Tuesday, January 26, 2010

Rendang Ayam


Ini pula adalah resepi untuk rendang ayam yang dibuat untuk dimakan bersama dengan pulut kuning tersebut.

Rendang Ayam

Bahan-bahannya
  • 1 ekor ayam dipotong kecil

  • 1 biji kelapa parut

bahan untuk ditumis

  • 3 ulas bawang merah dimayang halus

  • 2 ulas bawang putih dimayang halus

  • 3-4 keping asam keping

  • 1 batang kulit kayu manis

  • 1 kuntum bunga lawang, 3 biji bunga cengkih, 3 biji buah pelaga

  • 15 batang lada kering (kurang jika anda tidak suka pedas atau chili anda jenis yang sangat pedas

  • 4 camca besar kerisik

  • 2 camca besar gula merah atau 1/2 ketul gula melaka

  • gula dan garam secukup rasa

  • 2 helai daun kunyit dihiris halus

bahan-bahan untuk dikisar halus halus

  • 4/5 batang serai dimayang halus

  • 6 ulas bawang merah kecil

  • 4 ulas bawang putih

  • 2 inci halia

  • 1/2 inci lengkuas

  • 15 batang lada kering (kurang jika anda tidak suka pedas atau chili anda jenis yang sangat pedas atau anda boleh tambah sedikit cili padi jika anda jenis yang suka pedas)

Cara-caranya:-

  1. Ayam dibersihkan, bubuh sedikit garam dan biarkan sebentar sementara anda sediakan bahan-bahan lain.

  2. Jika anda hendak buat sendiri kerisik, ambil lebih kurang secekak kelapa parut dan goreng tanpa minyak dengan api sederhana. Sentiasa kacau kelapa goreng anda supaya ia menjadi perang samarata, bila sudah keperangan, angkat dan tumbuk sehingga ia keluar minyak.

  3. Perah kelapa dan bahagikan kepada santan pekat dan santan cair. Untuk menyenangkan anda masukkan sahaja kelapa parut dalam blender dan masukkan 1 cawan air untuk santan pekat dan kemudian perah. Masukkan semula kelapa dalam blender dan masukkan 2 cawan air untuk santan cair.

  4. Panaskan minyak didalam kuali, masukkan bahan tumis dan kacau sehingga berbau wangi. Masukkan pula bahan kisar dan masak sehingga harum dam pecah minyak.

  5. Masukkan ayam dan gaul sehingga sebati dengan bahan rempah tadi. Biarkan sebentar. Masukkan santan cair, asam keping dan biarkan sehingga 1/2 masak dengan api sederhana.

  6. kemudian masukkan santan pekat, kerisik, gula melaka/merah, sedikit garam jika perlu.....rasa dulu masakan anda dan tambah gula jika anda suka dan biar sehingga ayam empuk dan pekat.

  7. Akhir sekali masukkan daun kunyit yang telah dimayang halus gaul rata dan biarkan sebentar sebelum angkat.

No comments: