Saturday, April 9, 2011

Omelet sosej cendawan


Omelet nie saya buat untuk sarapan saya pagi tadi. Hidangan yang mudah disediakan. Kebelakangan nie saya memang tak banyak memuatkan entry-entry masakan, lepas je balik dari asrama.....ingatkan bolehlah merasmikan dapur baru dan oven tu. Berangan nak buat macam-macam baking untuk test oven yang tersimpan hampir setahun lebih baru nak pasang dan guna. Tapi lepas balik dari asrama....3 minggu berturut saya kena pulak buat tugasan luar pejabat dan outstation so tak tertunai jugaklah hasrat nak buat baking. Saya ada janji nak letakkan resepi bingka labu tapi resepi tu dah misplace so saya akan cuba jugak cari (sayang oiiiii kalau hilang kertas resepi tu).....dan akan publishkan bila dah jumpa ye.



Omelet sosej cendawan

Recipe by resepidaria.blogspot.com



Bahan-bahannya:-

2 biji telur


1 ketul sosej ayamas premium mushroom chicken


1 keping cheese slice-dihiris halus


1/2 ketul bawang holland


Sedikit minyak


Cara-caranya:-




  1. pecahkan telur dalam mangkuk dan pukul


  2. Potong sosej dan bawang dalam bentuk kuib kecil, ketepikan


  3. Panaskan minyak dalam kuali leper


  4. Masukkan sosej dan bawang, goreng sehingga kekuningan. angkat


  5. Masukkan telur yang dipukul tadi dan masukkan sosej dan bawang, kacau secara cepat supaya sosej dan bawang baercampur dengan telur. Pastikan ia tidak menjadi telur hancur.


  6. Taburkan cheese diatasnya dan lipat dua telur


  7. Angkat dan hidangkan bersama sos dan mayonis

No comments: