Tuesday, October 19, 2010

Week 2, Day 1 my weight loss journey

Hari isnin 18hb Oct, saya dapat menu baru untuk seminggu. Pada minggu nie penekanan diberikan kepada pengambilan sayur dan buah-buahan. Excersice program juga berlainan dari minggu lepas.

Semasa dekat gym semalam saya berbual dengan seorang kawan baru. Dia bercerita berkaitan dengan diet yang diamalkan....mengunakan herbalife semata-mata. beliau berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20kg dalam tempuh lebih 1 tahun mengamalkannya (hanya ambil herbalife dan tak ambil makanan lain). Saya tak nafikan amalan dietnya itu membuahkan kejayaan tapi mengorbankan makanan dan penuh displin selama setahun itu yang tak boleh nak ikut. Saya juga pernah amalkan tapi saya tak boleh nak displin so ia tidak berkesan untuk saya. Apa2 produk selain yang disebutkan itu pun perlukan displin yang tinggi baru berkesan....kalau tak jangan buang duit....bukan murah you.


Cuba lihat menu plan yang diberikan oleh thebiggestloserclub kepada saya untuk hari ini.


Sarapan

  • Beef noodle soup, 1 bowls (16.5 cm)-----------------188 kalori

  • Coffee with 2 tbsp evaporated milk, no sugar, 1 mugs-----------48 kalori


Mid afternoon

  • Fresh fruit, any type, 1 piece eg watermelon, peach------------48 kalori


Lunch



  1. Chicken sandwich
  • Mixed grain bread, 2 slices--------------166 kalori
  • Mayonnaise, reduced-fat, 1 tbsp-----------57 kalori
  • Chicken breast, lean, baked, 100gm---------152 kalori
  • Mixed salad-----------48 kalori
  • Apple, any type, 1 small -----------67 kalori

Diner

  • Chicken rice (chicken rice, without skin, braised, 1 plates)-------503 kalori

Snacks

  • Mixed nuts, unsalted, 30g----------178 kalori
  • Mango Pudding, 1 cup --------------47 kalori

Exersice

  • RPM class 45 minute
  • Walking 6.6km/hrs

Boleh ikut menu plan nie sebab ia agak mudah. Siapa kata bila diet kita tak boleh makan makanan yang sedap-sedap cuma hadkan pengambilannya. Saya ikut menu yang diberikan ini kecuali nasi ayam untuk dinner sebab sepulang dari gym jam dah menunjukkan 8.30 malam. Nak masak sendiri pukul berapa baru dapat makan so saya panggang ayam yang dah diperapkan dan buat chicken salad.

Saya sertakan bersama resepi untuk ayam panggang lada hitam. Resepi nie saya ambil dari blog ros@jintanmanis.com. Anda boleh rujuk resepi asal diblog jintanmanis. Saya ubahsuai ikut bahan yang ada kat dapur saya.

Ayam panggang lada hitam

Bahan-bahannya

  • 1 bahagian dada ayam (buangkan kulit ayam), kelar sedikit
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam (saya guna lada hitam kasar)*
  • 1 cm halia*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 biji bawang merah*
  • 1 sudu makan madu
  • sedikit garam*

Cara-caranya

  1. Bersihkan dada ayam dan keringkan dengan tisu masakan. kelarkan sedikit di bahagian isi tebal sepaya bahan perapan boleh menyerap masuk ke isi ayam.
  2. Bahan yang betanda (*) hendaklah dimesin (saya guna mesin kering) @ ditumbuk. Masukkan madu kedalam bahan perapan.
  3. Gaulkan pada ayam semua bahan perapan tadi.
  4. Perap selama 1 @ 2 jam. Saya perap semalaman
  5. Panaskan oven pada 170 C (bergantung pada jenis oven anda).
  6. Bakar selama 20-25 minit. Jangan lebih nanti ayam jadi kering dan tak juicy lagi.

Untuk buat Chicken sandwich

  1. Hiris nipis isi ayam.
  2. Sapukan roti sandwich anda dengan sedikit mayonis (1 tbsp mayonnice, reduced-fat)
  3. Toppingkan dengan hirisan ayam dan daun salad
  4. Sedia untuk dimakan.


No comments: