Friday, November 18, 2016

Kembali kepada blogspot

Rutin kerja yang terlalu sibuk. Saya sudah tidak ada masa nak tengok blog. Sedar-sedar blog saya telah tamat tempoh langgan url .com. Setiap tahun kena bayar RM36 untuk nama resepidaria.com. Tahun ni saya langsung tak jengah blog....langsung tak bukak email....sedar2 nama resepidaria.com dah dipadamkan dari alam maya. Terima kasih kawan yang mesej beritahu.

Bila bukak blog sebentar tadi...ada lebih berpuluh komen. Kesemuanya saya delete. Saya tidak ada masa nak layan sikap kurang ajar manusia. Setiap saat masa saya, takan saya bazirkan menjawap komen-komen yang menyakitkan hati....saya tidak kenal anda...anda tidak kenal saya....saya hidup tidak minta sekupangpun duit dari anda.