Tuesday, December 6, 2011

Dilema ibu yang bekerja

Image credit to google


Pagi nie, dilema yang ditimbulkan oleh pendengar radio RedFm adalah berkenaan dengan keadaan dirinya sebagai seorang isteri, ibu dan pekerja. Setelah bertungkus lumus menjalankan peranan sebagai seorang pekerja, isteri dan ibu....dia merasa dirinya tidak dihargai. Dipejabat dia tidak dihargai dan dirumah juga dia tidak dihargai.

Saya tidak mahu beri apa-apa pendapat dalam hal ini sebab saya bukan working mother cuma saya nak kongsikan satu cerita. Masa saya belajar di universiti dahulu, ada seorang pensyarah sambilan yang mengajar pada hari selasa dan khamis setiap minggu dari jam 8 malam sehingga 10 malam.

Satu hari ketika saya dan rakan berehat di surau di falkuti selepas sembahyang sementara menunggu kelas jam 8 malam. pensyarah wanita tersebut berada disurau. Dikesempatan itu, kami datang kepadanya dan berbual. Dia cerita pada kami...dia adalah seorang peguam yang masuk kerja pada jam 9 pagi dan habis 6 petang kemudian terpaksa tempoh trafik jam di KL untuk pergi mengajar di beberapa univeristi tempatan (maknanya bukan universiti kami sahaja) pada setiap hari. dari pejabat dan kemudian habis mengajar dalam jam 10 malam....dia akan luangkan masa sejam untuk menjawap pertanyaan student atau membuat nota bagi bahan mengajar keesokan harinya. Dia sampai dirumah dalam jam 12 malam. Anak-anak semua sudah tidur.

Sesampai dirumah.....dia tidak terus tidur. Dia akan memasukkan semua baju-baju kotor dalam mesin basuh. Membersihkan pinggan mangkuk di singki dan mengeluarkan bahan-bahan untuk dimasak esok pagi. Masuk tidur dalam jam 1.30 pagi dan kemudian bangun dalam jam 4.30 pagi untuk sediakan makanan. Bekalan sarapan dan makan tengahhari disediakan untuk anak-anak. Pakaian yang telah dibasuh perlu disidai, baju kerja suami dan anak perlu di seterika. Rumah perlu di kemas, sapu dan mop. Semuanya dilakukan sendiri tanpa bantuan orang gaji.

Selesai urusan dirumah dan menyiapkan anak-anak dan hantar mereka kesekolah.....dia masuk kerja. Hari demi hari dia ulang perkara yang sama. ketika itu hari sabtu adalah hari bekerja jadi dia cuma 'berehat' pada hari ahad sahaja. Siapa kata wanita bekerja boleh berehat pada hari ahad....mereka masih tidak boleh bangun lewat......bermalasan di sofa sambil baca suratkhabar......dia tetap bekerja kerana kerja rumah tidak pernah habis.

Ketika pensyarah wanita itu bercerita.....memang jelas kelihatan di wajahnya bahawa dia kepenatan.....dia berkata "hidup di KL, kita tidak ada pilihan......kita terpaksa berkerja.....kalau tidak bagaimana hendak besarkan anak seramai 5 orang dengan harapkan gaji suami sahaja.....tidak cukup". Dia tidak boleh harapkan gaji sebagai peguam sahaja......dia perlu dapatkan pendapatan sampingan. Adakah dia mengeluh.....tidakkkk.... dia tidak mengeluh tetapi dia ceritakan keadaan hari-hari yang dia lalui...keadaan realiti kepada kami yang masih belum keluar dari kepompong hidup sebagai pelajar.

Saya teringat kepada emak saya....seorang ibu tunggal yang ambilalih tugas arwah suami untuk besarkan anak yang masih kecil seramai 6 orang. Pagi berkerja diladang dan malam buat kuih-muih untuk berjualan. Walaupun sibuk dan penat beliau masih membenarkan saya tidur di riba nya ketika berehat diwaktu petang.....masih duduk dimeja makan menemani kami makan sambil bercerita...masih menemani kami membaca buku diwaktu malam sambil menguli tepung.

Dihargai......jika itu yang anda minta dari manusia maka anda akan berada dalam keadaan kecewa seumur hidup. Manusia tidak pernah menghargai sesiapa. Manusia mudah lupa. Lakukan ia sebagai ibadat kepada Allah.....insyaallah kepenatan dan pengorbanan anda akan dibalas dengan setimpal. Tiada istilah penat bagi seorang ibu apabila dia lihat senyuman diwajah anak-anaknya. Untuk lihat senyuman itu.....seimbangkan antara kerjaya dan keluarga anda.

No comments: