Monday, December 27, 2010

Talam Kacang Hijau

Saya buat Talam Kacang Hijau nie pada malam ahad dan bawak ke ofis pagi semalam. Bawak 1 tray tanpa dipotong, jika dilihat bahagian atasnya keras cantik tapi bila potong dengan pisau kat pantry ofis tu yang potong jaripun tak luka, maka terlihatlah kelemahannya iaitu lembik dibahagian bawah. Masing-masing terpaksalah makan guna sudu. Walaubagaimanapun Talam nie memang sedap dengan rasa lemak-lemak masin dilapisan atas dan lemak manis kacang hijau dibahagian bawah. Saya suka makan talam nie, kalau tak kerana kalori mungkin 3-4 potong habis tapi nak jaga kalori maka hanya ambil 2 potong sahaja sebagai sarapan pastu dah tak tengok dah. Bila masuk pantry tengahhari, tengok talam nie dah licin.....rupanya boss pun minta supaya talam nie dihidangkan kepada tetamunya....huhhh merasa Datuk/Tan Sri tu makan talam kacang hijau saya nie.



Bila fikir kat mana silap saya bila buat talam nie, baru teringat yang saya tersilap ketika merebus kacang hijau. Dalam resepi kata rebus hingga lembut dan kemudian tapis hingga kering airnya tapi saya rebus kacang hijau hingga empuk pastu biar kacang dalam periuk bersama baki air rebusan. Saat2 akhir baru nak tapis maka sebab tu kacang hijau serap lebihan air dan talam saya lembik.....so after this bdaria jangan buat mistake nie lagi.



TALAM KACANG HIJAU



Bahan-bahannya:-



Lapisan bawah
:

  • 250gm gula kastor
  • 150gm tepung beras
  • 40gm tepung hong kew hijau
  • 1/2 tsp garam halus
  • 200ml santan pekat
  • 650ml air (mungkin anda perlu kurangkan air nie dalam 50ml)
  • 200gm kacang hijau (rebus hingga lembut dan tapis airnya)
  • sedikit pewarna hijau @ anda boleh dapatkan pati dari daun pandan jika tak suka pewarna.

Cara-caranya:-

  1. Satukan semua tepung, garam, santan dan air kemudian tapis supaya tidak berketul. Masukkan pula gula, kacang hijau dan pati pandan.
  2. Masukkan dalam periuk dan masak atas api sederhana sehingga naik wap
  3. Tuangkan dalam loyang 10"x10"x2 dan kukus selama 30 minit

Lapisan atas:

  • 70gm tepung beras
  • 50gm tepung hongkew atau tepung jagung
  • 2 tsp garam halus
  • 200ml santan pekat
  • 800ml air

Cara-caranya:-

  1. Satukan semua bahan diatas dan kacau rata
  2. tapiskan kedalam periuk dan masak sehingga naik wap
  3. Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit

Nota:-

  1. Jangan kurangkan sukatan gula dan garam sebab memang dah ngam.....tak terlalu manis atau masin. Just nice, kalau anda kurangkan rasanya akan lari dah tak sedap.
  2. Pewarna hijau saya gantikan dengan pati pandan sebab my ofismate ramai cina maka mereka tak makan makanan yang guna pewarna begitu juga saya so saya tukarkan pewarna dengan pati pandan sbb tu kurang hijau sgt sbb saya tak guna daun pandan serani.
  3. Kalau tak ada tepung hongkew boleh gantikan dengan tepung jagung.
  4. Rebus kacang hijau jangan terlalu empuk just lembut sahaja dan kemudian tapis baki airnya.
  5. Resepi diatas tu untuk loyang 10" x 10" ye, utk org business @ utk makan 30 orang so kalau kat umah anda tu ada 3/4 orang, janganlah buat ikut resepi tu nanti pengsan nak makan. Buatlah separuh dan guna loyang yg kecil sikit.



No comments: