Friday, April 8, 2011

Sudahkah anda hantar borang BE?


Anda sudah mengisi dan menghantar borang cukai individu @ borang BE. Tarikh akhir adalah pada 30hb April nanti dan hanya tinggal lagi 22 hari. Ceeeewah....macam pegawai cukai pulak, saja nak ingat mengingati supaya kita tak terlupa kan....sebenarnya nak berlagak sikit sebab saya baru je hantar tadi dan ada refund sebanyak RM1200.....ewaaahhhh bestnya ada refund. Sekarang nak hantar borang dah mudah.....hanya dihujung jari sahaja.....gunalah e-filling iaitu disini.


Banyak jugaklah cukai kena dibayar tahun nie.....lepas di tolak dengan zakat maka banyaklah bayaran balik (refund) yang saya akan terima nanti. Duit refund itu juga akan di bank in kedalam akaun kita sebab dalam e-filling ada ruangan no akaun bank. Kawan saya yang hantar borang BE dalam bulan Feb lepas (nie contoh warganegara yg baik) dah pun terima duit refund dia pada minggu lepas. itupun dia tak sedar sebab duit tu masuk dalam akaun bank dan hanya sedar bila terima surat dari LHDN mengatakan bahawa wang refund dah dimasukkan dalam akaun bank beliau. Saya menasihati anda (hanya yang layak dicukai sahaja ye) supaya hantarlah borang BE anda secepat mungkin sebelum line 'sesak' bila saat-saat terakhir.



Pengalaman sayalah ye......dulukannnnn (tutup muka....malu....nie cerita dulu-dululah.....masa tak de kesedaran sivik) saya tak declare income saya tau. Pastukan dalam tahun 2009, saya kena audit cukai (padan muka ingat bila dah lama terlepaslahkan) dan kenalah istiharkan semua pendapatan saya dari tahun 1999 sehingga 2003 (tahun 2004, baru datang kesedaran sivik hehehehe)......so kenalah bayar cukai sebanyak ribu-ribu ringgit bersama dengan denda2nya sekali....berpeluh beb.....mujurlah saya dibenarkan buat bayaran ansuran selama 12 bulan. Jadi nasihat saya pada anda "janganlah sampai terjadi seperti saya ye.......berpeluh nak bayar tau". Jangan ingat kita akan terlepas.....ini baru audit cukai belum lagi kena dengan "penyiasat cukai".

No comments: