Tuesday, December 14, 2010

Ikan Cencaru Bakar Sempoi




Pagi ahad lepas, saya pergi ke pasar tani Shah Alam sebab nak beli sayur-sayur yang segar kat situ. Sejak dua menjak nie, peti ais saya tu penuh dengan sayur-sayur. Memang saya ambil banyak sayur dalam setiap hidangan saya dan masakan saya pula tersangatlah simple sampaikan saya segan nak tayang kat blog. Masa beli ikan, saya tengok ikan cencaru nie segar betul.....saya ambil seekor, kononnya nak buat cencaru inti kelapa tapi malam tu saya bakar je ikan nie dan ratah sambil makan dengan sup sayur.
Ikan Cencaru Bakar sempoi
Bahan-bahannya:-
  • 1 ekor ikan cencaru
  • sedikit garam
  • sedikit kunyit
  • sedikit lada sulah
  • 1 sudu makan minyak masak

Cara-caranya:-

  1. Bersihkan ikan cencaru dan letakkan atas tisu masakan supaya lebihan air diserap.
  2. Taburkan sedikit garam, kunyit dan lada sulah, ratakan. Biarkan sebentar
  3. panaskan non stick pan yang ada penutup
  4. panaskan pan/wok dan masukkan minyak masak.
  5. letakkan ikan dan tutup tudung pan/wok. Guna api yang perlahan. Bakar selama 10 minit.
  6. Kemudian terbalikkan ikan tersebut dan bakar lagi selama 10 minit.
  7. Angkat. walaupun ia nampak tidak garing tapi ia telah masak dan isi ikan juicy serta lembut.
  8. Makan bersama sambal kicap @ pencicah kesukaan anda.

No comments: