Tuesday, September 7, 2010

Biskut Tat Nenas Gulung



Biskut wajib kena ada kat rumah kami pada setiap tahun. Wp buat tat roselle tapi tat nenas tetap kena ada. Kali nie saya cuba guna resepi asas dalam buku citarasa biskut popular Hajah Noraini tapi saya ubahsuai kat butter supaya tat tidak berderai. Resepi nie ok....tat sedap dan tidak terlalu gebu sehingga berderai. Ini sebenar biskut2 terakhir yg dibuat beberapa hari lepas sbb sekarang nie proses buat kek dan coklat. Saya buat 4 kali sukatan adunan....memang banyak tapi cepat saja sbb anak saudara nak tolong, saya tekan doh semperit, sorang gulung, sorang sapu glis dan sorang lagi tolong bulat2kan inti. Sekejap saja dah siap.

Biskut Tat Nenas Gulung

Bahan-bahan:-

100gm mentega
150gm marjerin (saya guna planta)
300gm tepung gandum
50gm tepung kastard
20gm susu tepung
30gm gula aising
1 biji kuning telur (25gm)
1/2 sudu teh esen vanila
1 sudu teh serbuk penaik
secubit garam
1 cawan jem nenas

Untuk glis:-
1 biji kuning telur
1 sudu kecil air
sedikit pewarna kuning telur

Cara membuatnya:-
  1. Mentega, gula dan garam dipukul hingga kembang. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul sebati.
  2. Tepung gandum diayak bersama tepung kastard, serbuk penaik dan susu tepung
  3. Gaulkan campuran tepung bersama adunan mentega hingga menjadi adunan yang lembut (agak lembik)
  4. Sediakan acuan semperit. Masukkan adunan kedalam acuan dan tekan diatas sehelai plastik. Pastikan corak berjalur terletak dibahagian bawah.
  5. Potong sepanjang 2-3 inci. Bulatkan jem nenas dan letakkan dibahagian pangkal. Gulung adunan tersebut. Susun atas dulang pembakar. Buatlah cara yang sama sehingga semua adunan habis.
  6. Untuk menyapu glis pada biskut, ambil satu biji telur kuning dan campurkan dengan air dan pewarna kuning.
  7. Dengan mengunakan berus pastri, sapu pada permukaan biskut. Sapu perlahan-lahan supaya corak jalur tidak terjejas.
  8. Bakar selama 20 minit mengikut suhu ketuhar yg anda guna untuk bakar biskut, Saya bakar pada suhu 200 C. Sejukkan sebelum disimpan.

No comments: