nie pantang ada orang promote produk....mesti cuba satu set punya tetapi seperti biasa....ianya tidak pernah menghasilkan keputusan yang dikehendaki. Tiada satu produk yang saya cuba memberi kesan positif.

Zaman kemurungan (satu tempoh dimana saya di uji Allah dengan ujian yang agak berat buat saya)....ketika ini saya abaikan langsung penjagaan tubuh dan kulit wajah. Saya tidak memperdulikan diri sendiri. Selama 3 tahun saya berada dalam keadaan begini. Akibatnya tubuh saya menjadi gemuk dan kulit wajah saya kusam dan berjeragat.

Apabila saya bangkit semula dari dunia kemurungan...perkara pertama adalah mengubah penampilan diri saya. Saya mula mendaftar diri di gym untuk menguruskan badan dan mendapatkan tubuh badan yang sihat serta memasuki pusat kecantikan untuk mendapatkan kulit muka yang putih gebu semula. Saya menghabiskan lebih RM12 ribu dipusat kecantikan ini (bukan pusat kecantikan yang suntik botox tu ye....jangan salah faham ). Satu hari rakan sekerja yang berbangsa cina (cawangan negeri lain)) terpandang kit produk kecantikan (produk dari pusat kecantikan itu) diatas meja solek dibilik hotel ketika kami sedang berkrusus dan terus menjerit " u guna produk nie.....u ditipu....syarikat nie penipu besar". Dia cerita bahawa dia menyiasat kes syarikat nie dan dia mengetahui bagaimana syarikat ini menipu penguna....wahhhhhh saya menjerit sekuat hati sebab duit dah habis RM12 ribu dan saya masih ada 9 kali lagi rawatan yang perlu dilakukan. Pengalaman saya nie saya ada kongsi dalam satu blog lain dan artikel saya telah tersebar di internet dan dijadikan bahan perbincangan serta seperti biasa manusia mulut-mulut longkang yang berfikiran dangkal tidak menganggap pengalaman saya sebagai satu peringatan atau pengajaran sebaliknya menjadikan dijadikan bahan kutukan so saya delete artikel tersebut dan tutup blog tu sebelum buka blog nie.

So dari segi mendapatkan kulit wajah yang cantik dan sihat....memang saya mencuba pelbagai produk dan mencuba berbagai kaedah.....beritahulah petua orang tua-tua....semua saya dah cuba.....setiap produk kat pasaran saya beli dan cuba.

Apabila sudah bergaji besar maka produk-produk mahal seperti SK11 dan l'occitane mula dicuba. SK11....tidak memberi kesan dan setiap kali produk pencuci atau pelembab habis....saya merasa agak 'demam' nak beli baru....saya cuba L'occitane dan saya dapati kulit saya serasi. Selama 2 tahun saya mengunakan L'occitane sehinggalah satu hari ketika bertugas di Kucing, Sarawak....saya dapati saya terlupa membawa beg set pencuci muka.

Saya minta rakan mencari farmasi dan ketika tu dalam fikiran saya hanya nak ambik produk yang murah sahaja....so saya capai satu set lengkap pencuci muka, penyegar, pelembab serta krim dan harga produk nie tidak melebihi RM60...masa tu saya agak terkejut sebab RM60 saya tak boleh dapat sebotol produk L'occitane tetapi untuk produk murah nie saya boleh dapat 4 barang sekali.

Selama seminggu di Kucing....saya guna produk tu....mula-mula takut juga sebab risau nanti ia merosakkan kulit muka saya. Apabila balik semula ke KL.....saya simpan produk murah tu dan terus mengunakan L'occintane semula sehinggalah beberapa bulan kemudian bila produk saya habis dan nak kena beli satu set baru yang mencecah lebih RM600. Saya keluarkan semula produk murah dari kotak dan mula guna sampai habis (sebab rasa sayang nak buang). Lebih kurang 4 bulan jugaklah saya guna produk nie.

Satu hari ketika dalam lif, seorang wanita dari jabatan lain (cawangan saya agak terasing daripada jabatan-jabatan lain dan saya jarang bergaul dengan mereka kecuali bertembung dalam lif) asyik merenung wajah saya....saya senyum sambil dalam hati berkata 'kenapa dengan perempuan nie asyik pandang je". Dia tegur saya "puan.....boleh saya tanya....puan pakai produk apa ye?....kulit muka puan nampak lain sangat....nampak bersih dan putih". Saya bertahu "produk murah je....jenama XYZ". Dia terkejut sebab dia sangka saya pakai jenama mahal. Selepas itu saya menerima banyak teguran berkaitan dengan kulit muka saya. Bila tengok cermin....betul ke kulit saya berubah....saya tak perasan pun. Cuma bila tengok gambar2 lama..... baru saya perasan akan perubahan tersebut....ye memang nampak lain...kulit saya nampak bersih. Sehingga sekarang saya masih guna produk murah tu.

Sekarang saya tidak pernah memakai make up tebal....cukup cuci muka, pakai penyegar, pakai pelembap dan pakai krim serta pakai gincu....inilah make up saya sehari-hari. Saya jarang memakai bedak compact lagi hanya jika ada perjumpaan atau meeting atau tugasan yang memerlukan saya keluar bilik pejabat barulah saya keluarkan bedak compact dan sapu nipis. Tanpa bedak compact....kulit saya nampak bersih dan nampak seperti saya bermake up....walaupun sebenarnya saya jarang berbedak.

Beberapa hari lepas...saya bertembung dengan staff wanita yang selalu tegur tentang kulit muka saya....saya terkejut tengok muka dia....nampak hitam bertompok dan berjeragat tebal....aikkkk kenapa dengan dia.....5 bulan yang lepas ketika terserempak dengan dia dalam lif....kulit muka dia tidak seperti ini. Jawapannya....selepas dia dengar saya cakap saya guna produk XYZ....dia terus pergi supermarket dan beli satu set sebagaimana yang saya cakap.....dia guna 2 minggu dan selepas tu kulit muka dia macam terbakar dan mula kehitam-hitaman....jeragat tumbuh dengan cepat sehingga menyebabkan kulit muka dia menjadi kusam dan bertompok hitam. Dia cakap sehingga sekarang dia terpaksa berjumpa dengan pakar kulit bagi mengatasi masalah kulit muka dia. saya tulis artikel nie atas sebab raa bersalah terhadap dia.....akibat terpengaruh dengan keberkesanan produk murah maka dia sekarang terpaksa membayar mahal untuk berjumpa pakar kulit. Kesian sungguh kat dia.....rasa bersalah pulak.

So rakan-rakan.....sekarang anda tahu mengapa saya hanya tulis produk XYZ sahaja sebab saya tidak mahu nasib staff wanita ini terjadi kepada anda jika saya dedahkan nama produk yang saya guna. Ia mungkin sesuai untuk kulit wajah saya tetapi ia belum tentu sesuai untuk anda. Jangan ikut orang.....cuba seminggu dan jika ada kesan kemerah-merahan di kulit muka dan rasa tidak selesa....terus buang produk tu.....jangan guna lagi. Yang penting jangan malas mencuci muka....memakai penyegar dan menyapu pelempab setiap pagi dan malam sebelum tidur....pastikan anda ada tiga produk nie....pencuci, penyegar dan pelembab....tak kiralah jenama yang anda guna itu mahal atau murah asalkan ia sesuai dengan kulit wajah dan poket anda. Yang mahal belum tentu ia bagus.....yang murah kena jaga hidrokinun dan bahan kimia yang dimasukkan dalam produk untuk memutihkan kulit....elakkan produk ini.

Thursday, October 25, 2012

Rat Race 2012


Setelah hampir setahun tidak aktif bersenam....timbul beribu kerisauan ketika memasukkan nama sebagai salah seorang peserta rat race. Dalam ofis nie hanya ada 4 orang pegawai perempuan....so salah satu syarat pertandingan adalah salah seorang peserta dalam satu pasukan haruslah perempuan. Satu kumpulan ada 4 orang dan salah seorangnya mesti perempuan.

Kebanyakan pegawai lelaki adalah pegawai-pegawai yang masih muda dan kebanyakan mereka adalah aktif bersukan...tu yang kecut perut sebab risau nanti kekalahan mereka adalah disebabkan oleh saya. Dalam pertandingan Rat Race ini, jarak larian adalah 5km dan ada 7 checkpoint. Di checkpoint ke 7, semua keempat-empat peserta dalam satu pasukan haruskah ada....barulah boleh lari ke garisan penamat dan dianggap menyempurnakan larian. Jika salah seorang ahli kumpulan tidak sampai di checkpoint ke 7 maka ahli yang lain kena tunggu. Dan seperti yang dijangka....ketika dicheckpoint ke 7, 2 rakan lelaki sudah menunggu saya manakala seorang rakan dalam pasukan berlari sebelah saya sambil beri semangat ' u can do'it'.......

Pasukan kami berjaya menghabiskan larian sejauh 5km itu walaupun tidak memenangi apa-apa hadiah. Yang penting keseronokan berlari bersama-sama beratus-ratus pekerja kolar putih dan berlari dengan memakai pakaian pejabat. Pasukan saya adalah pasukan 1 malaysia, 2 pegawai lelaki berbangsa india, 1 pegawai lelaki berbangsa cina dan saya wanita melayu. Kami bersama-sama menhabiskan larian....apabila sampai kegarisan penamat...kami sama-sama ketawa dan ucap tahniah sebab kami berjaya habiskan larian wp tanpa apa-apa hadiah. kekalahan adalah disebabkan oleh saya....saya yang lambat tetapi mereka tetap tunggu saya.
Saya selalu tertanya kenapa larian ini dinamakan Rat Race. Rat race....jika diikutkan ia adalah fenomena pekerja kolar putih yang makan gaji. Keluar dari universiti dan memasuki dunia pekerja dan berdiri dikaki sendiri. Memasuki dunia pekerjaan....masuk kerja jam 8 pagi dan pulang 5 petang setiap hari. keluar diwaktu yang sama....jalan yang sama dan sampai diofis....melakukan kerja yang sama. Esok atau lusa dan seterusnya ia adalah perkara yang sama dilakukan.

Setiap bulan menunggu gaji.....setiap tahun meninggu kenaikkan gaji. Kita mengulangi perkara yang sama setiap hari, setiap bulan dan setiap tahun....itulah rat race. Berlari diputaran yang sama. Kita takut meninggalkan gelung tu sebab komitmen dah tinggi....loan kereta dan rumah kena bayar tiap-tiap bulan....kita akan bekerja sehingga pencen.


Wednesday, October 17, 2012

Kuih Keria @ kuih gelang


Wahhh ini adalah entri masakan saya yang pertama setelah berehat begitu lama dari memasak....inilah baru namanya blog masakan...sebelum nie saya ubah dan jadikan ia blog cacamarba. Lamanya saya tidak memasak......bukan tak masak langsung tapi kalau setakat buat telur dadar, goreng sosej tu buat malu je publish kat blog kan. Dasyat sungguh kemalasan saya....itu untungnya orang bujang tak dak sapa nak marah kalau tak masak kan.

Saya beli 2 ketul ubi keledek (rasanya 3 minggu lepas) kat pasar malam dan 2 ketul tu terbiar begitu sahaja sehinggalah petang semalam....bila bukak tempat simpan sayur kat peti ais....satu ketul dah rosak dan tinggal satu ketul sahaja. Keluarkan dan kupas kulit, potong kecil dan rebus. Maka terhasillah 6 ketul kuih keria atau kuih gelang nie yang mana 3 ketul lagi masih ada kat dalam tupperware dan tunggu saya habiskan petang nie.

Untuk resepi kuih keria nie saya guna resepi dari Quinnie. Dalam resepi nie ada dimasukkan tepung ubi...so saya ingin sekali nak lihat hasil kuih keria apabila dimasukkan tepung ubi. Memang ada perbezaan....bagi peniaga kuih, rupa bentuk kuih amat penting dalam menarik minat orang membeli so itulah fungsi tepung ubi. Ia menjadikan kuih keria nie sentiasa nampak 'tegang' dan tidak lembik malah lebih ranggup diluar dan lembut didalamnya.

Sebut pasal 'tegang' nie kan....anda dah tengok gambar terbaru Raja Ema dalam Nona keluaran bulan nie?. Saya 'speechless' bila tengok gambar Raja Ema nie. Don't say anything atau komen tentang hal dia bertudung atau bagaimana wajah dia berubah sebab saya taknak blog nie menjadi tempat mengumpat dan fitnah orang tetapi yang saya nak ketengahkan adalah BAGAIMANA DIA KURUS. Wahhhh jelesnya....tengok badan dia kurus.


saya nak kurus macam nie jugak!!!!!!!!! jerit kuat-kuat tapi pagi tadi baru habiskan semangkuk laksam (kuang3). Jika anda masih ingat kat Raja Ema, dia nie masa zaman anak-anak daranya....badan dia cubby dan gempal kan malah masa dia menjadi isteri Sheqal....badan dia besar tapi sekarang .....dia buat saya 'speechless'.

Kembali semula ke topik asa iaitu kuih keria. So kepada Quinnie yang sedang menyepikan diri dari dunia blogging....terima kasih atas resepi nie ye.....so inilah resepi kuih keria yang diambil dari Myresepi sumbangan Quinnie.

Kuih Keria
Resepi dikongsikan oleh Quinnie, Myresepi (sila rujuk di sini)
  • 500gm keledek
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung ubi
  • 1/4 cawan gula untuk menyira dan sedikit air
Cara-caranya:-
  1. Ubi keledek dikupas, dipotong kecil dan direbus sehingga empuk
  2. Toskan keledek dan kemudian lecek hingga lumat
  3. Campurkan tepung gandum dan tepung ubi bersama dengan keledek dan uli sehingga menjadi ketulan doh yang tidan melekat kat tangan.
  4. Sapu sedikit minyak dan sapu ditangan anda.
  5. Ambil sedikit doh dan bulat-bulatkan kemudian leperkan sedikit dan tebuk lubang ditengahnya mengunakan jari telunjuk anda dan buat bulat seperti gelang.
  6. Susun atas bekas yang telah disapu dnegan sedikit minyak dan buat sehingga habis doh
  7. Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan. Toskan
  8. Panaskan gula dengan sedikit air didalam kuali yang lain dan kacau sehingga ia likat kemudian masukkan kuih yang telah digoreng tadi.
  9. Padam api dan kacau atau golek-golek kuih tadi sehingga terbentuk bunga gula diatas kuih. Angkat.
Nota:-
  • Pastikan keledek tidak direbus sehingga terlalu empuk sebab nanti doh akan menjadi terlalu lembik dan kuih tak berapa sedap.
  • Saya hanya guna 1 sudu makan gula sahaja sebab tak suka manis sangat
  • Untuk lebih cepat, saya selalunya akan panaskan 2 kuali sekali gus. 1 kuali untuk mengoreng dan satu kuali untuk masak air gula. Saya akan masukkan air dalam anggaran 1/2 cawan dan masak dengan api perlahan. Apabila kuih siap digoreng, air gula saya sudah likat dan saya terus sahaja masukkan dalam kuali kuih yang telah ditos tadi.





Friday, September 7, 2012

eiiii lipassss

 Cerita nie berlaku pagi semalam dalam jam 9 pagi gitu. Masa saya tengah duduk khusyuk depan komputer kat dalam bilik pejabat saya, tiba-tiba saya dengar suara lelaki menjerit....lipasssss....lipasss......sambil melompat-lompat geli. 'lipasss.....kat situ...kat situ...tu dia keluar lagi'. Saya bangun dari kerusi dan keluar dari bilik. Rakan sekerja S sedang menjerit-jerit sebut lipasssss...lipasssss sambil berlari ke arah bilik dia disebelah kanan manakala rakan sekerja N pula lari ke arah kiri.....masing-masing takut lipas.


beberapa ekor lipas keluar dari laci kabinet terbiar yang terletak ditepi dinding. Mungkin si S atau N telah bukak laci tu dan apalagi lipas tu lari lah bertempiaran. Beberapa ekor lipas bertempiaran lari di lantai mungkin terkejut dengan jeritan kedua-dua lelaki nie.

Saya dan seorang pegawai senior lelaki berlari ke arah kabinet tu dan pijak mati lipas-lipas tu. Mujur saya pakai selipar bukan kasut tinggi so senang saya kejar lipas-lipas tu. Ok 2 ekor lipas mati ditangan saya dan 3 ekor mati kat pegawai senior tu. Saya ambik bangkai lipas dan masukkan kedalam plastik kemudian ikat dan masukkan kedalam tong sampah.

"Okkkkk...lipas dah tak ada" jerit saya kepada 2 jejaka yang berbadan tegap nie. Saya masuk bilik, tutup pintu dan tutup mulut supaya suara gelak saya tak didengari oleh mereka berdua. Kalau tidak disebabkan bilik saya berdinding kaca....dah lama saya gelak berguling kat lantai.

Apa punya ceritaa.....ada ka patut perempuan yang tolong bunuhkan lipassss untuk kedua-dua lelaki nie. badan sahaja tegap....menjerit terkejut tengok lipas mengalahkan perempaun.... siap melatah lagi tu. Yang pasti mereka berdua memang malu sakan kat saya....muka mereka merah padam bila tengok saya dengan selambanya pijak lipas-lipas tu kemudian ambik bangkai (ambik dengan kertas lah) dan masukkan dalam plastik.ishhhhh la, tak kena langsung dengan status tugas depa....adaka patut officer yang digeruni..... takutkan serangga sekecik nie. 

Wednesday, September 5, 2012

Kuih siput sedut

 Kuih siput sedut...sebenarnya kuih siput tetapi kali nie ia adalah kuih siput yang dibuat berbeza dengan kebiasaan yang selalu kita nampak. Saya tidak buat kuih nie...adik perempuan saya beli kat kawan dia. Saya tunjukkan kat blog sebab saya suka kreativiti orang yang membuat kuih siput nie.

Bancuhan tepung adalah seperti bancuhan kuih siput...so anda boleh guna resepi kuih siput milik anda cuma anda ubah bentuknya sahaja...kalau selalunya buat guna sarang kuih siput kali nie guna mesin pasta pulak.
 Close up gambar kuih siput sedut.
 Tepung dicanai nipis mengunakan mesin pasta dan kemudian masukkan tepung tadi kebahagian tengah mesin. Ambil sekeping tepung dan kemudian balut ikan bilis yang dibelah dua. Lilit bermula dari kepada ikan bilis dan kemudian turun keekornya.

So kalau ada sesiapa yang rajin untuk mencubanya bolehlah cuba buat kudapan nie dan kemudian boleh kongsi samaada resepi anda itu menjadi. Kuih siput nie sangat ranggup dan sedap...itu sahaja yang saya boleh katakan.

Saya sengaja letakkan gambar disini sebab nak bagi idea untuk orang yang rajin untuk memcuba.

Friday, August 17, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri






“Dalam bermesra mungkin terkasar bahasa,

Dalam bergurau mungkin terlanjur senda,

dalam berjanji mungkin ada yang belum dikota,

dalam berbicara mungkin ada yang menyingung rasa.

jika ada, kemaafan yang dipinta......”


Saya memohon maaf kepada para pengunjung blog dan rakan-rakan blogger jika ada tersalah tutur kata atau ada tulisan saya yang menyinggung perasaan anda samaada secara saya sedar atau tidak. Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada anda semua.

Saya sudah bercuti hari ini dan mungkin ketika ini saya sedang memandu di Lebuhraya Karak Highway (ini adalah scheduled entry). Jika anda memandu untuk balik beraya....selamat memandu dan semoga anda dan saya akan selamat sampai ke destinasi yang dituju. Mungkin hari ini lebuhraya akan sesak dengan kereta dan tidak boleh pandu laju....kawan saya kata kalau takut dengan kesesakan lebuhraya masa nak balik raya maka hilanglah feel hari raya tu. Tak rasa macam balik raya kalau jalanraya tak sesak.

Tentu anda dan saya cukup suka akan lagu raya yang begitu nostalgia nyanyian P Ramlee nie....tiada satu lagu yang boleh mengatasi kemerduan lagu nie....so saya letakkan lirik lagu raya tu disini bagi mengakhiri entri kali ini. Selamat Hari Raya Semua.


Dengar Beduk Berbunyi,

Sayup Bergema Di Subuh Sunyi,

Memanggil Kepada Muslimin,

Segera Berbakti,

Kepada Ilahi….


Kini Tiba Masanya,

Hati Gembira Di Hari Raya,

Bertemu Sanak dan Saudara,

Bermaaf maafan Dengan Keihlasan….



Terdengar Suara Takbir,

Memuji Nama Ilahi,

Rasa Dalam Kalbu,

Tenteram Dan Aman Selalu…

Oleh : P. Ramlee…


Monday, August 13, 2012

Tat Nenas Berkeju


Mungkin ini adalah biskut terakhir yang saya buat untuk raya nie....biskut wajib...memang kena buat sebab permintaan  ramai. Lepas siap baking...saya terus simpan semua bahan-bahan cookies dan bersihkan meja membaking serta oven. Tahun nie saya tak banyak shopping barang-barang baking.....jika saya beli tepung kentang 500gm dan hanya guna 250gm maka saya akan cari resepi biskut lain yang guna tepung kentang supaya saya tidak perlu simpan baki tepung nie dan jika saya simpan sudah tentu tahun depan ia akan masuk dalam tong sampah....tahun-tahun lepas saya banyak buang lebihan bahan cookies....membazir betul. Tahun nie saya lebih berhati-hati bila membeli terutama kalau dah masuk Bakery Shop (tambah pulak Bakery shop satu taman).

Tat Nenas saya tahun nie nampak pucat sikit sebab saya terlupa nak masukkan sedikit pewarna kuning....bila nak bakar baru terasa pelik kenapa nampak pucat sangat. Tahun nie saya adjuct resepi dan tambah cheese dalam biskut nie....cheese yang saya beli tahun lepas kononnya nak buat red valvet cake tapi sampai sekarang cheese tu masih dalam peti ais.



Tat Nenas Berkeju

Bahan-bahannya:-

Bahan A
  • 250gm Butter
  • 150gm minyak sapi QBB
  • 100gm cream cheese
  • 60 gm gula aising
  • 1/2 tsp garam
Bahan B
  • 3 biji kuning telur
  • 1 sudu besar air perahan lemon
  • 1/8 tsp pewarna kuning
  • 1/8 tsp perisa vanilla
Bahan C (diayak bersama)
  • 500gm tepung gandum
  • 160gm tepung jagung
  • 2 sudu besar susu tepung
Jem Nenas (sila rujuk d resepi disini)

Note: Untuk sukatan di atas saya buat jem nenas mengunakan 3 biji nenas- just nice dengan bancuhan tepung.

Hiasan : Kuning telur + sedikit pewarna egg yellow

Cara-caranya:-
  1. Pukul bahan A sehingga ringan dan kembang
  2. Masukkan bahan B, kacau sehingga sebati
  3. Masukkan bahan-bahan C, gaul perlahan-lahan sehingga menjadi doh
  4. Masukkan doh dalam peti ais dalam 30 minit.
  5. Mengunakan acuan tat nenas gulung, tekan dan letakkan inti jem nenas kemudian gulung. Buat sehingga habis
  6. Susun atas dulang pembakar yang telah di alas dengan baking paper.
  7. Sapu kuning telur diatas tat
  8. Panaskan oven. Bakar pada suhu 175C selama 15-20 minit (bergantung kepada jenis oven anda).
  9. Sejukkan diredai sebelum dimasukkan kedalam bekas yang kedap udara.

Untuk sukatan diatas, anda akan dapat 2 1/2 bekas bulat ini. Dalam anggaran 100 biji.

Sunday, August 12, 2012

Melt in Mouth German Cookies


Tahun lepas ramai yang sudah mencuba biskut nie yang resepinya dikongsi oleh Rima Bisous A Toi dan kemudian oleh Che Mat Gebu. Tahun nie saya pula teringin nak mencuba...saya ambil resepi dari blog Ros @ Jintanmanis. 

Tadi lepas berbuka dah cuba makan beberapa biji (bukan sebijik tetapi beberapa bijik, maknanya sedaplah tu). Memang seperti nama biskut nie....cair di mulut...memang best. Kalau yang belum pernah buat lagi biskut nie baik cuba memang tak rugi. Sukatan resepi dibawah nie boleh dapat satu balang sederhana. 


Melt In Mouth German Cookies
Resepi diambil dari Blog Rosmarlina @ Jintanmanis.com

Bahan-bahannya:-
  • 250gm Mentega
  • 250gm Tepung Kentang
  • 160gm Tepung Gandum
  • 100gm Gula Kastor
  • secubit garam
Untuk topping gula: satu sudu makan gula kastor + 2 titik pewarna pilihan anda

Cara-caranya:-
  1. Satukan tepung kentang dan tepung gandum, ayak dan ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula kastor sehingga sebatu dan kemudian masukkan secubit garam.
  3. Perlahankan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan sebenar.
  4. Ambil sedikit adunan (saya guna sudu penyukat bersaiz 1/2 tsp) dan kemudian bulat-bulatkan. Celupkan atasnya dengan sedikit gula kastor yang berwarna dan tekan dengan garpu sehingga sedikit leper. Buat sehingga habis.
  5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 175c selama 15 minit.
  6. Sejukkan atas jaring sepenuhnya sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.

Mocha Casablanca Cookies

Dalam malas-malas nak buat biskut tu terhasil jugak 2 jenis.....semua nie operasi pagi sabtu. Masa bake biskut nie bau harum semerbak....bau cappucino. Tahun nie saya tak banyak beli bahan untuk cookies...guna   lebihan barang tahun lepas. So biskut pun saya buat guna bahan yang ada kat dapur ajelah...tahun nie tak nak membazir.

Lepas bukak puasa tadi...dah rasa sebijik biskut nie. Sedap dan ranggup tambah pulak ada rasa cappucino. 

Mocha Casablanca Cookies
Sumber resepi : Buku Festival Cookies, Chef Asma

Bahan-bahannya:-

Bahan A
  • 210 gm Mentega
  • 80gm gula aising
  • 2 sudu teh cappucino emulco
  • 1/2 tsp garam
Bahan B - diayak bersama
  • 220gm tepung gandum
  • 50gm tepung jagung (saya tak masukkan)
  • 20gm tepung kentang (saya guna 70gm tepung kentang)
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1/2 tsp serbuk penaik
  • 50gm coklat rice (saya tak masukkan sebab tak ada)
Hiasan : Coklat Chip

Cara-caranya:-
  1. Putar semua bahan A sehinggan ringan dan kembang
  2. Masukkan semua bahan B. Pukul perlahan-lahan sehingga menjadi doh
  3. Picitkan doh dengan muncung aising 4ft dan hiaskan dengan coklat cip
  4. Panaskan ketuhar. Bakar pada suhu 150c selama 15-20 minit (saya bakar dalam 15 minit sahaja

Ini corak sebenar biskut nie dalam buku tapi saya guna acuan samperit so bentuk biskut saya lain sikit. Jika anda ada muncung aising 4ft....boleh buat ikut corak nie.

Kuih Sagu @ Bronok



Selama 3 minggu yang lepas...saya jauhkan makanan dan minuman manis. Nie betul-betul teringin nak makan kuih muih yang manis. Dalam bulan puasa nie....kuih yang saya nak sangat makan adalah buah melaka, kuih sagu, kuih koci dan tepung bungkus. 2 jenis dah buat dan tinggal lagi 2 jenis yang nak kena buat. 


Kuih Sagu @ Bronok

Bahan-bahannya:-

  • 1 cawan biji sagu kecil
  • 2 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan gula pasir
  • sedikit sirap Rose Amina
  • 1/2 cawan kelapa parut putih
  • secubit garam
  • sehelai daun pandan
Cara-caranya:-
  1. Masukkan 2 1/2 cawan air dalam periuk dan biarkan sehingga mendidih.
  2. Basuh sagu biji dan kemudian terus toskan.
  3. Apabila air sudah mendidih, masukkan sagu biji kedalam air tersebut.
  4. Kacau dengan senduk sehingga sagu biji separuh kembang.
  5. Masukkan gula, daun pandan dan sirap Rose Amina. Kacau sebentar.
  6. Perlahankan api dan tutup periuk (macam tanak nasi)
  7. Kacau sekali sekala supaya tidak berkerak.
  8. Masak sehingga biji sagu tidak kelihatan putih ( saya suka sagu yang masih ada putih sedikit so saya tak tunggu sehingga semua biji sagu jernih)
  9. Angkat dan tuangkan kedalam bekas/talam bersiz kecil (pastikan bekas dibasahkan dengan air terlebih dahulu) dan biarkan sejuk.
  10. Potong dan gaulkan dengan kelapa parut putih yang digaul dengan sedikit garam
  11. Hidangkan.

Buah Melaka


Kuih buah melaka....wajib ada dan wajib buat kalau bulan puasa. Rasa tak lengkap kalau kuih nie tak dijamah walaupun sekali. Mula-mula malas nak buat...cadang nak beli sahaja kat pasar ramadhan tetapi bila tengok orang jual buah melaka sebesar ibu jari 5 biji RM1 terus batalkan niat...baik buat sendiri puas makan.
Rasa tak berbaloi beli.

Kuih Buah Melaka

Bahan-bahannya:-
  • 1 cawan tepung pulut
  • 1 sudu makan tepung gandum
  • 1/2 cawan air perahan daun pandan (2 helai daun pandan + air = kisar)
  • 1 ketul gula kabung/kampung-dipotong dadu kecil
  • 1/2 cawan kelapa parut putih
  • secubit garam
Cara-caranya:-
  1. Masukkan tepung pulut dan tepung gandum dalam bekas. Tuangkan air perahan daun pandan dan uli sehingga menjadi doh. Ketepikan sebentar.
  2. Ambil sedikit doh dan masukkan gula kampung yang dipotong dadu kecil tadi kedalamnya dan bulat-bulatkan. Buat sehingga habis. 
  3. Masukkan air dalam periuk dan didihkan.
  4. Apabila air sudah betul-betul mendidih baru masukkan semua bebola buah melaka tadi. Biarkan sehingga ia menimbul dipermukaan air baru angkat.
  5. Kelapa parut putih digaulkan dengan secubit garam.
  6. Gaulkan buah melaka dengan kelapa parut dan hidangkan.
Bancuhan di atas boleh menghasilkan 20-25 biji buah melaka sebesar ibu jari tangan anda. Kalau anda beli sebanyak itu sudah RM5. Kalau buat sendiri...puas makan.

Nota:-
  1. Kuih buah melaka anda akan pecah air gula jika bancuhan doh terlalu lembik. Sukatan air diatas sudah mencukupi...dan jika perlu hanya tambah sedikit sahaja air....jangan terlebih.
  2. Perahan air daun pandan menyedapkan lagi buah melaka.
  3. Potongan gula yang terlalu besar juga menyumbang kepada buah melaka pecah ketika dimasak. 

Wednesday, August 8, 2012

Ikea Meatball


Ikea meatball.....tiba-tiba teringin sangat nak makan. balik kerja singgah Ikea untuk beli 1 pek swedish meatballs, 2 pek souce dan jem lingonberry.

Jangan tegur karbohidrat atau kalori dalam hidangan nie.....saya bukan fanatik diet.....bila saya rasa nak makan maka saya makan, yang penting saya  tahu apa yang saya buat....akhir minggu bila timbang dan ambik ukuran....ada penurunan maka alhamdulillah dan jika tiada penurunan maka saya tahu ia adalah salah sendiri....yang penting saya dah boleh pakai beberapa helai baju yang sebelum nie terpaksa letak tepi sebab sendat.

Oleh kerana saya dah beli yang sudah siap sedia hanya masukkan dalam oven dan kemudian boleh hidang maka tak ada resepi....teringin jugak nak buat sendiri....insyaallah saya akan cuba jugak. Saya tidak kerap makan meatball kat Ikea wp setiap hujung minggu kat situlah saya bersarapan setiap pagi sebab saya lebih suka hidangan ikan salmon kalau bekesempatan makan tengahhari.



Seperti biasa lagi 15 minit sebelum berbuka saya akan masuk dapur....setkan oven pada kepanasan 160c dan kemudian masukkan swedish meatball nie dan bakar dalam 12 minit. Dekat pek ditulis bakar dalam oven selama 13 atau 20 minit tapi saya dapati 10-12 minit sudah cukup untuk bakar sedikit macam nie sebab jika tidak dagingnya akan terlalu kering.

Letakkan periuk kecil dan panaskan secawan air sehingga mengelegak dan kemudian masukkan 50ml fresh cream dan satu pek souce. kacau sehingga pekat dan angkat. Tak sampai 5 minit dah siap.




Panaskan periuk yang lain....celur sayur-sayuran sebentar dan kemudian angkat. Susun atas pinggan dan letakkan meatball....tuangkan kuah sedikit (kalau ikut nafsu....mahu saja saya banjirkan kuah tu tapi sabar....kalori banyak nie) dan bukak botol jem lingonberry....ambik hujung sudu....cukuplah. So bila azan berkumandang....saya sudah siap semuanya. Saya tidak minum air manis so hanya air suam dan kurma sebagai pembuka puasa dan kemudian masuk sembahyang maghrib sebelum makan meatball nie.

Tergoda....lepas nie boleh singah Ikea.

Tuesday, August 7, 2012

Samperit Badam


Hujung minggu lepas cuti 3 hari tetapi hanya satu jenis biskut nie sahaja yang saya ada mood nak buat. Butter keluar masuk peti ais.....nenas 3 biji yang dibeli minggu lepas, kononya nak dibuat jem nenas...telah menjadi buruk tanpa saya sedar dan terpaksa buang dalam tong sampah. Lepas sahur....macam-macam idea membiskut nak dibuat....keluarkan beberapa ketul butter dari peti ais....dua tiga jam kemudian masuk balik dalam peti.

Hari isnin baru buat sejenis biskut itupun lepas anak saudara hantar sms tanya berapa jenis biskut dah siap. Bila fikirkan mereka....kegembiraan mereka..... barulah saya keluarkan seketul butter SCS dan mula membiskut. Ramai yang guna peluang cuti hari isnin untuk bershopping membeli baju raya tapi saya hanya bukak almari dan lihat pakaian pejabat yang hanya pernah dipakai sekali (masih baru) untuk dipakai raya nanti (alah orang kampung bukan tahupun baju tu baju gi ofis....tak ada mood nak pakai baju yang glamour). Orang kerja pejabat buat baju tiap-tiap bulan.....so baju yang masih belum dipakaipun ada....jadi tahun nie tak ada baju khas untuk raya. Tak ada warna tema.....tak ada bincang-bincang menu dengan adik2 seperti tahun-tahun lepas....malah sebelum puasa saya habis beratus beli kain pasang dibuat baju untuk emak dan adik-adik perempuan.....mereka kata kain tersebut masih jadi kain pasang.....dengan keserabutan keluarga kami beberapa bulan kebelakangan ini......tak ada masa nak fikir tempah baju raya.

Adik ipar saya amat terkenal dikampung kami.....tiap-tiap tahun setiap kali raya samada aidilfitri atau aidiladha....adik ipar akan mengimamkan sembahyang raya dan membaca khutbah raya dimasjid kampung kami. Tahun nie apa yang kami nak bagitahu apabila ketua kampung datang kerumah.....apa alasan kami?. Tidak ada seorangpun kaum kerabat dan sanak saudara (kecuali kami adik beradik) yang diberitahu tentang penceraian mereka. Tahun ini segala-galanya akan berubah.......

So blog saya juga tahun nie tidak meriah dengan kuih raya.....saya buat resepi simple....biskut yang disukai oleh mak dan anak-anak saudara sahaja. Siapa lagi nak buat kalau bukan saya....adik kedua sudah tentu tidak ada masa nak fikir semua ini.

Samperit badam nie saya buat dengan adjust resepi samperit resepi lama (disini) dan cuma tambah badam sahaja.



Samperit Badam

Bahan-bahannya:-
  • 400gm tepung jagung Brown & Polson (1 tin)
  • 500gm butter SCS
  • 4 biji kuning telur (saiz A)
  • 180gm gula kastor
  • 1 cawan tepung gandum-ayak
  • 1/2 tsp baking powder - ayak
  • 1/2 cawan tepung kastard
  • sedikit garam
  • 150gm serbuk badam-panggang sebentar dan sejukkan
  • sedikit esen vanilla
Cara-caranya:-
  1. Panaskan oven dengan suhu 160c
  2. Pukul gula dengan butter sehingga sebati. Putar dengan kelajuan medium selama 1 minit sahaja.
  3. Masukkan telur dan putar sekejap. Masukkan esen vanila dan garam, putar sekali sahaja. Angkat bekas.
  4. Masukkan semua bahan ayak dan tepung jagung serta serbuk badam. Gaul rata. Pastikan jangan diuli lama.
  5. Doh lembik so jangan risau. Biarkan selama 1 jam sebelum ditekan mengunakan acuan.
  6. Tekan biskut mengunakan acuan (acuan tat nenes gulung) dan potong dalam anggaran 4 cm.
  7. Susun dalam loyang yang telah diletak dengan baking paper. Buat sehingga habis.
  8. Bakar dalam 15 minit (bergantung kepada jenis oven anda)


Resepi diatas dapat 2 balang bersaiz sederhana ini. Biskut nie agak ranggup dan memang sedap. Pastikan apa-apa jenis kekacang yang hendak dimasukkan kedalam biskut dipanggan terlebih dahulu.....masukkan dalam oven dengan suhu 130-150 selama 5-8 minit. Anda boleh tambah dalam 1/4 cawan tepung gandum jika terasa adunan terlalu lembik walaupun telah dibiar sejam.

Friday, August 3, 2012

Karbohidrat dalam sotong

Karbohidrat tinggi dalam sotong?. Sila lihat nutrition dibawah:-

Sotong mentah:
Kandungan karbohidrat dalam sotong mentah adalah 4 gm sahaja.

Sotong goreng:-
Kandungan karbohidrat dalam sotong goreng adalah 8g


Sotong kurang karbohidrat tetapi dia sangat tinggi kolestrol lebih kurang 200-220mg. Sebab itulah sotong tidak boleh dimakan oleh orang yang berpenyakit gaut atau dimakan berlebihan oleh orang yang ada potensi berpenyakit gaut.

Jika saya mengamalkan diet berdasarkan pengiraan kalori...saya hanya akan makan sotong seekor sahaja sebab kalori, sodium dan cholesterol sangat tinggi tetapi untuk diet protein saya berani makan 2 ekor.

Sotong Bakar bersambal



Menu berbuka puasa semalam. Saya beli 4 ekor sotong sederhana besar sabtu lepas.....dapatlah buat sotong panggang petang semalam. Saya bakar dalam oven sahaja dan tak nampak garing sebab saya guna api atas bawah...terlupa tukar kepada grill. Walaupun tak nampak garing tapi sotong bakar nie lembut dan tidak liat. Sedap makan meratah 2 ekor berbuka semalam...sahur terpaksa msak omelet sebab perut tak boleh terima sambal pagi-pagi buta.

Resepi sambal saya buat simple aje....bahan-bahan yang saya guna adalah apa yang ada dalam peti ais sahaja.

Sotong bakar bersambal

Bahan-bahannya:-
  • 4 ekor sotong saiz besar
  • 5 biji cili kering (lebih jika anda jenis suka pedas)-dicelur sebentar
  • 3 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 1 inci halia-dihiris nipis
  • 1 inci lengkuas
  • 1 batang serai
  • garam dan gula secukup rasa
  • air asam jawa
  • sedikit kunyit untuk disapu pada sotong
  • sekeping daun pisang
Cara-cara membuatnya:-

  1. Bersihkan sotong dan toskan supaya lebihan air dikeluarkan.
  2. Masukkan sedikit serbuk kunyit dan gaul rata. ketepikan
  3. Blender cili kering, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan serai sehingga lumat. Panaskan kuali dan masukkan minyak dalam anggaran 1 sudu makan dan tumis bahan yang dimesin tadi sehingga naik bau.
  4. Masukkan air asam jawa dan biarkan sehingga lada masak.
  5. Masukkan gula dan garam secukupnya.
  6. apabila telah kering...angkat dan ketepikan.
  7. Sotong boleh dicucuk dengan lidi jika anda suka.
  8. ambil aluminium foil dan letakkan daun pisang diatasnya sebelum susun sotong
  9. Tuangkan sambal diatas sotong
  10. Panaskan oven terlebih dahulu selama 10 minit pada suhu 180 c
  11. Masukkan sotong dan bakar selama 10 minit. jangan lama nanti liat.




Thursday, August 2, 2012

Siakap kukus


Petang semalam hidangan untuk berbuka saya adalah ikan siakap kukus. Saya kerat dua ikan siakap nie sebab malas nak keluarkan pinggan besar...masukkan dalam pinggan kecil sahaja dan kukus dalam periuk pengukus yang kecil. Lepas siap...jam menunjukkan lagi 5 minit untuk berbuka...masukkan sekerat ikan dalam pinggan dan letakkan atas meja. Sementara tunggu azan berkumandang...sempat jugak ambik kamera snap gambar. Saya masih guna resepi yang pernah saya post dahulu. Anda boleh lihat disini. Saya suka resepi ikan siakap kukus yang nie...memang kena dengan selera.

Untuk sayur pula saya goreng kucai dengan telur. Ini masakan yang saya paling suka....berapa kali buatpun saya tak kisah.

Tofu telur dengan daging ayam cincang


Masakan tahu telur atau japanese egg tofu nie saya masak untuk bersahur semalam. Saya guna dua tube tafu telur tetapi bila dah siap masak...saya hanya makan separuh sahaja dan separuh lagi disimpan dalam peti.Saya goreng siap-siap tofu dan potong semua sayur-sayuran serta daging ayam sebelum bangun pagi untuk bersahur dan hanya masukkan dalam kuali. Hasilnya masakan panas dan cukup untuk mengenyangkan untuk seharian berpuasa.

Secara peribadi, masakan yang mengandungi tepung jagung saya kurang gemar....saya kurangkan sos tiram sebab saya tidak suka rasa yang kuat. Puas juga untuk menghabiskan setengah daripada masakan ini walaupun saya suka tofu. Ini satu lagi masakan dalam kategori No Carb Recipe dan tetapi bukan tidak ada langsung carb sebab tepung jagung ada karbohidrat..... oleh kerana kita guna sikit sahaja maka kandungan karbohidrat masih dalam had yang boleh diterima.
Tofu Telur dengan daging ayam cincang

Bahan-bahan:-
  • 2 tube japanese egg tofu
  • 150-200gm daging ayam cincang
  • 1 batang karot (kecil sahaja) dihiris nipis
  • 1 tbsp sos tiram (saya guna 1/2 tsp sahaja)
  • 1 tbsp kicap manis
  • 1 biji telur
  • garam dan lada sulah
  • sedikit tepung jagung
  • 1 cawan bancuhan tepung jagung (saya masukkan 1 sudu makan tepung jagung + air)
  • Daun bawang-dihiris nipis untuk hiasan
  • sedikit bawang goreng
Cara-caranya:-
  1. Potong dua tofu...potong ikut garisan putus-putus yang terdapat dipembungkus tofu
  2. Perlahan-lahan tekan hujung bungkusan tofu sambil tolak keluar tofu
  3. potong tofu dalam hirisan yang lebih kecil dan taburkan tepung jagung diatasnya
  4. Panaskan kuali terlebih dahulu sebelum dituang minyak dan goreng tofu sehingga keperangan. Berhati-hati supaya ia tidak hancur. Pastikan ia benar-benar sudah perang sebelum dialih kesebelah lagi
  5. Gaulkan daging ayam dengan sedikit garam dan serbuk lada sulah. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan goreng sehingga ia kelihatan separuh masak dan dagingnya terpisah. Tambah karot, sos tiram, kicap dan kacau selama 2 minit
  6. Masukkan bancuhan tepung jagung dan masak lagi selama 2-3 minit sehingga ia nampak mendidih.
  7. Pecahkan telur dan masukkan dalam kuali. Kacau perlahan-lahan
  8. Masukkan tofu dan balikkan sekali dua hanya untuk membolehkan daging meliputi tofu.
  9. Hidangkan dengan ditabur daun bawang yang dihiris dan taburan bawang goreng jika suka








Wednesday, August 1, 2012

Menu Iftar 10


Sudah masuk hari ke 12 kita berpuasa....sekejap sahajakan masa berlalu. Bermula dari puasa pertama saya mencuba berdiet mengikut diet protein. Untuk kali ini saya tidak tunjukkan secara detail berkaitan dengan diet ini sebab saya hanya ingin mencuba......saya tidak begitu menyokong diet jenis ini. Sebelum saya mencuba diet protein, saya dapatkan semua info pro dan kontra tentang diet ini. Kesan atas kesihatan dan kelemahannya. Saya jenis orang yang tidak suka buat sesuatu tanpa mengetahui dengan detail tentang sesuatu tindakan yang saya ingin ambil. Saya tahu kelemahan diet ini dan kesannya atas kesihatan diri dalam jangka panjang jika diamalkan secara berterusan sebab itu saya hanya ingin mencuba untuk 2 minggu sahaja dan kemudian berhenti dan teruskan dengan diet seimbang. Dalam diet protein....kita hanya ambil protein sahaja tanpa ada karbohidrat dalam makanan (wp sukar)....kesannya pada penurunan berat badan memang besar...dalam tempoh seminggu berdiet saya berjaya turunkan sebanyak 4 kg(timbang pada ahad lepas) dan bahagian bermasalah seperti pangkal lengan, paha dan perut mula menampakkan perubahan. Ia memang menyeronokkan dan saya akan teruskan diet ini sehingga ahad akan datang sahaja.



Setelah seminggu lebih tanpa menyentuh nasi, makanan yang diperbuat daripada tepung seperti mee, mihun atau pasta,  makanan bergula, minuman bergula dan hanya makan makanan berprotein seperti segala jenis lauk pauk dan sayur-sayuran. Pada awal memang terasa mengigil badan tetapi selepas seminggu perut saya sudah boleh terima perubahan ini. Kadang kala saya ambil juga karbohidrat seperti semasa buat sotong goreng tepung atau memakan beberapa biji kurma ketika berbuka pada awal-awal  puasa bila perut masih belum biasa dengan hanya protein sahaja.

Saya makan ikan yang dibakar bersama dengan sambal tomato. Resepi simple....ikan yang bubuh kunyit dan garam.....bungkus dengan aluminium foil, masukkan dalam oven dan bakar dalam 25 minit.


Tumbuk 3 biji cili padi bersama sedikit garam sehingga lumat dan kemudian masukkan bawang besar yang dihiris nipis serta tomato yang dipotong dadu. Masukkan sedikit air...siap.


Seikat bayam merah saya buat sayur rebus bersama dengan ikan bilis. Simple dan mudah. Biasanya lagi 45 minit sebelum berbuka saya akan masuk dapur dan siapkan semua ini. Masakan ini dimasak untuk 2 kali makan iaitu untuk bersahur jugak.

Selama seminggu ini......rambut makin kurang gugur....sudah tidak banyak seperti sebelum ini. Tetapi sudah tentu saya hilang peluang untuk menikmati segala kuih muih yang sedap-sedap...manis dan berlemak. It's ok.....

Monday, July 30, 2012

Samperit resepi lama


Adik ipar saya call bagitau yang dia nak buat biskut kat rumah saya so semalam kami berdua memulakan operasi membiskut. Adik ipar nak buat samperit resepi orang lama-lama dulu. Saya google dan jumpa resepi kat blog My Kitchen Tales....berdasarkan resepi tu saya buat satu adunan. Masa membakar memang harumnya mengoda. Saya suruh adik ipar bawak balik semua samperit tu dan tinggalkan kat saya beberapa ketul (ada dalam 10 ketul) hanya untuk rasa lepas bukak puasa.

Bagi saya inilah rasa samperit yang mengimbau balik kenangan masa kita kecik-kecik dulu.....samperit yang amaaaaaat sedap. Memang saya rekemenkan resepi nie untuk anda cuba.....best sangat. Makan sebiji nak lagi lama-lama saya habiskan semua samperit yang ditinggalkan tu.....semalam rosak diet saya gara-gara samperit.

Oh ye potongan buah ceri merah tu tidak cantik....besar-besar dan tak ada seni sebab adik lelaki saya yang tolong potong....so maafkan kehodohan samperit tu...gambarpun tak cantik sebab hanya pakai handphone. Inilah resepinya....saya ada adjust sikit sukatan daripada resepi asal. Untuk resepi asa sila ke blog My Kitchen Tales

Samperit resepi lama
Resepi diambil dari blog ini

Bahan-bahannya:-
  • 1 tin tepung jagung Brown & Polson (400gm)
  • 400gm butter SCS - pastikan ia berada di suhu bilik
  • 5 biji kuning telur (telur saiz A)
  • 3/4 cawan gula castor
  • 1 1/2 tepung gandum (saya guna tepung biskut rose)
  • buah ceri merah-dipotong dadu kecil untuk hiasan
Cara-caranya:-
  1. Dalam mangkuk mixer, masukkan gula dan kuning telur. Guna whisk tangan dan kacau kedua-dua bahan ini sehingga ia bercampur.
  2. Masukkan butter dan kemudian masukkan kedua-dua tepung. Gaul perlahan-lahan sehingga sebati. Jangan uli terlalu lama nanti biskut kembang bila dibakar
  3. Rehatkan sebentar doh dan tutup mangkuk dengan kain bersih.
  4. Alas dulang pembakar dengan baking paper. Guna acuan samperit yang bercorak bintang. Saya guna acuan samperit yang ditekan dengan jari sebab bentuknya lebih kecil.
  5. Panaskan oven pada suhu 150c
  6. Bakar selama 12-15 minit bergantung kepada jenis oven anda.
Nota:-
  1. Saya guna gula castor jadi sukatan gula saya kurangkan daripada resepi asal. Manis biskut dengan mengunakan sukatan ini ok...tidak terlalu manis sangat. Kalau anda guna gula aising....ikut sukatan resepi asal.
  2. Dalam resepi asal mengunakan 7 biji kuning telur ayam kampung.....saya guna telur ayam saiz A jadi saya guna 5 biji sahaja.
  3. Sediakan tepung gandum extra dalam 1/4 cawan untuk anda tambah sikit jika doh anda terlalu lembik jika anda membiarkan butter terlalu lama kat luar. Pastikan butter berada dalam suhu bilik sebelum  diguna.
  4. 1 tin tepung jagung Brown & Polson yang saya beli adalah seberat 400gm dan sebab itu saya adjust sukatan butter menjadi 400gm sahaja. 1 tin berharga RM5 lebih.

Steamed egg custard with mushroom sausage


Gambar tak berapa clear sebab ambil guna handphone sahaja....tertinggal kamera kat pejabat. Saya masak egg custard nie sebagai masakan untuk bersahur. Sedap dan mengenyangkan dan mudah disediakan. Ini adalah satu masakan dalam kategori No Carb Recipe so saya hanya makan ia begitu sahaja tanpa nasi tapi jika anda yang tidak berdiet maka ia boleh dimakan bersama nasi. Kalau ikutkan saya nak je buat setiap pagi untuk masa sahur tetapi nanti terlebih pulak ambil telur so hanya boleh buat seminggu sekali sahaja.


Steamed Egg Custard With Mushroom Sausage

Bahan-bahannya:-
  • 2 biji telur
  • 1 cawan air
  • 1 ketul Ayamas Premium Mushroom Sausage dipotong dadu kecil
  • garam dan lada sulah/pepper
  • daun bawang-dihiris halus
  • sedikit minyak
Cara-caranya:-
  1. Panaskan kuali dan panaskan 1 sudu minyak masak. Goreng sosej dalam beberapa minit dan kemudian angkat. Toskan atas tisu masakan supaya minyak berlebihan dikeluarkan
  2. Pecahkan telur dalam mangkuk dan pukul sedikit. Masukkan air dan masukkan sedikit garam serta lada sulah. Kacau rata. Pastikan jangan masukkan garam terlalu banyak sebab sosej sudah ada garam.
  3. Ambil mangkuk, masukkan sosej dan masukkan bancuhan telur. Tabur daun bawang sedikit.
  4. Panaskan periuk kukus dan letakkan mangkuk tadi
  5. Kukus selama 10 minit dan kemudian tutup api tetapi biarkan mangkuk telur tadi dalam periuk selama 7 minit.
  6. Angkat dan taburkan baki daun bawang tadi sebagai hiasan