Saturday, December 10, 2011

Kuih Kasturi @ kuih kacang


Sekarang nie sibuk study....sebab tu blog nie jarang di update dengan masakan. Dalam keadaan sekarang resepi yang saya sempat buat adalah yang simple-simple sahaja. Sesuatu yang tidak rumit dan memerlukan saya lama sberada di dapur....saya cuma buat apa yang tekak saya teringin nak makan.

Kuih Kasturi @ kuih kacang

Bahan-bahannya:-
  • 300gm kacang hijau (sy beli paket kecil kat supermarket)
  • anggaran dlm 1 cawan kelapa parut
  • 1 ketul gula melaka
  • 3 @ 4 sudu makan gula pasir
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 4-6 cawan air
  • sedikit garam
bahan salutan
  • 1 cawan tepung beras
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • sedikit serbuk kunyit
  • sedikit garam
  • sedikit bancuhan air kapur (dlm anggaran 1 sudu makan)
  • 1 biji telur
  • air secukupnya
Cara-caranya:-
  1. Basuh bersih kacang hijau dan masukkan kedalam periuk. masukkan air sebanyak 4 cawan dahulu. Masukkan sebilah sudu/garpu besi. Rebus sehingga kacang kembang dan pecah-pecah. Tambah air jika kacang masih keras.
  2. Setelah kacang kembang dan nampak pecah-pecah, masukkan gula melaka yang telah dipotong kecil, garam, gula dan kelapa parut. Tambah gula jika anda hendak lebih manis atau anda boleh kurangkan gula jika tidak mahu terlalu manis. Sentiasa rasa masakan anda.
  3. Selepas itu masukkan 3/4 cawan tepung gandum dan gaul sebati.
  4. Leserkan minyak atas dulang dan kemudian tuangkan kacang ke atas dulang. ratakan dengan belakang senduk. tuang sikit minyak atas kacang supaya ia tidak melekat.
  5. Sejukkan dan ketepikan
  6. Sediakan adunan salutan. Masukkan semua bahan kecuali air. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga bancuhan cair (ala-ala bancuhan roti jala atau kuih ketayap). ketepikan
  7. Guna gelas bulat dan tekap pada adunan kacang. Buat sehingga habis. lebihan adunan kacang, bulat-bulatkan dan kemudian leper.
  8. Panaskan minyak dengan api sederhana. Ambil doh kacang yang telah dibulat tadi dan masukkan dalam bancuhan tepung salut. Masukkan dalam kuali. Buat sampai penuh kuali dan goreng sehingga garing dan kekuningan.
  9. Angkat dan toskan.

No comments: