Thursday, September 2, 2010

Croc Malaysia Warehouse sales

Time rehat tadi 'lari' kejap ke Ikano untuk memeriahkan lagi suasana warehouse sale yg pantang diadakan.....kaki gatal je nak menjenguk. Sesampai di Ikano terus gi ke Croc outlet kat tgkt G...tengok kosong je....bila tanya salesman...dia kata akak gi kat tingkat 2 sebelah Toys R Us. Sesampai disana tengok line panjang...so dengan gigihnya berbarislah jugak.

Setelah 15 minit berbaris baru sampai kat sini. Handbag kena masukkan kedalam plastik dan diikat. punyalah crowdednya dengan orang ramai. Majoriti yang datang adalah berbangsa cina.....sekali keluar bawak berbeg2 kasut.


Oh ye ini Croc original ye....kalau tiruan tak kuasa akak nak berbaris panjang2 macam nie ...ndak-ndak pulak bulan puasa nie. Kalau nak tengok sapa penganjurnya gilah cari kat sebelah kanan blog nie....ada disenaraikan warehouse sales kat lembah Klang.

Murah ke!!!!!!! ye sangat murah 70% less dari harga asal.
Kasut kanak2/sandal dalam lingkungan RM30-RM40 sahaja. Saya sambar 2 pasang untuk anak saudara. Sandal hanya ada saiz 4 dan 9 sahaja bg dewasa. Banyak pilihan untuk kanak-kanak sahaja. Pilihan kasut Croc untuk lelaki memang banyak.....wanita kurang sikit.

Oh ye disamping itu ada juga dijual baju kanak-kanak berusia 6 bulan sehingga 3 tahun dengan harga RM10-RM15. Harga asal RM89-120 sepasang. Saya capai 4 pasang gaun dan t shirt untuk anak saudara...baru RM50. Bila tengok....eikkkk untuk diri sendiri tak ada ke....patah balik gi semula ke booth pertama....cari jugak kasut croc saiz 7 @ 8 tapi tak ada.....akhirnya jumpalah sepasang kasut berharga RM100. Nanti saya masukkan gambar ye....kalau anda bersaiz 5-6 banyak pilihan untuk anda....sedihhhhhhh sbb ngapa kaki besar sangat....limited stock dan yg adapun tak berkenan sgt dengan warnanya.

Warehouse nie diadakan bermula pada hari nie sehingga 5hb nie. Baik datang awal supaya anda ada ruang untuk memilih...kalau tak anda hanya nampak kepala orang je tak nampak kasut...terutama kalau anda rendah heheh...sorry.

No comments: