Friday, October 15, 2010

Week 1, Day 4

Wah berlumba-lumbalah pulak entry saya sekali keluar. Ini disebabkan saya tak keluar makan pada waktu rehat hari jumaat nie. Esok saya ceritakan kenapa saya tak keluar makan hari nie.

Khamis 14hb. Hari ke 4 saya di TBLC. Saya dah boleh terima rutin makan seperti ini. Badan saya dah boleh terima dan saya tak rasa pening2 lagi.

Siapa sini akauntan....angkat keyboard. Jika anda akauntan dan biasa dengan dokumen2 akaun maka tentu anda setuju jika saya katakan bahawa buku-buku/dokumen akaun/maklumat perakaunan adalah 'buku cerita' bagi akauntan (klu tak setuju, jgnlah kutuk saya kat shoutbox). Berdasarkan dokumen2 ini kita tahu apa yang berlaku di syarikat tu...biarpun bertahun2 lamanya. Hari nie seorang pengarah syarikat(melayu) datang ke pejabat.
Semasa diinterview beliau cuba mempertahankan diri dan paling hebat lagi bila saya lihat gelagat dia menipu. 'Demi Allah, saya......." " Saya sanggup bersumpah...." dan sebagainya. Saya dah study sikit dokumen syarikat beliau sebab tu saya tahu semua perkataan yang keluar dari mulut dia adalah bohong. Masa tu saya kesian dekat dia....dia sanggup bersumpah dengan nama Allah untuk melepaskan diri dia.

Selepas meeting tu kami kena keluar, duty kat luar sbb urgent. Ini masalah saya bila ada kerja kat luar....MAKANAN. Lepas habis kerja, kami singgah restoran. Saya pusing tengok apa yang sesuai dimakan atas meja hidangan berpuluh jenis lauk pauk....saya minta pinggan kosong pastu ambil ikan kembung bakar bersama air asam. Sayur2 semua berlemak so saya ambil ulam sikit. Itu saja....wah saya dah boleh kontrol you....kalau tak saya nie pantang je nampak gulai itik kat restoran tu.....mesti ambik punya....kerabu mangga dia paling sedap begitu jugak dengan kerabu jantung pisang. Masa tu kawal diri sebab dah ada perasaan keinsafan pada kalori.

Ok inilah menu saya pada hari ke 4.

Sarapan
  • Instant oat 1/2 cup 168 kalori
  • kurma 3 biji 48 kalori
  • Low-fat milk, 250 ml 125 kalori
  • Air kosong 2 gelas 0 kalori
Makan Tengahhari
  • Ikan panggang 171 kalori
  • sayur/ulam 31 kalori
Minum petang
  • Goreng pisang, 1 keping je 197 kalori
  • air kosong 1 gelas 0 kalori
Makan malam

  • Beehoon soto, 1 mangkuk (16 1/2 cm) 361 kalori
  • Rockmelon 2 slices (nipis) 31 kalori
Latihan
  • Body pump 45 minit (-) 382 kalori
  • Walking 30 minit (-) 99 kalori
Beehoon soto tu tak payah resepilah sebab simple sangat. Saya makan beehon soto dengan sayur yang banyak....tiba2 pulak jadi peminat sayur nie. Sebenarnya 'bercinta' jugaklah nak habiskan sayur tu.


No comments: