Wednesday, July 11, 2012

Cerita jumaat lepas

Keluarga saya datang ke KL pada petang khamis lepas dan sampai ke rumah adik lelaki di Gombak dalam jam 7 malam. Dalam jam 10 malam, anak saudara dibawa berubat. Ketika proses berubat, adik saya bercerita bagaimana anak saudara menjerit dan meraung kuat. Selesai sahaja rawatan...anak saudara dah lembik dan letih. Adik perempuan saya anak beranak seramai 6 orang dan emak serta bapa saudara saya sampai kerumah saya dalam jam 12.30 malam.

Apabila mereka sampai ke rumah saya, Mariam (anak saudara) terus masuk dalam rumah dan terus berjalan masuk kedalam bilik ke 2 serta kunci pintu. Kami tidak sempat menahan beliau. Semua dah pakat panik. Saya masuk bilik utama dan ambil kunci untuk bukak bilik ke 2. Bila bukak pintu bilik dan tengok dia terbaring atas katil bujang tanpa pasang lampu atau kipas.

Bapa saudara pujuk dia keluar dari bilik tu dan masuk tidur dalam bilik utama sebab kami tidak mahu dia keseorangan dalam bilik ke 2. Mujur dia ikut dan tidak berdegil. Oleh kerana semua sudah mengantuk dan keletihan....mereka terus tidur dan tinggal emak dan saya diruang tamu. Emak bercerita bagaimana adik ipar  bersikap kurang ajar dengan beliau. Emak bagitau bahawa adik ipar menyalahkan Emak sebab tidak menghalang penceraian daripada berlaku dan menyokong tindakan anak sendiri. Emak dengan perlahan berkata " 3 kali adik engkau datang jumpa mak dan berkata bahawa dia tidak tahan hidup dengan X....dia ingin bercerai tapi mak halau dia balik. Emak suruh dia fikir tentang anak-anak. Kali ke 4 nie bila mak tengok....anak mak terlantar sakit di hospital selama 10 hari, suaminya tidak jenguk langsung dan tidak ambil tahu tentang anak mak.....hati mak sakit dan tidak boleh maafkan dia lagi....sebab tu mak tak halang dia nak bercerai...sebab mak dah benci X......dia buat anak mak macam kain buruk". Saya cuma renung wajah mak....ini kali pertama saya tengok wajah sedih mak selepas peristiwa perceraian adik.

Dalam jam 1 malam barulah saya dan emak masuk tidur. Saya yang masih terkejut dengan cerita 'dasyatnya' kelakuan adik ipar terhadap keluarga kami selepas perceraian hanya merenung belakang mak dan sesekali sekala bangun sambil merenung adik dan Mariam serta 2 anak saudara yang kecil yang sedang nyenyak tidur dibilik utama. Sehingga kepagi saya tidak lelapkan mata.

Jam 6.30 pagi saya bertolak ke tempat kerja dan tinggalkan keluarga dirumah sebab saya tidak sempat untuk mintak cuti. Mujur hari jumaat, time rehat panjang jadi saya ambil peluang untuk pulang kerumah dan bawak mereka ke rumah perawat ke 2 yang terletak di Puchong. Saya sampai ke rumah.....emak dah siapkan makanan tengahhari....anak-anak saudara bercerita bagaiman seronoknya mereka mandi kolam. Saya masuk ke bilik utama dan lihat adik saya baru lepas mandi. Apabila melihat saya masuk bilik, dia berkata 'Yong....nak tengok rambut orang". Dia bukak anak tudung yang dipakainya......kepalanya botak licin hanya kelihatan beberapa urat rambut nipis diatas kulit kepalanya. Saya sebak tapi saya tahan. Teruknya kesan kimoterapi terhadap diri adik. Dia berkata dengan senyum " orang bersyukur bila rambut tak ada sebab rasa ringan kepala.....tengok setiap ujian Allah ada hikmahnya". Saya hanya diam tidak berkata apa-apa.....hilang suara dan saya hanya balas senyuman dia.

Selepas selesai makan tengahari, kami bertolak ke Puchong mengunakan kereta saya. Hanya saya, adik, bapa saudara dan Mariam. Mariam tidak membantah bila diajak naik kereta.....selepas saya kata bahawa kami nak pergi berubat emaknya pulak. Sesampi sahaja kerumah ustaz yang akan merawat dalam jam 3 petang....saya dapat lihat keadaan anak saudara lain macam. Bila masuk sahaja dalam rumah wajah manis dan tenang dia sebelum ini menjadi keruh dan bibirnya kelihatan pucat tidak berdarah. Dia nampak marah.

Bila Ustaz minta dia duduk dikerusi dan letakkan tapak tangannya diatas kepala Mariam.....anak saudara mula mengerut muka marah......bila ustaz baca surah ruqyah....dia mula tepis tangan ustaz. Mula dia tepis perlahan....bila Ustaz tidak peduli dan teruskan bacaaan surah ruqyah.....dia mula meronta.....bapa saudara terus pegang kedua-dua belah tangan Mariam supaya tidak pukul ustaz. Bila dia tidak dapat pukul dia mula menjerit dan meraung sambil berkata 'aku tak mboh keluar' dalam loghat terengganu yang pekat (Mariam tidak pandai loghat terengganu sebab adik saya bercakap dalam loghat utara dengan anak-anaknya).

Selepas melihat keadaan Mariam....saya menangis dan melarikan diri ke kerusi hujung sekali sebab tidak sanggup nak saksikan keadaan Mariam. Hati saya hiba melihat adik dan Mariam begitu. Adik saya yang menyangkakan saya takut pada bacaan surah ruqyah terus datang kepada saya dan membacakan beberapa surah dihadapan saya sambil menghembus kearah muka saya. Pssst....adik saya sangka saya juga dirasuk sebab tiba-tiba saya menangis (saya adalah jenis orang yang susah jatuh air mata). Saya hanya biarkan saja.

Selepas 20 minit....keadaan Mariam nampak lembik dan lemah. Ustaz minta dia ulang bacaan ayat al-quran, Mariam dalam keadaan sedar telah mengulang bacaaan tersebut sehingga habis. Beberapa minit kemudian Mariam dirasuk kembali, ustaz berkata "ohhhh kamu cuba tipu saya ye.....kami masih degil tak nak keluar" sambil mememegang kepala Mariam dengan kedua-dua tapak tangannya. Mariam menjerit lagi.....ustaz tekan hujung isi kuku kaki mariam dengan pen dan meminta supaya jin tersebut keluar tapi jin tersebut tidak berjanji hanya menjerit sakit....sakit. Beberapa minit kemudian mariam sedar dan dia mengulang bacaan ayat alquran yang disuruh baca oleh ustaz. Ustaz buat ayat dan serahkan daun bidara untuk dibuat mandi. Dia minta adik teruskan rawatan dengan darulshifa Kuala terengganu sebab sekali rawatan sahaja tidak mencukupi. Mariam yang lembik dan keletihan telah dipapah masuk dalam kereta.

Kami sampai kerumah dalam jam 5 petang. Mereka nak bertolak balik ke Pahang dalam jam 8 malam so saya tak sempat nak sediakan makanan....saya ajak anak saudara yang kecil-kecil masuk kereta sebab nak bawak mereka pergi beli Pizza Hut. Saya beli 4 pan pizza dan bawak balik kerumah.Selesai mandi dan sembahyang....kami berkumpul ramai-ramai dimeja makan dan makan pizza sambil bercerita dengan anak-anak saudara. Tiba-tiba Mariam yang tengah gigit sepotong piza berkata pada saya " Along rasa tenang bila datang rumah Mak Long". Saya terus terdiam dan pandang muka Mariam.

Ya Allah.....anak saudara saya sebenarnya mengalami tekanan perasaan. Dia stress....dia tertekan dengan keadaan emaknya (budak ini tertekan dengan perkataan cancer yang baginya emaknya akan mati tidak lama lagi) dan ditambah lagi emaknya diceraikan oleh bapanya selepas 2 minggu penyakit kanser ibunya di sahkan. Dia tertekan dengan pertelingkahan emak dan ayahnya. Dia serabut dengan keadaan keluarganya dan akibat stress tersebut dia mudah dirasuk atau histeria. Sebab itu dia berkata dia tenang bila berada dalam rumah saya.

Selepas habis makan pizza....Mariam yang pada mulanya dalam keadaan gembira sambil membelek-belek koleksi buku siri penyiasatan yang saya belikan untuk mereka. Azan maghrib bergema dari masjid yang terletak tidak jauh dari apatmen saya....Mariam terus duduk disofa hujung dan tutup muka dia dengan bantal kecil. Dia cuba tutup telinga dia.....adik saya dan emak saya terpa kearah dia sambil bacakan ayat-ayat alquran. Kali nie dia tidak melawan atau menjerit....dia hanya bertindak keraskan badan sahaja. Selepas 10 minit dalam keadaan begitu.....Mariam ikut bacaan ayat Al-Quran yang dibaca oleh emaknya. Dia baca dengan perlahan-lahan dan kemudian sebutannya menjadi lebih jelas. Dia sudah sedar....kami suruh dia ambil air sembahyang dan sembahyang maghrib.

Dalam jam 8 malam, kami bertolak balik ke Pahang. Hari sabtu ketika berada di rumah di kampung.....sekali lagi dia dirasuk tetapi kali ini mujur adik lelaki saya ada dan dia yang membaca ayat-ayat al-quran untuk pulihkan Mariam. Beberapa minit kemudian baru Mariam tenang dan kemudian ambil alquran dan ikut adik lelaki saya mengaji. Mereka mengaji sehingga ke waktu Zuhur. Selepas asar....mereka bertolak balik ke terengganu sebab hari ahad, adik saya perlu bukak tadika.

Pagi isnin, ketika berada dipantri pejabat tengah sarapan pagi.....rakan sekerja bertanya mengapa saya tidak muncul di pertandingan perlawanan boiling yang diadakan paa hari sabtu. Saya pun bercerita berkenaan masalah anak saudara saya. Komen seorang rakan sekerja "mengapa orang-orang yang pakai tudung....berjubah bagai nie mudah sangat kena rasuk.....orang yang pakai seksi-seksi tu tak pulak mudah kena rasuk". So ada sesiapa tak yang nak tolong jawap soalan yang keluar dari mulut rakan sekerja lelaki kat ofis saya nie. lepas saya dengar pertanyaan dia tu.....saya buat tak dengar dan terus minum milo panas tanpa pedulikan dia. Dia nie jenis manusia yang suka pertikai segala-galanya dan suka bertelingkah atau bertegang urat.....normally saya tidak akan layan....saya akan diam dan habiskan milo kemudian terus bangun....ya itulah diri saya.....saya bukan manusia yang mudah diajak bertelingkah atau berbahas.....tak kuasa aku nak layan....ikut engkaulah nak komen apapun....hak engkau....otak engkau.

9 comments:

Anonymous said...

Salam
terjumpa blog ni masa tgh search psl kos masuk rumah malam tadi.
Seronok pulak baca.. Dr pukul 10 lebih membawak ke 2.30pg.
Banyak yg boleh dipelajari kt blog ni selain dr masakan.

< ryn >

ejaMaria said...

hahaha...
yang pakai seksi meksi tu kawan-kawan se-geng dia... buat apa nak rasuk kawan-kawan... ;p

Anonymous said...

lagi berat ujian untuk seseorang itu lagi tinggi darjatnya disisi Allah sekiranya dia sabar dan redho .....semoga adik Bdaria sentiasa di dalam rahmatNya....

Anonymous said...

Semoga adik bdaria sentiasa sabar, tabah dan redho dengan ujian Allah ini....lagi berat ujian yang diturunkan lagi tinggi darjatnya di sisi Allah....semua ini ada hikmah di sebaliknya.

quinnie said...

daria...kadang2 org ni bila tak kena kat batang hidung dia memang la dia boleh cakap apa pun....saya pun jenis yg malas nak melayan cakap2 org...

moga anak saudara awak cepat sihat..dgn masalah ibubapa...sakit lagi...begitulah kalau Allah nak duga...hanya mampu bersabar....

Ami said...

Saya doakan adik mariam beransur publish.sy yakin dia Akan jadi kekuatan keypada ibu Dan adik2nya satu hari nanti. Bersabarlah sayang. Semoga mendungkan berlalu Dan kau selamat diBawah kasihNya.

~~zana@pb~~ said...

Soalan mamat tu rasanya akk boleh jwb. Syaitan ni tak memilih org pakai tudung or seksi. Sah2 yg pakai seksi tu kaum dia........nak goda pula org yg beriman ni.
Terus terang bdaria, baru ni akk stress sgt. Akk menjerit satu rumah sampai sakit tekak. Sebabnya biar la rahsia. Bila stres, fikiran kita kosong, pandang org rasa geram, marah. Org dewasa boleh alami apa lg budak2.

Kak Mynn said...

Hidup ini penuh rahsia yang hanya Allah mengetahuinya. Setiap kisah dan cerita dalam perjalanan hidup ini adalah dugaan yang maha Esa.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Semoga setiap dugaan itu disertakan jalan penyelesaian. Allah menduga hambanya mengikut kemampuan masing-masing.
Semoga diberi kekuatan buat anda sekeluarga dalam menghadapi dugaan dariNya.
Sempena Ramadhan ini perbanyakkan doa, Insyallah, tiada hijab yang menghalang dari doa kita di makhbulkan....

Anonymous said...

Syurga adalah untuk org2 yg sabar dan redha atas ujian yg datang..