Tuesday, October 12, 2010

ThebiggestloserClub

Motivasi dan kesungguhan adalah penting dalam proses menguruskan badan. Berat badan saya mudah naik....saya ambil personal trainer dan berjaya turun sebanyak 12kg tapi tak lama setahun kemudian berat badan saya naik kembali.

Setelah 4 tahun memasuki gym saya mula 'kebosanan' dan mula buat berbagai alasan untuk tidak ke gym. Keadaan menjadi teruk bila saya jatuh semasa di Sarawak dan lutut saya cedera....4 bulan saya tidak bersenam lepas itu mula buat alasan tidak ke gym. Sekarang saya hendak mula kembali....insaflah kononnya sebab semua baju dah tak muat dan terpaksa keluarkan kembali baju lama.


Untuk meningkatkan kembali motivasi diri saya beli sepasang kasut sukan baru...cewah bab2 nak menghabiskan duit ada saja alasan. Kasut lama saya dah tercabut getah ditapak so terasa tidak selesa bila berlari. Diharapkan dengan adanya kasut baru nie....saya bersemangatlah sikit.

Semasa bersama dengan personal trainer dulu, saya kena rekodkan apa yang saya makan. Saya ikut membabi buta sahaja tak faham konsep In dan Out kalori. Kadang2 kita perlukan sesuatu untuk memberikan dorongan...untuk itu saya mendaftarkan diri sebagai salah seorang ahli Thebiggestloser asia club. Pada 10/10/10....secara rasminya saya sebagai thebiggestloser club member. Saya boleh masuk ke web yang digunakan oleh peserta thebiggestloserasia.

Sebagai member thebiggestloserasia, saya diberikan program excersice untuk seminggu, menu plan untuk seminggu dan diary dimana kita kena merekod semua makanan yang dimakan dan pengiraan kalori akan dibuat. Berapa lagi kalori yang perlu diambil boleh dilihat dengan mudah tanpa perlu mengagak lagi. Konsep kalori masuk dan dikeluarkan dapat difahami dengan mudah.
Rasa seperti Dave Nuku dan Kristy memerhati program diet saya sebagaimana peserta thebiggestloserasia.

Ada yang kata kalau nak kurus jangan makan nasi......saya bukan nak kurus tapi saya nak sihat dan 'feel good'. Diet plan yang diberikan didalam program ini tidak mengecualikan nasi....nasi kena ambil tapi dalam kadar yang sedikit. Menu makanan boleh dipilih samaada hendak asian ataupun barat. Saya pilih Asian so menu yang diberikan tidaklah pelik dan boleh diikut. Yang penting saya dah faham konsep In dan Out kalori.

Oleh kerana saya dalam program diet maka menu saya adalah menu 'orang sakit' so mula2 ingat nak close blog nie sebab saya tiada makanan sedap2 yang hendak dimasukkan tapi bila fikirkan balik....why not saya kongsi bersama dengan anda semua menu diet saya dan 'my diet journey'. Sekurang2nya ia boleh jadi motivasi kepada saya untuk berusaha bersungguh2 dan untuk menunjukkan kepada semua bahawa diet bukan bererti tidak makan tapi makan secara sihat.


No comments: