Sunday, July 10, 2011

Eye Surgery

Esok saya akan menjalankan pembedahan mata kat Hospital Mata Tun Hussein Onn (THOH). Baru sebentar tadi staff THOH menelefon mengingatkan saya supaya mula berpuasa pada jam 12 tengah malam dan esok padi jam 7.30 pagi saya harus berada di hospital. Ini adalah operation ke dua yang saya buat. Kali pertama saya buat dalam tahun 2000, ketika tu pembedahan dilakukan tanpa bius....saya nampak apa yang doktor buat pada mata kiri saya....memang amat nyeri terutama bila melihat semua objek-objek tajam dihalakan ke anak mata....lepas sahaja pembedahan tu saya menjadi takut untuk buat pembedahan seterusnya iaitu untuk mata kanan. Ketika tu saya harus jalankan pembedahan untuk mata kanan selepas 3 tahun dari tarikh pembedahan mata kiri. Kini setelah 10 tahun berlalu, barulah saya memberanikan diri untuk perhi semula ke THOH bagi menjalankan pembedahan mata kanan. kali nie saya minta supaya dibius pengsan kerana saya terlalu takut untuk menjalankan pembedahan tanpa bius.


Ini bukan pembedahan mata kerana katarak atau lasik, tapi ia adalah disebabkan oleh sejenis ketumbuhan yang berada dimata putih saya. Akar ketumbuhan tersebut telah menjalar ke anak mata hitam. Dua minggu lepas tompokan akar-akar ketumbuhan tersebut membengkak dan mata saya mula berdarah. Masa tu memang malu nak berjumpa dengan orang sebab mata saya merah seperti orang sakit. Saya jumpa doktor biasa dan beliau menyatakan bahawa pendarahan dalam mata itu tidak merbahaya tetapi menasihatkan saya supaya membuang akar ketumbuhan yang nampak telah memasuki anak mata hitam saya. Saya tak ingat nama penyakit saya nie....terlalu panjang dan sukar untuk disebut dan diingati. Doktor hanya sebut ketumbuhan sahaja.


Kos pembedahan dalam tahun 2000 hanya RM800 sahaja tapi sekarang kosnya meningkat kepada RM4000. Hanya untuk satu mata sahaja.....doktor maklumkan bahawa mata kiri saya juga perlu dibedah sekali lagi. Mujur kos pembedahan tersebut ditanggung insuran.


Saya dah selesai mengemop lantai rumah, memasak sup untuk seminggu dan peti ais dan kabinet saya dah penuh dengan stok makanan untuk seminggu. Lepas pembedahan, saya akan berada dirumah seminggu dan berpantang. Tak boleh angkat barang-barang berat dan buat kerja berat. My friend tanya kenapa tak call family saya dan minta tolong mereka uruskan. Saya tak beritahu sesiapa tentang hal pembedahan nie...malah saya tanya doktor samaada saya boleh drive kereta lepas operation. Doktor terkejut dan kata ' heyyyy....u baru lepas buat operation dan masih dalam bius....mana boleh drive". Wah....sebab tak boleh drive maka saya terpaksa menyusahkan driver ofis dan rakan sekerja untuk ambil saya dihospital dan bawa saya balik ke rumah. Kalau boleh saya nak buat sendiri tapi nampaknya kena susahkan orang jugak. Doakan pembedahan saya berjalan lancar dan tiada komplikasi.

8 comments:

quinnie said...

pertama kali saya dengar pasal penyakit ni...harap daria selamat menjalani pembendahan...saya pun jenis penakut jugak kalau bab nak bedah2 ni...hehehehe...semoga cepat sembuh....:)

Anonymous said...

Insya Allah
smoga dipermudahkan segala urusan anda bdaria

Anonymous said...

Assalamualaikum.....saya doakan Bdaria selamat menjalani pembedahan.....Insya-Allah.

Anonymous said...

Salam, kak doakan bdaria selamat dan cepat sembuh dan dilindungi ALLah,amin.
kha.

MEKAR said...

Semoga semuanya selamat ya.
Saya baru pertama kali singgah sini tgk awk masak. tq

K.Nor said...

salam bdaria.. maaf lah k.nor baru jer terbaca kisah ni.. rasanya pembedahan dah dijalankan .. mudah2an semuanya dipermudahkan.. dan semoga mata bdaria kembali sembuh.. take care ya..

Anonymous said...

saya pun akan menjalani pembedahan pada 26/7/2011..doktor kata kena pasang rubber pada mata. oleh kerana pandangan mata kiri saya kalo melihat perkataan contoh MATA, saya akan nampak saiz AT bahagian tengah menjadi penyet sedangkan M dan A sprt saiz biasa. doakan pembedahan ini berjaya

inachomel said...

salam,

mudah-mudahan badria tabah dan pembedahan berlancar & selamat. Anak saya juga pernah mengalami keadaan yg sama, tapi masa tu anak saya baru berusia 1 bulan. Pembedahan laser pada kedua-dua mata sebab dia premature baby dan urat mata liar tumbuh disekeliling mata putih, dan jika dibiarkan boleh menyebabkan hilang penglihatan sebab urat liar akan menyelaputi mata hitam. Alhamdullillah, after almost 7 yrs, anak saya sihat walaupun rabun yang dialami kekal sepanjang hayat. Saya tetap bersyukur kerana anak saya masih mampu melihat dengan bantuan cermin mata. Semoga Badria cepat sembuh. Amin ....