Sunday, October 24, 2010

Week 2, Day 6 my weight loss journey

Ini lunch saya pada hari sabtu 23hb. Beehoon tom yam yang agak pedas sedikit...banyak sangat cili api yang dimasukkan. Selepas habiskan 3 jam di gym sempat pulang untuk memasak hidangan untuk lunch.



Ini adalah hidangan makan malam saya. Sotong goreng kunyit bersama kailan goreng bersama udang kering.


Nasi tu hanya 1/2 cawan saja ye....lebihkan sayur hijau. Kalori untuk 3 ekor sotong adalah melebihi 300 kalori so jangan makan banyak sangat. Ini saya sertakan resepi untuk kailan goreng udang kering.

Kailan goreng udang kering

Bahan-bahannya

  • 4/5 batang sayur kailan
  • 1 sudu makan udang kering-rendam sebentar
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 ulas bawang merah-dihiris
  • 2 ulas bawang putih-dihiris
  • secubit garam
  • 1/2 cawan air
  • sedikit minyak

Cara-caranya

  1. Bersihkan dan potong dua sayur kailan
  2. Panaskan kuali dan masukkan minyak. tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau. Masukkan udang kering, kacau rata.
  3. Masukkan sos tiram, air dan sedikit garam.
  4. Masukkan kailan, kacau rata dan terus angkat. Jangan masak terlalu lama supaya sayur tetap ranggup.

No comments: