Sunday, January 10, 2010

Memasak memberi satu keseronokan kepada saya terutama bila mencuba sesuatu yang baru. Saya mula belajar memasak semasa mak dalam pantang, salah satu resepi yang paling mudah dibuat ketika itu adalah sambal telur....tumis lada dan kemudian pecahkan telur...saya tak pasti sedap ke tidak tapi adik2 saya terpaksa makan setiap hari selama seminggu dan inilah lauknya bila mereka pulang sekolah...jangan salahkan saya sbb masa tu saya baru berusia 10 tahun. Kemudian memasak menjadi rutin harian kerana itulah sumber rezeki kami selepas kematian mengejut arwah ayah.


Terima kasih pada mak kerana membuatkan saya cekap di dapur.....kemudian aktiviti memasak mula berkurangan selepas saya memasuki universiti, saya hanya memasak bila balik cuti semester. Kemudian aktiviti memasak semakin berkurangan bila saya mula bekerja dan tinggal sendirian...jauh dari keluarga. Sekarang saya hanya memasak bila hujung minggu sahaja, itupun menu ringkas sahaja tiada yang menarik sangat.....setakat makan seorang buat apa susah-susah...cukup jika ia boleh mengenyangkan.




Inilah menu setiap hujung minggu saya. Sarapan saya adalah minuman Herbalife ini. Mudah....tak ambil masa yang lama untuk menyediakannya. Masukkan susu + air panas + 2 sudu herbalife kemudian masukkan dalam blender. Ini adalah sarapan saya sebelum ke gym.













Ini pula yang saya sediakan apabila balik dari gym. Saya jarang ambil makanan luar bila hari minggu. Cukuplah ketika hari kerja saya makan makanan yang dimasak dikedai. biarlah hari minggu saya makan makanan yang saya masak sendiri. biarpun ketika pulang dari gym...jam sudah menunjukkan pukul 2 dan perut pula benar2 lapar tapi hidangan simple tetap saya sediakan. Saya rasa puas bila masak sendiri makanan saya. Bila pulang kekampung, saya akan masak resepi terbaru yang saya belajar untuk anak2 saudara saya....untuk family saya...saya rasa puas.

Saya buat blog ini dan memasukkan resepi yang telah saya cuba biarpun tidak sehebat resepi diblog orang lain. Saya banyak masuk kelas memasak sejak dari tahun 2005 lagi dan semua resepi tersebut saya simpan dalam fail. Bila saya buka fail, saya dapati kertas resepi tersebut telah bertukar warna......saya risau satu hari nanti ia akan hilang begitu saja maka saya masukkan sedikit yang mana saya sempat taip dalam blog ini.

Saya amat kesal apabila saya dapati ada penulis blog masakan telah 'copy and paste' entry blog masakan orang lain bulat2. Gambar masakan pun dicopy masuk dalam blog mereka....mereka tidak cuba langsung hanya 'copy and paste' ...asalkan ada N3 sudah cukup. Ia adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawap dan tidak beretika langsung. Paling tidakpun nyatakanlah dari mana resepi dan gambar itu diambil. Berilah sedikit kredit kepada tuan punya resepi atau tuan punya blog yang mana anda telah 'copy and paste'.

No comments: