Thursday, December 12, 2013

Judi adalah haram di sisi agama islam


Nampak tak notis diatas yang bertulis

1. Judi adalah haram disisi agama islam
2. Mereka yang bukan ahli kelab, orang-orang beragama islam warganegara Malaysia tidak dibenarkan memasuki bilik mesin slot.
3. Bla...bla...bla

Papan tanda nie diletakkan diatas lantai dibelakang rak kasut-kasut milik CRO didalam bilik rehat CRO. Saya perempuan islam yang bertudung memasuki salah satu premis perjudian di Kuala Lumpur. Saya masuk untuk menjalankan tugas, tempat yang tidak mungkin saya jejaki jika bukan kerana tugas. Dengan diiringi oleh 2 anggota polis, saya dan 3 rakan sekerja lain menyerbu masuk ke premis perjudian milik seorang Dato jutawan atau mungkin billionair.

Memasuki ruang perjudian, saya terkejut kerana mata saya terpandang lelaki-lelaki melayu yang sudah tentunya beragama islam kerana mewarisi islam dari datuk nenek dia. Bukan seorang tetapi setiap celaka yang bertengek dikerusi mesin slot itu adalah melayu islam. Lebih dasyat lagi bile saya memasuki kedalam bilik rehat pekerja (CRO). Para CRO yang tugas mereka melayan pelanggan-pelanggan yang memasuki premis untuk berjudi adalah 100% bumiputera berbangsa melayu dan bumiputera sabah. Gadis-gadis ini memakai skirt pendek...sangat-sangat pendek sehingga kita boleh nampak seluar dalam, berbaju sendat dan dikepala masing-masing memakai cekak patung rusa (krismas ikon).

Saya semak senarai pekerja kelab perjudian ini, staf bertaraf supervisor dan manager adalah cina. Manakala 30 orang CRO adalah melayu dan sabahan. Guard-guard adalah melayu dan ketua security adalah bekas pesara polis. 

Sedih sangat....sambil saya menjalankan tugas....mata saya memandang gadis-gadis tersebut yang sekali sekala masuk kedalam bilik rehat untuk makan dan minum. Mereka senyum pada saya dan hidangkan sebotol air mineral...saya tidak sentuh air tersebut kerana ia dibeli dari hasil judi. Walaupun ia tidak dibeli dari hasil judi...sudah menjadi tabiat kami tidak menerima apa-apa pemberian wp sebotol air kosong, kami telah dibekalkan 2 ketul roti dan sebotol air...dimasukkan dalam beg galas dan itulah yang kami makan sehingga selesai tugas walaupun lewat malam. Ketika bertugas kami tidak makan seharian...kami hanya mengambil sarapan berat dan kemudian hanya makan bila selesai tugas.

Suasana dalam premis perjudian yang terperap dan dipenuhi dengan bau kuat rokok, hapak dan amat meloyakan apabila bau tersebut bergabung dengan arak. Saya dah rasa nak muntah.....saya bangun dan keluar dari bilik rehat menuju ke bilik air...saya terlupa memaklumkan kepada rakan setugas....seorang pegawai polis cepat-cepat mengikuti saya ke tandas dan beliau tunggu didepan tandas. Bila saya keluar...beliau meminta saya jangan bertindak begitu dan haruslah maklumkan kepada beliau kerana menjadi tugas beliau menjaga keselamatan saya dan rakan-rakan.

Jam 4.30 petang barulah tugas kami selesai. Keluar sahaja dari kelab perjudian yang terletak ditepi sebuah Hotel, kami terpaksa tempuh banjir kilat. Dalam hati berkata mengapalah banjir nie tidak berlaku dikawasan prremis tersebut.


Didalam kereta, kami melahirkan perasaan sedih, kecewa dan sebak apabila melihat bangsa kami yang dilahirkan islam dan mengaku islam telah rosak akhlak mereka. Tahukah anda semua, dari rekod-rekod yang kami perolehi 80% pelanggan-pelanggan kelab perjudian diseluruh Malaysia adalah Melayu Islam manakala CRO pula adalah gadis-gadis muda yang tidak lulus SPM yang datang dari kampung, yang datang dari Sabah yang merupakan bumiputera dan berbangsa Melayu. Inilah nasib melayu.

Tahukah anda kekayaan tokey judi ini....didalam peti besi di pejabat tokey nie mengandungi wang tunai sejuta ringgit dan wang tunai yang berada dalam peti besi dikelab ( hanya satu kelab dan belum termasuk kelab-kelab yang beratus-ratus di seluruh Malaysia) yang saya masuki mempunyai RM200 ribu ringgit. Kutipan untuk sehari tuan puan. Mereka kena kira dihadapan kami....kami tidak sentuh duit tersebut tetapi mereka harus kira dihadapan kami dan dimasukkan semula kedalam peti besi. Dalam tempoh 30 minit saya berada di kelab, seorang lelaki melayu yang asyik bermain judi dimesin slot tanpa menghiraukan kami telah menghabiskan duit sebanyak RM1000. Seribu dalam masa 30 minit sahaja?????.

Semasa dipejabat manager kelab perjudian itu, saya terpandang ganbar dan keratan akhbar berbahasa inggeris yang membuat liputan majlis perkahwinan anak lelaki tokey judi ini. Wahhhhhhh grand giler majlis tu dan bertambah-tambah grand lagi bila dihadiri oleh menteri-menteri, raja-raja dan jutawan-jutawan melayu. Hebatkan Dato nie. 

Boleh anda bayangkan nasib agama islam ditangan bangsa melayu yang mengaku diri mereka islam. Sebagaimana notis amaran 'judi adalah haram disisi agama islam' di;etakkan setaraf dengan kasut CRO maka begitulah nasib agama kita diperendahkan oleh manusia yang mengaku dia islam dan mempersendakan hukum Allah serta membiarkan orang kafir membogelkan anak-anak gadis melayu islam. Manakala manusia yang mengaku dia ustaz pula sibuk dengan urusan diri sendiri, sibuk tambah bini, sibuk saman orang, mengkafir dan menyisihkan orang lain jika tidak sealiran dengan mereka Hipokrit dan takbur dengan ilmu yang mereka rasa dah cukup tinggi walaupun hanya pergi belajar kat madrasas di Pakistan.

Sunday, December 8, 2013

Jigsaw Puzzle

 Menyusun jigsaw puzzle atau photo mosaics adalah hobi masa saya remaja dahulu. Satu kepuasan apabila dapat menyiapkan photo mosaics. Bila sudah bekerja, hobi nie semakin dilupakan. 

Baru-baru nie semasa singgah di Daiso, terpandang jigsaw puzzle 300pcs Roses Basket. Adakah saya mampu menyiapkan foto nie dalam tempoh masa yang singkat seperti waktu remaja dulu?. Saya ingin cabar keupayaan diri sendiri. Lama sungguh saya tidak menyusun jigsaw puzzle. 

Saya mula menyusun pagi tadi bermula dari jam 8 pagi. Selepas selesai sidai baju, vakum dan mop lantai....saya mula duduk dimeja study.


Akhirnya sehingga jam 12 tengahhari saya berjaya menyiapkan 96% Roses Basket. Satu kepuasan.


Photo mosaics yang telah siap. Bukan mudah hendak menyusun 300 pcs jigsaw puzzle nie...perlu ada strategi. Mula-mula saya asingkan bahagian tepi foto, jigsaw yang bergaris lurus dan ketepikan bahagian lain. Jigsaw bahagian tepi nie pula saya bahagikan kepada 2 iaitu part mendatar dan part menegak. Susun satu-satu sehingga sempurna bingkai tepi foto lepas tu saya ketepikan pula bahagian kosong (tidak berwarna) dan susun sehingga penuh bahagian tepi menghala ketengah foto. 


Jigsaw puzzle yang telah siap saya bingkaikan dengan frame putih. Cantikkan......ia sangat berharga kerana ia adalah hasil tangan sendiri.

Kos foto mosaics nie adalah sebanyak :-

300 pcs photo mosaics  RM5
Frame berbingkai putih (Ikea) RM29.90
Kesabaran-tidak boleh diletakkan nilai

Dengan kos sebanyak RM35 saya gantungkan foto mosaics nie dibilik bacaan.

Saturday, November 30, 2013

Murtabak Sri Lily

Kawan saya yang balik ke Kelantan baru-baru ini telah membelikan 2 biji murtabak berinti ayam dan daging untuk saya serta rakan-rakan dipejabat. Yang saya goreng semula ini adalah murtabak ayam. Murtabak sejukbeku ini berharga RM16 seketul. Agak besar dan jika dibahagi 4, satu bahagian (1/4) tersebut adalah sebesar murtabak yang dijual dipasar malam.


Intinya tebal dan rasanya sangat sedap. Murtabak ini sangat sedap dan berbaloi dengan harga tersebut. Tak rasa ralat membeli.


Jika anda ke Kota Bharu, Kelantan...anda boleh singgah ke tempat ini untuk membeli murtabak ini untuk dibawa balik. Ada 4 jenis inti iaitu ayam, keju, Daging dan Sardin. Bagi pendapat peribadi saya murtabak berinti daging paling sedap.

Sri Lily Enterprise
Lot A-2, Kompleks Kilang SME, Bank
Kota Bharu 1, Jalan Padang Tembak
16100 Kota Bharu, Kelantan
014-5239825

Alamat dan no hp nie sebagaimana yang tertulis di kotak murtabak. So jika andda ke Kota Bharu, jangan lupa beli bawa balik ke KL. Sokong industri SME kita. Saya tulis supaya alamat dan no tel tersebut tidak hilang dalam simpanan dan boleh dikongsi bersama anda. 

Sunday, November 3, 2013

Kuih Getas-getas


Entri pertama masakan saya untuk tempoh yang begitu lama menyepikan diri dalam tahun nie. Kuih getas-getas, kuih yang paling mudah nak disediakan. 

Bila saya balik kampung saya akan bawa balik kelapa parut, satu plastik kelapa parut muda dan satu plastik kelapa parut untuk santan. Rasanya dah hampir 3 bulan kelapa parut tu membeku dalam peti ais. Semalam semasa belek-belek bekas tepung, ada setengah bungkus tepung beras (baki bulan puasa). Saya bancuh doh dan keesokkan paginya barulah saya buat bentuk lonjong, leper dan goreng. Senangkan....tak banyak kerenah.

Harga gula diistihiarkan naik 35sen, sebaik sahaja harga gula naik....esoknya harga kuih yang dijual kat cafe ofis naik 3 biji RM2. Ambik ko......dah lah kecik pastu nak jual 3 biji RM2. Harga nasi bungkus pun dah naik....bawak RM5 dah tak dapat nasi separuh, ikan goreng seekor dan sesenduk kecil sayur. Harga nasi bungkus dah naik paling rendah RM6.50 kalau ambik ikan goreng (ikan jenis murah). Saya bercakap tentang harga kat cafe saya....harga kat Mutiara Damansara bukan harga kat warung tepi jalan kat kampung. Sekarang saya lebih suka bawak bekal....bukan masak lauk hebat pun selalunya telur goreng masak kicap je. 



Kuih Getas-Getas

Bahan-bahannya:-

250gm tepung pulut
1/2 cawan kelapa parut (bubuh lebih kalau nak lagi sedap)
1 cawan air (jangan tuang semua)
sedikit garam

Bahan untuk sira

1 cawan air
2 sudu gula

Cara-caranya:-

  1. Satukan tepung pulut, kelapa dan garam. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang tidak melekat ditangan.
  2. Rehatkan doh selama sekurang-kurangnya 30 minit sebelum dibentuk. (Paling elok, buat malam pastu bentukkan bujur dan goreng esok paginya)
  3. Bentukkan bujur dan leperkan.
  4. Panaskan minyak dan goreng sehingga keemasan
  5. Toskan
Proses menyira
  1. Sediakan kuali, masukkan air dan gula
  2. Masak sehingga ia menjadi pekat  (buih2 gula naik penuh dan kecil-kecil)
  3. Tutup api
  4. Masukkan kuih dan kacau sehingga terbit bunga gula.
  5. Angkat dan hidangkan.

Tuesday, June 18, 2013

Melancung ke Korea, hari terakhir

Saya sambung kembali cerita berkenaan pengalaman bercuti di Korea.

Hari terakhir
Isnin 3hb June 2013
Cuaca cerah, terang dan bersuhu sekitar 20c

Check out daripada hotel dalam jam 10.00 pagi. Kami dalam perjalanan ke iteawon untuk makan tengahhari. Awal lak makan tengahhari kan....sebelum sampai ke itaewon kami dibawa pusing-pusing bandar....


 Dalam bas Ms J sambung bercerita berkenaan dengan Korea. Dia cakap kadang-kadang apa yang disampaikan oleh drama/filem adalah tidak benar dengan realiti kehidupan sebenar masyarakat Korea. Dalam drama selalu digambarkan bahawa menantu perempuan bila berkahwin akan duduk bersama dengan keluarga suami dan sering membuat kerja-kerja untuk emak mertua. Realitinya masyarakat korea akan melepaskan anak lelaki mereka hidup berdikari dan mereka tidak mahu anak-anak tinggal dengan mereka sebab mereka sudah tidak mahu terikat dengan tanggungjawap menjaga keluarga lagi.  Tidak betul jika berkahwin dengan lelaki Korea kena tinggal dengan keluarga mertua dan mak mertua jahat/zalim.

Golongan tua diberi perhatian oleh kerajaan. Lazimnya masyarakat korea mempunyai umur yang panjang dan kesihatan yang amat baik. Golongan tua akan bersama-sama komuniti mereka melakukan aktiviti-aktivi yang disokong oleh kerajaan malah setiap tahun mereka akan diberikan peluang bercuti secara percuma.

Dalam drama/filem, ditunjukkan ada keluarga sederhana memiliki orang gaji. Realitinya....masyarakat Korea tidak mampu memiliki orang gaji. Dasar kerajaan yang memperuntukkan gaji minimum US2,000 sebulan dan sebuah bilik disediakan untuk orang gaji menyebabkan hanya mereka yang betul-betul kaya seperti CEO syarikat besar sahaja yang mampu memiliki orang gaji. Ms J berkata rumah di Korea amat mahal....sebuah apartment 2 bilik yang terletak di bandar Seoul sudah berharga 1/2 juta US...beliau sendiri tinggal diluar bandar Seoul dengan perjalanan 2 jam setiap hari untuk ke ofis sebab disitu sahaja keluarga beliau mampu memiliki rumah (suami Ms J adalah pensyarah universiti).

Ms J memberitahu bahawa di Korea, suara rakyat sangat berkuasa. Contohnya baru-baru ini, ada sebuah syarikat yang mengeluarkan susu kotak tetah melakukan penganiayaan kepada pekerja kilang mereka.....masyarakat Korea amat marah dengan peristiwa tersebut dan memboikot susu berkenaan sehingga saham syarikat itu jatuh teruk. Jika kami mahu pemimpin kami berubah atau kami tidak setuju dengan dasar yang dibuat oleh pemimpin kami....kami akan meminta kelulusan pihak polis dan kemudian berpaket.....tiada masalah. Kami bebas tunjukkan perasaan kami kata Ms J. Mereka seperti Jepun....rakyat berkuasa.

Dalam jam 11.30 pagi barulah kami sampai kat iteawon dan pergi makan di restoran Turki. Bukan selera saya.....saya hanya makan sedikit sahaja.



Setelah itu kami menaiki bas menuju ke lapangan terbang incheon. melalui sungai Han yang besar dan cantik memisahkan antara bandar seoul baru dan bandar seoul lama. Gang bermaksud sungai. Gangnam adalah kawasan bandar baru bagi golongan elit. Lagu Gangnam stye dinyanyikan bagi menunjukkan betapa berlagak (show off) lelaki yang bergaya macam orang kaya.


Bila melalui bangunan diatas, ms J berkata....bekas pemimpin kami yang lepas adalah seorang yang suka show off. Dia luluskan pembinaan bangunan ini yang akhirnya tidak digunakan dan menjadi gajah putih. kami gelak....sebab kat malaysia kami mempunyai ramai pemimpin yang begitu.


Destinasi terakhir....tempat ini berhampiran dengan airport incheon.....kami singgah kat sini untuk shopping saat-saat akhir terutama jika nak beli buah tangan yang masih tidak  cukup. dalam dompet saya hanya ada beberapa keping note kwn10,000. Disini disediakan servis untuk packing percuma....jadi boleh beli dan kemudian pack dengan kotak dan boleh terus masuk kargo. Sorrylah nama tempat nie tak ingat....tengok kat resit dia tulis bahasa korea...sepatah haram tak faham so tak leh bagitau kat mana sebenarnya tempat nie.

 Kat sini adalah tempat kalau nak beli seaweed. Seaweed dikilangkan dalam bangunan nie, dibungkus dan harganya lebih murah serta ia lebih sedap (menurut Ms J lah).

Kawan ofis saya kirim sunflowers chocoball...masa tengok harga Won18,000....mak aiiiii mahalnya dalam RM51.30. Saya beli sekotak untuk beliau dan kemudian saya test makan kat kaunter (bahagian testing)....sedap....biji matahari yang disalut coklat....saya ambik sekotak untuk diri sendiri. Kat sini kalau anda nak beli banana milk....boleh beli sekarton dan bawak balik Malaysia. Saya tak belilah sbb won dah tak ada.

Lepas habis shopping....saya tunggu kat luar....tunggu kawan-kawan serombongan dok packing barang-barang borongan dalam kotak.

Sampai kat Incheon dalam jam 1 tengahhari. Tiket kami dalam jam 3.30 petang....rakyat Malaysia begitu ramai di lapangan terbang Incheon....dimana-mana sahaja anda akan jumpa rakyat Malaysia. Kami cari bilik solat (Gate 49)....ada disediakan tetapi tiada bilik air atau tempat ambik air sembahyang so saya jaga beg kawan-kawan sementara mereka semua gi cari toilet untuk ambik air sembahyang. Selesai sembahyang kami berjalan menuju ke train untuk ke gate 112 untuk ambik barang bebas cukai yang kami beli semasa kat Seoul sebelum memasuki pesawat dan balik ke Kuala Lumpur.

Saya dapat tempat duduk belakang sekali....kiri kanan tak ada orang so apa lagi naikkan tempat letak lengan dan baring diketiga-tiga kerusi tu sampailah ke KL.

Sampai di LCCT, pertama sekali perasaan malu menyelubungi diri terutama apabila memasuki toilet. Andapun boleh agak bagaimana toilet kat negara kita...first impression yang kita berikan kepada rakyat asing yang melawat negara kita.

Kesimpulan.

Wahhh ada kesimpulan...macam buat karangan.

Kebaikkan mengunakan tour agen

1. Bagi negara yang tidak mengunakan bahasa inggeris sebagai medium perantaraan dan kita susah nak berkomunikasi maka tour agent amat membantu bagi kali pertama menjejakkan kaki disana (kecualilah kalau anda ada kawan atau saudara mara kat sana...lain cerita).

2. Dengan tour agent anda dapat memaksimumkan tempoh masa berada disana dengan aktiviti tanpa perlu memikirkan hal-hal pengangkutan, penginapan, makanan, tiket-tiket masuk, kupon-kupon diskaun (anda boleh dapat potongan 10-20% bila tunjukkan kupon yang diberikan oleh pemandu pelancung) dan tempat solat. Semua ini telah diuruskan oleh tour agent.

3. Yang paling penting bagi perempuan yang suka shopping............anda tak perlu risau kalau terlebih baggage sebab timbangan akan dibuat secara group kebiasaannya boleh cover lebihan tersebut.

4. Saya paling hargai apabila diberi peluang merasai makanan homemade Korea. Tour agent disini menguruskan hal makanan tempatan dengan meminta isteri pemilik restoran turki iaitu wanita korea yang beragama islam memasak makanan Korea untuk kami.

5. Penginapan....anda berpeluang menginap dihotel bertaraf 4 bintang yang cukup selesa.

Kelemahan mengunakan tour agent.

1. Semua tempat telah ditetapkan dalam itinery so samaada anda suka atau tidak...anda kena pergi. Sebagai manusia, kita mempunyai minat yang berbeza...kita mempunyai tempat kegemaran yang berlainan. Saya lebih suka scenery....Pulau Jeju adalah tempat kegemaran saya tetapi menjadi satu kekesalan sebab dikawasan yang saya suka ini kami dihadkan masa. Hanya 45 minit bagi satu-satu tempat. Saya pergi tempat yang saya tidak minat tetapi menjadi minat kepada orang lain seperti teddy bear muzium....jangan tanya kenapa saya tidak minat?.

2. Anda tidak bebas....semuanya dibuat secara tergesa-gesa. Shopping pun tergesa-gesa sebab nanti pemandu pelancung marah kalau melebihi masa yang ditetapkan.

3. hanya 2 jam berada di Everland pada hari sabtu (hari cuti)....apa yang boleh dibuat dengan 2 jam...nak masuk satu-satu tempat permainan pun kena beratur untuk turn sampai 30 minit. 2 jam hanya boleh ambik gambar-gambar bunga ajelah kat sini.

4. Bila ikut tour....berdoalah supaya anda ditemukan dengan orang-orang yang sporting. Percutian yang anda bayar dengan harga yang mahal boleh dirosakkan oleh sikap buruk ahli kumpulan tour anda. Cukup kalau dalam kumpulan itu ada seorang perengus, kaki komplen, kaki merunggut....manusia ini akan merosakkan mood anda. Ms J bercerita berkenaan dengan satu rombongan pelancung Malaysia yang beliau urus, dalam rombongan ini ada pasangan suami isteri yang mana suaminya adalah doktor...suaminya kuat merungut dan marah-marah. Dia marah-marah bila hujan turun tidak berhenti...dia membebel, merungut-runggut dengan suara yang kuat sehinggakan semua orang dalam bas tertekan. Ms J berkata "saya bukan tuhan boleh kawal hujan atau tidak....Korea bukan macam Malaysia, hujan turun ikut musim...kat Korea hujan turun tiba-tiba sahaja".

5. Orang Malaysia suka ambik gambar...ini reality. Keluar sahaja dari perut kapal terbang...ambik gambar, jalan sikit nampak poster iklan...ambik gambar, dalam train yang sesak....ambik gambar dan dimana-mana sahaja. Perjalanan memang terganggu sebab kita kena tunggu mereka yang tak habis-habis nak ambik gambar. Dan yang paling tak tahan....kalau dalam group tu ada minah yang minat giler kat drama Korea....pantang nampak lelaki Korea yang cun... sanggup kejar nak ajak ambik gambar....yang jadi mangsanya adalah akak nie sebab kena jadi jurukamera...akak malu...tebal muka akak....ohhhhh sadisnya.

Tips untuk anda

1. Bersikap terbuka. Jika pergi tempat orang atau tempat asing, cubalah nikmati budaya dan makanan mereka.

Ini perbualan dimeja makan....ketika makan bersama-sama rakan tour


Perempuan 1:  Masakan daging nie kalau buat sup barulah sedap....ini rasa manis....tak sedap langsung...ehhh engkau boleh makan ye (sambil tengok muka saya)

Saya: Sedapppp (sambil terus makan....)
 Perempuan 1 : sup nie kalau bubuh fish ball baru sedap. Diaorang nie tak ada fish ball ke?
Perempuan 1: Sup seaweed nie kosong je....hanya sayur hijau nie aje ke?
Saya : Fresh seaweed pulau jeju adalah yang paling sedap....rugilah kalau u tak rasa. kalau tak nak....bagi mangkuk tu kat saya (saya habiskan semua seaweed sup tu....padan muka)


Perempuan 1 : Masakan ikan nie kalau dia orang bubuh asam keping barulah sedap....nie tak rasa sedap langsung. Diaorang nie tak ada asam ke?.
Saya: Sedapppp je....rasa macam ikan sardin dan kuah sardin (saya dah habiskan 2 ketul)
Perempuan 1 : U nie apa benda yang tak sedap....semua sedap (silap...saya pemilih makanan....kalau sedap saya kata sedap...kalau tak kena dgn selera saya....saya diam)

Aduh....letih nak layan orang yang kuat merunggut....selama beberapa hari saya cuba elak daripada duduk satu meja dengan minah nie tapi tak boleh. Anda pergi tempat orang....rasalah masakan mereka....anda tidak suka....makan sahajalah sikit dan diam. Itu cara mereka....nikmatilah cara mereka barulah perjalanan anda bermakna. Bukan masakan sahaja tetapi budaya mereka. Bersikap terbuka....jangan tunjukkan sikap kekampungan tu.

2. Apa nak dibeli?.

Ms J beri tips....belilah sesuatu yang hanya ada kat negara itu sahaja dan susah anda nak jumpa kat negara anda. No point beli barang yang boleh didapati di negara anda hanya kerana ia murah sedikit.

Jangan tertipu dengan kata-kata "murahhhhhh kat sana.....". Orang yang bagitau tu cuma nak gempak je. Tak de murahnya sebab duit kita kecik. Di Korea...high quality....high price...low quality...low price. U nak harga murah...u carilah barang yang berkualiti rendah atau barang dari China. So tepuk dada tanyalah selera.

Saya rekemen

1. Kosmetik. Orang Korea sangat jaga kecantikan kulit so ambik peluang beli satu set alat kosmetik mereka. Baru RM300 lebih untuk satu set lengkap termasuk BB cream (ikut jenamalah ye)

2. Ginseng. Ini kalau anda nak bagi buah tangan untuk emak/bapa dan poket anda juga tebal sikit. jangan beli kalau balik Malaysia nanti anda hanya akan makan megi untuk beberapa bulan atau emak/ bapa anda jenis yang tak makan ubat dan buat pameran sahaja pemberian anda itu (ni anak saya beli masa kat Korea....dan terus letak kat atas almari)

3. Cenderahati/cenderamata.

Kalau ada orang nak kirim tu...tolaklah awal-awal sebab anda belum tahu anda jumpa atau tidak barang atau jenama yg mereka nak tu...lainlah kalau anda dah beberapa kali ulang alik.

Untuk saudara mara, sepupu sepapat, rakan-rakan sekerja....huhhhhh ramai tu (sekarang anda tahu sebab mengapa orang Malaysia sangat famous kat Mekah, Vietnam, china  dan Korea.....Murahhhhh.....Murahhhhhh mari-mari.....yes mereka semua pandai sebut ayat nie...tokey kedai soveniar kat tingkat 5 Doota tu boleh cakap melayu...hebat orang melayu nie).

 Set pengepit kuku nie yang berharga Won10,000 atau RM28.50 nie sesuai utk saudara lelaki anda. bekas pengepit kuku nie bermacam-macam design yang sangat cantik dan ianya dari kulit. Saya menyesal betul tak beli utk adik-adik lelaki saya. Harga berbaloi dengan kualiti produk ini. Kedai nie berhadapan dengan kedai souveniar tingkat 5 di Doota.

  Magnet holder nie berharga Won10 ribu atau RM28.50 untuk 5 keping. Berbaloi sebab ia betul2 terlekat kat peti ais dan tidak mudah jatuh seperti magnet yang kita beli 3 RM10 tu. Nak yang murah pun ada tapi kualiti kuranglah sikit.
 Sudu dan chopstik yang diperbuat daripada steel dan diukir dengan tangan. Harga tak tahu sebab dihadiah oleh orang. Bila saya dapat dan pegang sudu tu....rasa berbaloi kalau dapat beli sebagai cenderamata.


Book Mark/letter opener dan penanda buku Won1500 atau RM4.30. Item yang paling murah untuk rakan-rakan anda yang ramai. Saya ada cerita dalam post yang sebelum ini bahawa saya beli letter opener kat Ginseng House yang harganya Won3,000 atau RM8.60 satu. Saya ingat sama rupanya kualiti nya berlainan. Yang berharga Won1500 nie besinya berat dan tebal dan ukiranya kasar tetapi yang berharga Won3,000 besinya lebih ringan dan nipis serta terdapat tulisan Hanguk yang berupa puisi diatasnya. So betullah cakap Ms J "high price....high quality....low price...low quality".

Cerita lucu untuk anda

1. Masa kat restoran Korea, kami dihidangkan dengan pankek, kami tanya Ms J....dalam pankek nie ada apa Ms J sebut "sotong".....ohhhh sotong....ajumma yang hidang makanan tu pandang kami pelik. Kemudian dia cakap sesuatu dengan Ms J....bila dia dah bangun Ms J bagitau SOTONG dalam bahasa Korea adalah tahi lembu. Ajumma tu pelik sebab mengapa kami cakap pankek tu tahi lembu.

2. Ms J bercerita bahawa ada seorang ship engineer dari Malaysia duduk di Korea selama 6 bulan. Lepas 6 bulan dia betul-betul 'homesick' dengan makanan Malaysia so satu hari dia berjalan kat tepi pantai dan nampak seorang ajumma tengah jual sotong yang baru naik dari laut. Dia apa lagi...seronok bukan main sebab nampak sotong terus pergi kat ajumma tu sambil kata "give me 2 Sotong".....dia cakap inggeris campur melayu sebab terlalu excited. Ajumma tu apa lagi terus marah dan halau dia. Dia balik hostel dan cerita pada rakannya yang berbangsa Korea....apalagi mereka semua pakat ketawa kat dia sebab sotong tu bermakna tahi lembu dan ajumma tu ingat dia cuba nak buat lawak bodoh.

3. Cinta adalah Love dalam bahasa Inggeris tetapi Mj J kata cinta bermakna 'bodoh'. Jika mereka nak bergurau dengan rakan rapat...mereka akan sebut cinta. Beliau cerita bagaimana ketika dia handle tourist dari Thailand, seorang gadis Thai panggil dia Cinta.....dia pelik kenapa gadis tu panggil dia Cinta sebab dia bukan Malaysian. Ms J kata "saya tak kisah dia panggil Cinta kalau dalam bas sahaja tetapi satu hari tu dia jerit 'Cintaaaaaaaa' masa kat kawasan sesak..........semua orang Korea pandang dan cari siapakah manusia yang dipanggil 'bodoh' tu.

Jika ada rezeki, saya ingin sekali lagi pergi ke Korea....pergi sendiri sebab saya dah bawak balik map MRT kat Korea. Destinasi saya adalah Jeju Island...saya nak hiking dan walking kat jeju island. Saya nak habiskan masa menikmati keindahan jeju Island dengan tenang. Yang jadi masalahnya tiada rakan yang sekepala.....mungkin saya pergi sendirian.

Wednesday, June 12, 2013

Melancung ke Korea, hari ke 5

2hb June 2013 (Ahad)
Cuaca terang dan agak panas sekitar 21 ke 25C apabila tengahhari.

Bila bercuti dimusim summer, pakailah baju tshirt, jean dan paling penting bawalah kasut sneaker. Saya buat silap dengan beranggapan bahawa bila suhu 20-24C adalah agak sejuk so saya bawak banyak baju yang dari jenis kain tebal serta berkasut tertutup. Sanggup beli kasut kat Clark hanya kerana ingin lebih selesa semasa perjalanan tetapi malangnya kaki saya melecet teruk. Oh ya...di Korea tiada musim hujan tetapi hujan turun tanpa kira musim....ia akan turun pada bila-bila masa....so kami bernasib baik sepanjang 5 hari berada disini hujan tidak turun dan cuaca terang. Siang adalah panjang...matahari terbit bermula dari 3.45 pagi....seperti biasa kami dikejutkan dengan deringan telefon pada jam 4.15 untuk sembahyang subuh dan kemudian sambung balik tidur sehingga jam 7 baru bangun untuk bersiap dan bersarapan. bas bergerak dalam jam 9.30 pagi.

Untuk hari ini saya pakai sandal yang saya beli kat Doota. Destinasi pada pagi ini adalah ke Seoul Tower. Jika anda suka blog walking....banyak blogger menceritakan pengalaman ke Seoul....pergi ketempat-tempat yang sama sahaja terutama jika ikut agen perlancungan.

Seoul Tower adalah lokasi wajib kalau ikut tour agent. Pada mulanya Seoul Tower hanyalah sebagai stesyen pemancar TV pada 50 tahun yang lepas tetapi oleh kerana ramai yang datang ke sini maka ia dijadikan tempat tarikan pelancung untuk  melihat pemandangan seluruh Korea dari atas bukit ini. Dalam bas Ms J bercerita berkenaan dengan tarikan Seoul Tower. Tempat muda-mudi yang bercinta pergi ke sini untuk kunci cinta dan kononnya cinta mereka akan berkekalan.

Ms J bercerita berkenaan dengan drama Melayu yang juga pernah dibuat disini. kisah berkenaan dengan seorang wanita yang kecewa disebabkan kecurangan suaminya, lalu bercerai dan datang ke Seoul lalu ke Seoul Tower dan telah mengunci pad lock di tempat kunci cinta dan akhirnya bertemu jodoh dengan lelaki lain. kami terlopong dengar.....Ms J tanya kami "u all tengok tak drama tu".....kami diam....."are sure that u all are malaysian????.......kenapa kamu semua tak tahu berkenaan drama sendiri". Alamak.....kenapa semua orang dalam bas nie diam je....mereka pun tak tengok jugak ke drama melayu.

Tapi yang pasti group kami yang seramai 15 orang  yg terdiri pelbagai peringkat umur dan ada 2 remaja lelaki adalah pendiam. Bila ms J bercerita kami hanya menyahut yesss....OK.....ohhhhhhh.....reallyyyyy.....nice.....good....itu sahaja. Kadang-kadang saya terfikir.....ada ke yang tak faham bahasa Inggeris tetapi sometime Ms J cakap bahasa melayu tetapi mereka tetap diam juga. Ms J berkata " this group are bit better than my fren group this week.....my fren complain yang keluarga melayu yang dia handle pada minggu ini terlalu diam....dia bercakap....mereka diam....dia buat lawak...mereka diam dan mereka juga tidak bercakap sesama mereka.... my fren cakap yang dia langsung tak pernah dengar suara  si isteri....akhirnya my fren hanya berkawan dengan baby yang berusia 6 bulan...sebab hanya baby tu sahaja yang bagi respon kepada dia. Kami ketawa sebab kami jumpa family nie kat Hotel yang sama di Jeju. Family nie tak senyum atau tegur kami bila bertempung kat cafe....satu pagi ketika sarapan, baby tertepis pinggan nasi si bapa.....terpelanting ke bawah dan pecah berderai.....si bapa bangun dan dukung baby yang menangis terkejut. Ahli keluarga lain sambung makan seolah-olah tak ada apa berlaku. Staf hotel datang kutip kaca pinggan....family nie langsung tak cakap sorry atau cakap apa-apa.....mereka diam...dan terus makan. Mereka tidak faham bahasa inggeris....tidak mungkin sebab ibu dan bapa look like educated & rich person coz mereka datang seramai 6 orang satu family dengan khidmat tour agent.

Oklah setelah mendengar celoteh Ms J nie selama 45 minit akhirnya kami sampailah kat Seoul Tower. Untuk menaiki bukit ini, rakyat tempatan kena parking kereta kat bawah bukit dan berjalan kaki ke atas lebih kurang 1 jam (Ms J kata kalau Malaysian kena 2 jam...korean people jalan laju). Nampak sangat orang kita nie tak senaman. Bagi pelancung bas dibenarkan naik ke atas.....so kami hanya mendaki bukit sedikit sahajalah.....itupun ms J dah lepas ke atas.....my group masih terhegeh-hegeh kat bawah....ahjumma dan ahjussi berjalan lebih laju daripada mereka. Kebiasaannya saya berjalan bersebelahan dengan Ms J....bila kena tunggu Ms J merunggut "why they are soooo slow".




Inilah tempat kunci cinta.....masa nie belum pukul 10.30 pagi lagi...so kedai pad lock tak bukak lagi. Ramai kawan-kawan saya menunggu kedai dibuka untuk beli pad lock dan tulis ayat-ayat cinta serta kuncikan kat tempat nie. Saya ambil gambar sahaja disini kemudian terus turun dan pergi melihat kawasan sekitar. Saya tidak mahu terjerumus kepada perkara-perkara yang boleh mengundang syirik....jika saya buat begitu dan bila balik...ditakdirkan Allah bertemu jodoh....maka pasti hati atau mulut saya akan berkata "nie mesti sebab aku kunci pad lock kat tempat nie....". Ya Allah jauhkanlah.......perbuatan-perbuatan yang boleh mengundang kepada dosa syirik.


Kat sini pasangan kekasih akan ambil gambar....saya jadi jurukamera sekejap kat mereka. Tak faham bahasa pun tak pe asal faham bahasa isyarat....kalau orang tunjuk kamera dan tunjuk diri mereka maknanya mereka nak mintak ambik gambar.....nak ambik gambar sendiri malu sebab tak ada pasangan so ambik ajelah gambar orang yang ada pasangan. Happy tengok orang happykan.

Lama jugaklah saya dok menunggu kawan-kawan dok mengunci cinta....sempatlah dok bersembang dan bercerita dengan seorang rakan yang jugak tidak berminat dengan benda-benda nie. Semasa turun bukit menuju ke bas....saya singgah ke toilet awam kat sini....ya Allah bersihnya toilet-toilet mereka....saya tak nampak pekerja tetapi semuanya bersih dan kemas.

Kami menaiki bas ke pusat bandar Seoul. Sepanjang jalan saya lihat bunga-bunga rose kembang mekar di setiap rumah-rumah penduduk. Ms J cakap sekarang tiba musim rose berkembang tapi hanya 2 minggu sahaja.

Dari pemerhatian saya, dari hari pertama sehinggalah masuk hari ke 5....kereta-kereta disini kebanyakkannya adalah putih, hitam dan silver. Tiga warna ini mendominasi jalan-jalan raya dan kebanyakan kereta adalah dari jenama Hyundai, Kia, Sangyong dan sekali sekala nampaklah kereta jenama import....tapi boleh bilang dengan jari. Mungkin Ms J terdengar saya cakap dengan seorang rakan berkenaan hal ini...hari ini dia bagitau sebabnya. Kata Ms J, di Korea....jika melakukan kesalahan sebanyak 5 kali maka lesen kereta akan ditarik seumur hidup dan tidak boleh memandu langsung. Disebabkan itu kebanyakan kereta adalah terdiri dari warna dan jenama yang sama supaya polis tidak senang kesan bila mereka lakukan kesalahan dikawasan yang tiada CCTV tapi kalau dikawasan yang ada CCTV...maka gambar kereta bersama muka driver dan muka penumpang sebelah driver akan dihantar ke alamat rumah mereka. Masalah akan timbul jika penumpang sebelah bukan isteri atau suami....

Destinasi seterusnya adalah Korean Cosmetic Duty Free Shop. Ms J kata tidak lengkap kalau anda melawat Korea tetapi tidak membeli barangan kosmetik keluaran Korea. Terlalu banyak jenama kosmetik yang terkenal dari sini (anda boleh cari kat google utk jenama kosmetik korea) tetapi hari ini destinasi kami hanyalah Closee Dr. Ms J syorkan jenama ini kepada kami sebab katanya produk ini adalah hasil kajian seorang doktor kulit dan prosuk ini mengandungi ginseng korea. Ms. J mengatakan bahawa BB cream dari jenama ini adalah BB cream yang selalu beliau guna. Kosmetik Korea adalah yang mula-mula sekali mengeluarkan BB cream dan sekarang sudah ada CC Cream tapi pada hari ini saya tidak jumpa pulak CC Cream.




Saya beli dua set. Satu set berharga USD            . Saya bayar guna credit card, FYI...harga yang dicatatkan dalam bil kita adalah dalam won so kadar tukaran matawang won ke RM adalah lebih tinggi berbanding dengan jika kita bayar cash mengunakan won. Ketika ini USD1=1,111 won di Korea. Rugi sikit jika guna credit card.

Destinasi seterusnya adalah Amethyst Factory. Amethyst adalah salah satu daripada 5 kumpulan batu-batu berharga. Oleh kerana tanah korea adalah terdiri daripada lapisan keras mendapan gunung berapi maka granit dan Amethyst banyak terdapat disini.




Terpengaruh jugaklah untuk membeli set barang kemas Amethyst gred B...kalau gred A harga bermula dari ribu-ribu ke atas. Amethyst gred B berwarna lebih cerah berbanding dengan amethyst gred A. Murah-murah pun habislah jugak RM3000 untuk gelang, cincin dan rantai tu.

Ok dah habis shopping, kita gi makan. Hari ini kami bertuah kerana makanan kami adalah Korean Foods yang disediakan khas untuk muslim.
Hidangan sampingan ikan bilis digoreng bersama madu, telur, kimchi dan sayur.
lempeng seafood korea.....sedap sangat.Makan lempeng dengan nasi.....sambil makan sambil kata...lepas nie balik Malaysia nak buatlah lempeng macam nie.
Soup ??? tak ingat nama tapi tepung dibentuk macam kelopak bunga dan dibuat sup.

yang paling best sekali adalah ikan grill nie. Ikan nie rasanya lemak-lemak macam ikan terubuk....tulangnya boleh dimakan.

Perut dah kenyang....so sekarang kami naik bas untuk ke World Cup Stadium untuk ambik gambar kat sini. Stadium ini dibina apabila Korea terpilih menjadi tuan rumah untuk olimpik 2002. Tahun 2002 adalah tahun kebanggan mereka bukan sebab mereka menjadi tuanrumah tetapi sebab berjaya mengalahkan Jepun dalam perlawanan bola sepak. Mengalahkan jepun adalah satu kebanggan buat mereka.
Bola sepak pertama yang digunakan oleh penduduk dunia yang diperbuat daripada pundi kencing khinzir.



Selepas itu barulah bola sepak beransur-ansur berubah menjadi seperti yang kita semua nampak sekarang.


Mula-mula berbisik dengan kawan....kenapa bawak kita masuk tengok stadium?. Nak tengok apa kat sini...sejarah bola sepak kat Malaysia pun aku tak ambik tahu....kenapa nak ambik tahu sejarah bolasepak negara orang lain?????.

Rupa-rupanya kami dibawa ke sini untuk mencari tempat sembahyang....hahahaha maka bilik persalinan pemain inilah dijadikan tempat sembahyang.

lepas tu kami berkunjung semula ke tengah-tengah Seoul.....hari nie cuaca panas serta hari cuti Ahad maka ramailah penduduk korea keluar bersantai.

Chunggye stream...menjadi tumpuan apabila musim summer. Air sungai ini sangat sejuk macam air ais...jernih dan bersih. Dan yang paling mengkagumkan.....BERSIH. saya belum jumpa seputung rokok lagi yang dibuang merata kat sini atau sepanjang tempuh perjalanan tak kira dimana pun. Kenapa kita tak boleh berdisplin macam mereka?.


Gwanghwamun Plaza dimana pengambaran filem IRIS dibuat. Disini kami dibawa ke tugu jeneral Lee Soon Shin. General pertama yang membina kapal perang pertama didunia yang mengandungi meriam bagi menghalang kemaraan ribuan tentera Jepun yang cuba menyerang mereka. Penuh dengan ibubapa yang bawak anak-anak mereka main air....saya sentuh air pancut ini...sejuk macam air ais...memang bestlah budak-budak nie main masa cuaca panas.

Selepas tu kami ke membeli belah di Dongwa Duty Free Department Store. Ada dua bulding...building pertama mengandungi barang-barang berjenama dari barat dengan harga duty free. Minyak wangi, beg, cermin mata dll ada kat sini. Harga murah 20% daripada harga pasaran dan jika beli banyak item dalam outlet yang sama kita dapat pengurangan 20% lagi. So tabur duit dan lerek kad kredit lagi kat sini.

 Handbeg longcham yang berharga USD125 atau RM375. Ganti handbeg saya yang kena ragut tu.
Minyak wangi Giorgio Armani yang berharga USD (nanti sy isi klu jumpa resit) . Saya guna minyak wangi Jadore Dior...so pergilah kat outlet Dior tanya harga....harga lebih rendah RM60 lebih berbanding dengan KL bagi botol 100ml siap dengan free gift lagi. Saya tak belilah sebab itupun dah berharga RM400 lebih...lagipun saya baru beli sebotol...masih banyak lagi. Kita bayar duit utk barangan tersebut dan barangan hanya boleh diambil kat airport incheon....kat duty free outlet.

Bangunan bersebelahan pula dipenuhi dengan produk-produk kosmetik jenama tempatan. So saya belilah set Anti wrinkle hydro gel mask jenama Nature Republik. kalau tak nak belipun....pusing-pusinglah kat semua outlet kat sini jika nak sampel percuma. mereka nie bukan kedekut....punyalah banyak sampel percuma mereka bagi kat customer.

sampel-sampel percuma tu saya bagi kat anak saudara sebab ada muka

Destinasi seterusnya Myeong dong fashion street.....masa nie dah rasa bergegar kepala lutut sebab dah terlalu letih berjalan terlalu banyak. Saya dah letih sangat...saya tidak masukpun kedai-kedai kat sini....saya hanya masuk ke mini mart dan beli banana milk lepas tu duduk minum tunggu kawan-kawan. Banana milk dia sedap sangat-sangat....harga won990 atau RM2.80 sebekas. hanya kat mart kat sini tapi bila beli kat tempat lain harganya won1300 atau RM3.70.

Kat sini anda boleh jumpa barang-barangan dari China. Ms J nasihatkan kami supaya berhati-hati bila beli supaya tidak terkena barangan dari china. Sneaker murah sangat kat sini.....murah-murahpun atas RM150 jugaklah. Kalau sebut murah tu janganlah ingat murah gila.....harga dalam ratusan ringgit jugak tapi murahlah sikit dari harga kat KL tu untuk sneaker jenama Nike, Adidas dll. nak jenama tempatan pun ada jugak.....saya berkenan sneaker yang dipakai oleh Ms J tetapi tak jumpa pulak....oh ya saiz kaki orang korea nie kecik-kecik...jadi kalau nak kasut bersaiz 7-8 tu....hai puaslah cari.

Mula-mula saya teman kawan-kawan tengok kasut....pastu saya boring...so saya jalan sorang-sorang dan hanya sempat cari casing handphone samsung Galaxy Note 11.

Macam nie berharga won18,000 atau RM51 dan kalau yang ada manik-manik berharga won28,000 atau RM79.80. So......anda boleh dapat harga yang lebih murah lagi kalau kat KL kan...tapi casing chinalah yang berharga RM35 ke atas. Saya kena cari warna pink sebab handphone saya berwarna pink.

Habislah aktiviti hari ini...kami makan malam kat Restoran Turki kat iteawon.

Sampai kat hotel, Ms J beritahu...oleh kerana kami tidak pergi ke tempat brooth/kerongsang maka dia ajak kawan dia (bapaya ada kilang buat kerongsang) untuk tunjukkan kerongsang kepada kami. Wahhhh menarik kan tetapi masa nie won dah tinggal beberapa keping sahaja lagi.

Inilah sahaja kerongsang/loket yang boleh saya beli sebab won kat dalam dompet hanya tinggal sikit. Satu item tu berharga won10,000 ke won 15,000 (RM28.50-RM42.75). Kalau kerongsang yang guna batu yg mahal berharga RM30,000 atau RM85.50 tapi oleh kerana dalam dompet dah tak cukup won...saya hanya boleh admire sahaja kecantikkannya. Memang frust betul sbb kenapa malam terakhir barulah dia datang.