Wednesday, August 12, 2015

Rendang ayam pencen


Entry pertama untuk masak-masak dalam tahun nie.


 
Minggu lepas kami adik beradik balik kampong untuk melihat anak saudara baru. Selamat datang Irdina Najihah. Emak saya berkenan sungguh dengan nama Najihah.....asyik sebut je dari dulu, akhirnya dapat jugak diletakkan kepada cucu dia ni. Dia sudah ada 13 cucu....10 perempuan dan 3 lelaki.
 
Masa raya puasa, lemang yang kami buat hangit....batang lemang terbakar dan langsung tidak boleh makan lemang tersebut gara-gara adik bongsu saya tertidur.
 
Balik cuti nie....kononnya nak tebus balik kesilapan dia dulu.....dia sanggup buat lemang semula. Hari sabtu semua gotong royong buat lemang.....saya buat rendang.
 
Cerita pasal rending nie..........saya nak rekemen resepi dari blog aziejaya nie. Ok dah diletakkan linknya...silalah ke situ. Azie tulis sedap giler.....memang sedap...sedap2 giler. Ayat bombastic tu....tapi menang resepi yang terbaik. So apa tunggu lagi sila pergi ke blog azie dan simpan resepi tu.
 
Tak perlu saya taip semula resepi tu....Azie dah beri penerangan lengkap dan jelas. Resepi tu resepi rendang daging tapi saya guna jugak untuk rendang ayam pencen.
 
Masa raya puasa, saya buat rendang daging guna resepi tu. Saya buat pada petang puasa akhir...kononnya tak nak kelam kabut pada pagi raya. Buat rendang dalam 5 kilo daging....petang raya pertama........licin rendang tu. Amboiiiiii semua puji sedap dan mintak buat lagi sebab ketupat banyak.
 
Petang raya tu jugak saya buat rendang ayam pencen. Dalam 4 ekor ayam pencen. Saya guna periuk noxxa......saya HP dalam 30 minit ayam pencen. Sambil tunggu ayam...saya tumis semua bahan2 tumis sehingga kering dan pecah minyak. Anak saudara tanya....berapa lama nak tumis....saya kata sampai semua orang dalam rumah nie bersin. Bila bahan kering dan pecah minyak....saya masukkan ayam pencen tadi kedalam kuali bersama-sama air ayam. Saya biarkan dia mereneh sampai kering air baru masukkan santan dan bahan2 yang lain.
 
Rendang ayam pencen siap pada petang tu....tetamu jauh datang dan rendang itulah hidangan mereka bersama ketupat dan hidangan nasi pula Nasi Berani tanpa rempah beriani (emak saya kata sedap sangat....nasi tak cukup bahan) bersama kari kambing (masakan terbaik emak saya).
 
Memang redang tu laku sangat sebab ia hanya tahan sehingga pagi raya kedua sahaja.....makcik2 sampai mintak bungkus nak bawak balik.
 
So sabtu lepas saya buat lagi sebab makcik saya mintak buatkan. Dia bagi 5 ekor ayam pencen. Saya guna noxxa utk lembutkan ayam dan masak dalam kuali besar. Ayam pencen memang sedap buat rendang (kalau guna ayam kampong lagi bestkan). Resepi yang sama telah diulang buat beberapa kali sebab dah ada peminat2 tetap.

8 comments:

adda syuhada said...

sedapnyer..

tun_telani said...

salam kak.. tun ingatkan blog akk dh di-hijack td.. huhu.. sbb tiba2 gaya n3 mcm lain je..

ruslanafiq said...

salam BDaria, lama tak jenguk blog ni. saya follow supaya tak miss lagi celoteh Bdaria

Ainul Mustafa said...

saya pun masak rendang ikut resepi azie. memang sedap

http://jalanabadi172784.blogspot.com/2015/08/sehati-sejiwa.html

AsnahAli said...

Assalam Bdria...salam perkenalan,saya aunty Asnah memang minat sangat baca blog Bdria...lama sungguh tunggu khabar terbaru dari Bdria...terubat rasanya bila dah muncul kembali...semoga sukses dlm kerjaya...Bersih,Cekap dan Amanah Alhamdullillah...

mona's world said...

I enjoy reading d blog :)
Terima kasih

Shahrizat said...

memang sedap. kat rumah saya ayam pencen buat sambal tumis ke, rendang ke semua laku. saya lembutkan dalam periuk nasi.

Shahrizat said...

memang sedap. kat rumah saya ayam pencen buat sambal tumis ke, rendang ke semua laku. saya lembutkan dalam periuk nasi.