Thursday, April 28, 2011

Shopping lampu dan kipas

Hari nie saya bercuti lagi. tengokkkkk....... orang lain yang nak kahwin, orang lain yang sibuk lebih. Semalam rancangan saya tergendala. mak saya akan datang ke KL sabtu nie so dia nak bawak balik lampu dan kipas. Jadi saya kena pergi jugak ke Puchong untuk beli lampu dan kipas tu. Sebelum keluar rumah, ini sarapan saya. Saya goreng semula bebola durian baki semalam. Agak garing sikit sebab goreng dua kali. Cubalah bebola nie sebab memang sedap.


Saya sampai kat Kedai dalam jam 12 pagi. Saya sorang je pelanggan masa tu so semua jurujual asyik mengekori saya saja. Banyak lampu-lampu....rasa susah nak pilih lagipun saya tak tengok lagi keadaan rumah baru kat kampung tu. Tinggi atau rendah siling rumah saya tak pasti. Saya tak boleh buat keputusan jenis apa yang patut dibeli, jadi saya ambil beberapa keping gambar lampu (psssst dalam anggaran harga RM100 satu sbb budget orang yang nak sponsor nie tak besar hehehehe). Saya call adik saya dan saya download gambar nie....so biar mereka yang pilih. Rumah mereka jugakkan, kalau mak tak berkenan saya akan kata " itulah adik gie yang pilih".







Adik saya berkenan yang ini. Simple......sesuailah dengan rumah kampung. takan rumah kampung nak pakai lampu hiasan macam rumah banglo pulakkan. Nanti jadi lembu pakai gaun pulakkan.....ada ke peribahasa tu.



Saya hanya beli 3 biji kipas KDK 4 blades. 3 kipas tu dah penuh bonet dan tempat duduk belakang kereta saya. Lampu......esok saya datang semula. Lepas saja keluar dari kedai tu saya singgah ke Ipoh Station. Restoran yang berkonsepkan latar belakang filem-filem lama dan P Ramlee. Pinggan mangkuk dia pun design lama-lama.


Saya mintak tapai pulut nie. Sebungkus tapai sebesar tu berharga 50 sen. Saya order Mee Kari....saja nak cuba. Selalunya saya makan asam laksa tapi hari nie asam laksa belum siap dimasak lagi. Kat sini asam laksa dia best.


Mee kari dia kureeeeng sikit. Tak begitu ummmm sangat. Satu mangkuk nie berharga RM6.50. Kalau pagi bolehlah bersarapan dengan lempeng kelapa.











1 comment:

Maria Ismail said...

Saya pun suka lampu yang simple esplly kombinasi hitam & putih