Wednesday, January 6, 2010

Jemput-jemput udang berjagung

Pertama kali makan jemput-jemput udang berjagung nie adalah ketika saya bercuti di changloon, kedah. Mak ngah saya buat untuk hidangan minum petang. dia mengunakan jagung manis yang baru dipetik dari kebun dan udang yang banyak. Wp dia bagi resepi jemput2 nie tapi rasanya tak sama seperti makan ketika dirumahnya mungkin sebab air tangan dia.

ini adalah resepi jemput-jemput udang berjagung yang diberikan oleh Mak ngah saya. Sukatan air saya tidak dapat berikan disini sebab agak sukar untuk memberikan sukatan yang tepat sbb resepi orang tua2 nie jarang nak bersukat.

Jemput-jemput udang jagung

Bahan-bahannya

300gm tepung gandum

setongkol jagung yang dihiris isinya

100-150gm udang (lagi banyak lagi sedap)

1 sudu makan gula(jangan masukkan banyak sbb ini bukan jemput2 manis hanya utk dapatkan rasa manis udang sahaja so jangan bubuh bumbun cukup sekadar sesudu rata)

1/4 sudu garam

air secukupnya

1/2 bungkus ENO paket biru

Cara-caranya

  1. Satukan tepung, jagung yang dihiris dan udang, gaul sebentar. masukkan gula dan garam.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit, kacau rata. berhenti mencampur air bila bancuhan dirasakan tidak terlalu cair dan tidak terlalu keras. Kacau mengikut pusingan jam dengan sudip kayu sehingga bancuhan benar2 sebati. Untuk memastikan bahawa bancuhan anda tepat....cuba ambil sejemput tepung dan dibawa ketepi bekas bancuhan.....jika jari-jari kita dapat membentuk satu bulatan kecil tepung bermakna bancuhan itu sudah ok. Jangan keras ye tak sedap......banyak praktis akan menghasilkan bancuhan yang tepat so rajinlah cuba.
  3. Biarkan bancuhan selama 15 minit. Kemudian panaskan minyak, sementara menunggu minyak panas masukkan 1/2 bungkus ENO dalam bancuhan....kacau rata.
  4. Angkat dan lapik dengan tisu masakan supaya semua lebihan minyak diserap.
  5. Cicah dengan sos cili.
  6. jangan masukkan gula banyak sbb bancuhan ini hanya manis2 buah sahaja kalau manis dah tak sedap hendak dimakan dengan sos.

No comments: