Wednesday, April 27, 2011

Saya dapat duit refund

Sudah jam 12.50 tengahhari....tak siap-siap lagi kereta saya. Saya dah kebosanan tahap gaban dah kat sini sebab tunggu dari jam 9 pagi tadi. Nak 'merantau' kat Empire tak de moodlah pulak lagipun rasa macam punggung dah melekat kat kerusi nie....malas bebenor nak bangun. wah hari nie saya buat blogwalking kat blog kawan-kawan.....saya singgah semua 'rumah' pagi nie.


Saja je buat entry nie sebab nak kongsi satu benda dengan anda semua. Tadi saya masuklah kat Maybank2u nak tranfer duit sikit kat adik bongsu. Tengok account balance.....eikkkkk ada lebih dari baki semalam. Semalam lepas je duit gaji dan bonus masuk saya dah buat bayaran untuk semua yang patut2 dibayar. yang wajib dah langsai....adalah balance sikit lagi, tiba-tiba pagi nie bertambah lak baki duit tu ye. Wah magic betul....saya pergi ke detail statement....nak tengok dari mana datangnya extra tu.


Yehhhhh saya dapat REFUND PAYMENT dari LHDN. Duit refund dikreditkan ke akaun saya pada 26hb dengan amaun RM1,443.80. Tengok sekejap je saya dah dapat refund....rasanya tak sampai 2 minggu saya hantar Borang BE.


Sudahkah anda mengisi dan menghantar Borang BE anda untuk tahun taksiran 2010?. Anda ada 4 hari sahaja lagi untuk berbuat demikian....silalah masuk ke laman web LHDN dan isilah borang tersebut dan hantar secara online. Jangan tunggu saat-saat akhir. Persoalan....siapa yang layak?. Anda semua yang mempunyai pendapatan dan bermastautin di Malaysia. Jika anda kata "gaji saya kecik je....tak kena cukai". Cuba semak penyata gaji anda, ada potongan PCB dibuat maka anda wajib isi dan hantar Borang BE, samada anda ada cukai kena bayar atau tidak itu bukan persoalannya....oleh kerana PCB sudah dipotong dari gaji anda, Borang BE kena isi supaya anda dapat kembali duit PCB tersebut jika ada lebihan dari cukai kena bayar. Jangan kelirukan diri anda antara PCB dengan Borang BE. PCB adalah potongan cukai berjadual. Majikan akan membuat potongan PCB dari gaji anda dan akan meremitkan kepada LHDN pada setiap bulan. Potongan PCB belum membolehkan anda dikatakan sebagai mematuhi kewajiban mengistihar pendapatan anda jika anda tidak menghantar Borang BE. Oleh itu isi dan hantarlah Borang BE sebelum 30hb April 2011. Lebih dari tarikh 30hb April 2011 maka penalti lewat hantar borang akan dikenakan. Banyak beb penaltinya.....bergantung kepada kali berapa kesalahan anda....bukan ratus-ratus ye....lebih RM2,000.


Oh ye....jika anda tiada pendapatan tapi anda ada blog dan anda terima duit dari nufffnang/iklan atau duit hasil jualan produk2 anda, pastu anda paparkan pulak kat blog.....anda kena istihar ye penerimaan tu. Pegawai cukai pun salah seorang pembaca blog anda. Jika anda jadikan blog anda sebagai tempat untuk jana pendapatan. Contohnya anda buat kelas masakan, anda paparkan jadual dan nama-nama peserta, bayaran kelas tersebut. Tiap-tiap hari ada kelas. Mungkin ketika ini pegawai cukai sedang kumpul semua maklumat tersebut(mrk tengah kira berapa banyak yg anda dapat setiap bulan) dan tunggulah setahun dua lagi maka mereka akan hantar surat kepada anda "adalah dimaklumkan bahwa pihak kami akan melawat rumah/premis tuan/puan pada.......". Jadi semua resit2 beli barang, bil elektrik, air serta semua kos yang anda terpaksa libatkan untuk buat kelas tu....anda kena simpan dalam satu fail ye. Mulalah buat dari sekarang secara kemas dan teratur....supaya anda ada bukti bila nak tunjukkan kepada pegawai tersebut. Saya bukan nak takut-takutkan anda tapi anda adalah usahawan internet....anda ada pendapatan dan anda layak dicukai.


Anda tentu tertanya-tanya....orang yang buat kerja haram tu, yang makan rasuah tu....mereka kena ke cukai?. Jawapannya kena......apabila diketahui sumber dan buktinya....merekapun tak terlepas. Berita-berita tentang nie bukan disebar-sebarkan dalam berita.....kat income tax ada satu unit khas untuk buru pelari cukai ini. Anda saja yang tak tahu. Anda selalu ingat " kami yang kecik-kecik nie aje yang kena cukai, jerung2 besar tu terlepas aje". Ye ke, anda pasti ke?.......anda tak tahu betapa susahnya jadi jerung-jerung besar sebab mereka sentiasa diperhatikan....kereta apa mereka pakai, rumah besar tu sapa punya....orang income tax tahu....anda saja yang tak tahu. Oleh itu janganlah selalu persoalkan sesuatu yang anda tak pasti......tunaikan sahaja tanggungjawap anda. Duit yang kerajaan guna untuk bangunkan negara dan bayar gaji pekerja kerajaan termasuk perdana menteri adalah duit anda pembayar cukai. So anda berhak marah jika duit itu disalahgunakan oleh kerajaan. Anda patut tahu dari mana dan kemana duit itu pergi. Duit tersebut adalah hasil dari semua rakyat malaysia tanpa mengira bangsa dan parti politik. Walau apapun warna parti yang mereka sokong, mereka sepatutnya tidak boleh diketepikan dari menikmati hak mereka sebab mereka juga adalah pembayar cukai.


Kereta saya dah siap.....saya habiskan cerita kat sini.


No comments: