Monday, August 8, 2011

Cara mengunakan pengukus trio

Entry nie saya tulis apabila ada seorang rakan kepada rakan saya bertanya tentang bagaimana hendak mengunakan pengukus trio. beliau sudah lama beli tapi belum pernah mengunakan pengukus ini lagi. Jadi entry ini khas untuk dia dan juga kepada pembaca yang berminat. Saya hanya berkongsi info dan tiada mendapat apa-apa manfaat daripada syarikat pengeluar produk ini.

1) Tuang air kedalam bekas pengukus
2) Tutup dengan penutup badan pengukus


3) Anda boleh semak takat air pada badan pengukus....jadi disini anda boleh tahu apabila air sudah berkurangan

4) Letakkan tray pengukus

5) Letakkan bahan makanan yang hendak dikukus dan tutup dengan penutup kukus


6) Setkan masa kukusan anda. Untuk ikan kukus, tempoh masa kukusan adalah 20 minit maka saya setkan kepada 20 minit. lampu merah akan menyala menunjukkan kukus trio anda berfungsi dengan baik. Lampu merah terpadam sekali sekala apabila pengukus terlalu panas. Jadi tak perlu panik kerana ia perkara biasa. Akan tetapi jika lampu merah ini berhenti terlalu lama dan berlaku terlalu kerap....lebih baik anda rujuk semula dengan tempat yang anda beli.



7) apabila tempoh masa kukusan tamat, ia akan berbunyi dan lampu akan terpadam dan ia akan berhenti sendiri.

Kepada rakan yang bertanya....diharapkan anda berpuas hati dengan penerangan ringkas ini. Cara kendaliannya tidak rumit, amat mudah dan rugi jika anda tidak mencuba sedangkan anda dah beli.



29 comments:

Anonymous said...

badaria nk tanya pengukus ni masa guna mmg ada keluar air ker..sbb tgk ada air kt bawah pengukus..pelik juga keluar ikut mana...

bdaria said...

Salam Anonymous,

Kalau tengok kat entry saya. Gambar no 2, penutup badan kukus kan ada lubang utk wap air keluar. Wap air akan keluar ikut situ.

++eden|essey++ said...

salam sis, saya nk tanya...saya mmg nak beli pengukus, sis rasa saya patut beli pengukus elektrik atau pengukus tungku....adakah pengukus elektrik boleh mengukus kek dan kuih...mane yg lebih praktik....cadangan sis amatlah saya harapkan...tq sis

bdaria said...

Salam Eden,

Pengukus elektrik nie tak sesuai utk kukus kek buah yg makan masa lama. ia sesuai utk jenis talam yg guna loyang besar. Jika nak kukus apam beras, kena guna api besar so tak sesuai guna elektrik sbb tiada tahap kepanasan disertakan. Sy belipun sbb nak kukus kuih talam shj. Jadi terpulang pd anda. Pd saya, saya suka sebab conveniant dan cantik letak atas kabinet. Masa bw balik ke kg, hampir semua jiran2 kat kampung berkenan kat pengukus nie.

Eena said...

bdaria beli kat mane trio steamer ni? n how much? senangkan kalau nk kukus ikan nak buat kuih2 yg berkukus kan. bdaria ade fb?

bdaria said...

Salam Eena,

Sy beli kat Chef Asma (sila keblog chefasma.blogspot.com) harga 180. Kat tempat lainpun ada jugak tapi mahallah sikit dalam 230 mcm tu. FB ada kat bahagian kanan blog nie, click aje kat situ

++eden|essey++ said...

sis, so x sesuai la yea kalo nk buat kek yg jenis kukus...elektrik ni lebih praktik pd kuih muih melayu n lauk pauk yg berunsurkan kukus...so kalo yg tungku lebih praktik yea...sbb saya bercadang nk beli salah satu sbb xnak byk2 pengukus...umah kecik...hihhihi...tq sis bg pendapat...

Anonymous said...

sis...terima kasih buat special entry ni..saya pun dah beli kukusan trio ni...nak tanya..kalau kita nak buat apam dot-dot atau talam...perlu panaskan dulu kukusan samapai air mendidih macam kukusan conventional tu atau terus je masukkan adunan apam/talam tanpa perlu pre heat..

Terimakasih..
suri

bdaria said...

Salam Suri,

Tak perlu panaskan terlebih dahulu, terus letak kat dalam dulang dan pusing set time berapa minit nak kukus.

Anonymous said...

thank you sis...btw...minta halal ya... i selalu print your resepi...thanx...suri

HomeKreation said...

Salam Ramadhan Bdaria. Maceh utk info. Along baru jer beli minggu ni. minta tolong my sis yg kat KL tolong belikan. Nampak nya cuma sesuai utk kuih talam lah ya... ingatkan nak buat kek juga, nasib baca info dari Bdaria.

bdaria said...

Salam Along, Cuma kek buah shj yg kurang sesuai sbb masa kukus berterusan selama 4 jam tapi kalau kek lain spt kek coklat kukus, kek lapis kukus....boleh buat dgn pengukus ini. Kuih pau, apam dot-dot, kukus nasi sy pernah buat guna pengukus ini.

reen said...

Salam kak, saya ada baca entry akak yg akak guna pengukus trio utk kukus apam dot-dot...saya pernah cuba kukus apam dot-dot guna pengukus trio ni...tp jd apam mekar plak...bagaimana akak kawal suhu nya...harap akak dpt bg tips...tq

bdaria said...

Salam Reen,

Saya guna trio sebab tray apam dot-dot saya 4 segi 24 lubang. Tray nie tak muat pengukus bulat. Saya tak kawal suhu sebab kat trio tiada button utk control suhu. Saya cuma tetapkan tempoh kukus dalam 15 minit dan tutup tudung pengukus dengan kain bersih supaya air tak jatuh atas apam. Setakat nie apam dot-dot tidak mekar bila guna trio.

Anonymous said...

Member kat office slu citer pasal periuk ni. Bila bc dr anda semua mmg menarik. Tak sabar nak beli. Blh juga kukus lauk kan?

arizah said...

Salam bdaria,
Akak baru nak belajar guna pengukus ni. Buku panduan dah terletak kat mana. Cari kat pakcik google maka bertemulah kita. Akak nak tanya, lebihan air dalam pengukus tu kena buang tak lepas guna? Kalau kena buang camana kaedahnye? Tolonggg ye...

arizah said...

Salam bdaria,
Akak baru belajar guna pengukus ni. Terima kasih sebab menerangkan langkah demi langkah.
Nak tanya satu masalah. Kalau lepas guna, lebihan air dalam pengukus tu kena buang ke? Kalau kena, camana gaya nak buang tu?

bdaria said...

Salam Pn Arizah,
Lepas guna, saya cabut plug n angkat bahagian bawah dan tuangkan lebihan air dalam singki. Basuh bekas bekas tu n lap kering lepas tu simpan semula. Selalunya lepas guna semua bahagian saya akan basuh dan lap kering sebelum simpan semula.

arizah said...

tqvm for the information.

CheRusilawati said...

Pengukus ni boleh guna utk kukus nasi dagang atau pulut kuning tak?

Three A Management said...

Hi sis...saya baru beli trio food steamer ni...saya nk tanya if saya nk buat kuih talam...boleh tk saya kukus 2 talam serentak..maknanya saya guna kan atas bawah...

Three A Management said...

Hi sis...saya baru beli trio food steamer ni...saya nk tanya if saya nk buat kuih talam...boleh tk saya kukus 2 talam serentak..maknanya saya guna kan atas bawah...

bdaria said...

Three a management, saya tak pernah cuba kukus serentak macam tu untuk buat kuih talam.

u boleh cuba dan bertahu hasilnya

xie sEnsE! said...

Camana yer cara kukus nasi dgn trio ni? ?smlm sy buat lembik nasinya

Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Kulim said...

Salam....boleh x sekali kukus cupcake 2 lapis sekaligus....

Unknown said...

Salam, sis. nak tanya, kalau nak kukus ikan, boleh tak nak guna loyang besi? thank you

Noor Nisa said...

Salam, sis. nak tanya, kalau nak kukus ikan, boleh tak nak guna loyang besi? thank you

bdaria said...

Salam Noor Nisa,

Boleh.....

Faizaluddin Mohd Rahim said...

Isteri ada beli dah rosak le pulak tak ada power. Ada sesiapa tahu service centre di Melaka.