Friday, February 11, 2011

Pengat Pisang Nangka


Pengat nie saya buat hari rabu lepas. Bawak ke ofis untuk dimakan bersama kawan-kawan supaya makanan yang berkalori agak tinggi nie dikongsi bersama mereka. Jika tidak tuan blog nie boleh habis satu periuk terutama kalau yang dah disimpan dalam peti.....sejuk je uihhhh laju je makan. Inilah dessert yang paling saya suka.....kalau bulan puasa mesti kena ada pengat nie sebagai jaudah berbuka. Pisang nangka dibekalkan oleh mak. Dia bagi sesikat tapi saya cuma ambil 1/2 sikat saja....itupun ada kat 5 biji pisang nangka. Resepi pengat nie mudah je.....semua orang boleh buat.


Pengat Pisang Nangka
Bahan-bahannya:-
  • 5 biji pisang nangka-dipotong menyerong (atau ikut suka anda)
  • 1 cawan santan pekat (sy guna santan kotak)
  • 4 cawan air
  • 2 ketul gula melaka
  • 1/4 cawan gula merah
  • 1/4 cawan biji sagu
  • 2 helai daun pandan-diikat
  • 1/2 st garam
  • gula secukupnya (optional jika anda hendak lagi manis)

Cara-caranya:-

  1. Masak gula melaka dan gula merah sehingga hancur dengan 2 cawan air. Tapis
  2. Masukkan santan, air, air gula melaka, garam dan daun pandan tadi dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
  3. Masukkan sagu biji dan pisang. Masak sehingga sagu kembang.
  4. Gula boleh dimasukkan jika anda hendakkan lebih manis.
  5. Angkat dan hidangkan.

Nota:-

  1. Saya tidak masukkan gula putih dalam pengat nie sebab manis gula melaka dan gula merah serta pisang sudah mencukupi.

No comments: