Tuesday, January 26, 2010

Pulut kuning




Oleh kerana hendak mencuba Pengukus trio yang baru dibeli ini maka saya cuba buat pulut kuning dan dimakan bersama rendang ayam. So inilah resepi pulut kuning yang saya buat:-


Pulut Kuning

Bahan-bahannya

  • 1 kg beras pulut


  • 3 cawan santan pekat


  • sedikit garam


  • sedikit serbuk kunyit


  • 2 keping asam keping

Cara-caranya

  1. Basuh bersih beras pulut.

  2. Rendam beras pulut bersama dengan serbuk kunyit dan 2 keping asam keping selama 6 jam atau semalaman. Tujuan asam keping dimasukkan kedalam rendaman beras pulut adalah untuk menjadikan pulut sedikit berkilat dan mencantikkan warna pulut.

  3. Buangkan asam keping dan tapis beras pulut. Panaskan pengukus anda
  4. Kukus pulut selama 30 minit. Jika pengukus anda kecil kukuslah 1/2 dahulu dan kemudian kukus bakinya.
  5. Masukkan santan pekat dan masukkan garam secukup rasa. Masukkan pulut yang telah dikukus dan kacau rata, biarkan sebentar.
  6. Kukus semula pulut tersebut selama 10-15 minit.

No comments: