Sunday, January 31, 2010

Jemput-jemput pisang + oat




Ini jemput-jemput pisang yang dibuat untuk sarapan pagi tadi. Pisang abu yang tinggal beberapa biji tu dah tak sesuai lagi nak buat goreng pisang. Arwah nenek saya dulu selalu buat jemput-jemput pisang.....jemput2 pisang beliau adalah yang paling sedap sekali.....beliau akan buat bulat-bulat sebesar biji gula. Oleh kerana kami ketika itu masih kecil sudah tentu amat terpikat dengan jemput2 yang secomel seperti tu....saya sampai sekarang masih tak pandai nak buat bulat-bulat secantik itu. Ok inilah resepi saya.....mak saya kalau buat jemput2 tak pernah guna tepung gandum, beliau lebih suka guna tepung beras. oleh kerana stok tepung beras dah habis maka saya guna tepung gandum untuk buat jemput2 pagi nie. Anda boleh blender pisang atau lenyek halus.

Jemput-jemput pisang + oat

Bahan-bahannya:-
  • 1 cawan pisang yang telah dilenyek @ blender (ikut kesukaan anda)

  • 2 sudu makan gula

  • 1/2 cawan oat

  • 3/4 cawan tepung gandum/beras

  • sedikit garam

Cara-caranya:-

  1. Lenyekkan pisang @ blender pisang dan biarkan ia sebentar iaitu lebih kurang 15 minit. Ini adalah tip yang diberikan oleh mak saya bila saya tanya mengapa jemput2 dia boleh rangup dan kosong dibahagian dalamnya.

  2. Masukkan gula 1 sudu dahulu dan kemudian rasa adunan anda supaya ia tidak terlalu manis disebabkan kemanisan pisang yang anda gunakan...kemudian masukkan bakinya atau tambah lagi jika memang anda pengemar makanan manis. Saya tak suka makanan manis so saya sangat berhati2 bila memasukkan gula.

  3. Masukkan oat, sedikit garam dan tepung gandum atau tepung beras. Saya suka guna tepung beras sebab jemput2 lebih ranggup.

  4. Panaskan minyak, guna api sederhana dan ambil sedikit adunan dengan hujung jari-jari anda dan bulatkan adunan ditepi bekas bancuhan dan masukkan satu persatu sehingga memenuhi sekeliling minyak. Balik-balikkan jemput2 anda dan angkat bila nampak sudah garing. ketika anda balik2kan jemput2 tu kalau ia tidak melekat antara satu sama lain dan nampak bulat2 (wp tak bulat sangat....atau lonjong) maknanya sukatan tepung tu dah ok lah. jemput2 tak sedap kalau guna banyak tepung dan jangan guna air.

  5. Angkat dan alas dengan tisu masakan supaya lebihan minyak diserap.

Wp ia mengandungi oat tapi ia tidak boleh dianggap sebagai hidangan sihat sbb ia bergoreng.

No comments: