Sunday, April 3, 2011

Ayam Goreng Tepung


Ini dinner saya malam nie. Ayam goreng tepung, resepi simple dari adik perempuan saya. Anak-anak saudara saya jarang nak makan KFC malah mereka bukan seperti kanak2 lain yang akan mintak KFC kalau nak makan ayam. Saya pernah belikan sebekas ayam KFC masa balik kampung tapi mereka tak sentuh langsung. Kalau nak makan ayam goreng, inilah resepi yang adik saya buat untuk anak2 dia.



Saya buat ayam goreng dan bukan sup seperti perancangan awal sebab ayam nampak dah tak begitu segar, dah lama sangat kat tempat beku dalam peti tu so kalau buat sup tentu kurang sedap. So terhasillah ayam goreng tepung untuk menambahkan lemak2 kat badan. Cubalah resepi ni sedap dan ranggup.



Ayam Goreng Tepung


resepi dan publish oleh resepidaria.blogspot.com



Bahan-bahannya:-


4-5 ketul ayam

3 ulas bawang putih

sedikit garam

3 sudu makan tepung ubi

1/2 sudu makan serbuk kari

1 biji telur

minyak untuk mengoreng secukupnya

Cara-caranya:-




  1. Basuh ayam sehingga bersih dan lap dengan tisu masakan sehingga kering.


  2. Tumbuk lumat bawang putih dan garam, lumurkan pada ayam dan perap seketika.


  3. Satukan tepung ubi bersama serbuk kari.


  4. Pecahkan telur dan pukul ringgan.


  5. panaskan minyak yang banyak (deep fry)


  6. Celupkan ayam kedalam telur dan kemudian masukkan ayam tadi kedalam tepung. Jika nak senang masukkan sedikit tepung dalam plastik kemudian baru masukkan ayam dan goncang.


  7. Masukkan ayam tadi kedalam minyak dan tutup tudung periuk/pan anda


  8. Goreng selama 3-4 minit kemudian baru alih bahagian yang sebelah lagi dan masak selama 3 minit lagi atau sehingga ayam keperangan.


  9. Angkat dan toskan minyak berlebihan dengan tisu masakan.


  10. Enak dimakan bersama sos.

No comments: