Friday, January 28, 2011

Apam Snow White

Apam snow white nie saya buat pada malam nie. Hari nie tak jadi pergi gym sebab nak tunggu technician dari Fagor datang untuk baiki oven saya. Tunggu punya tunggu....tak datang. Tunda hari selasa nie. Masa kat ofis tengahhari tadi ada bukak myresepi. tengok laporan masakan, kak besah dah cuba resepi nie dan dia kata amat sedap so saya terujalah nak mencuba. Yalah tak payah pakai tapai nasi dan tak guna eno.....nak tahu jugak kenapa ia dipanggil apam snow white.....beza sangatkah dari apam beras. So saya masak nasi dan buat separuh dari sukatan resepi......gi beli kelapa parut. Mula2 nak suruh tokey kedai tu paruh putih tapi bila tengok kelapa tu kecik gila so tak jadilah parut putih.....parut habislah. Mintak separuh aje......masa nak bayar hulurlah RM1, dia kata 'kak kelapa separuh RM1.10 ", mak aiiii mahal gila kelapa sekarang nie.....maknanya sebijik RM2.20 lah. Patutlah santan kotak laku sunguh kat supermarket.....always kosong kat rak.

Saya masukkan banyak gambar apam nie. gambar yang pertama nie adalah kukusan pertama yang diperap sejam sebagaimana resepi......hasilnya agak padat sikit tapi tetap sedap.



Ini pula adalah kukusan kedua yang diperap dalam sejam setengah. Nampak lebih gebu sedikit.




Ok, sekarang apa komen saya tentang apam snow white nie. SEDAPPPPPPPP.....habis rosak diet akak malam nie.....kalori lari.....terlebih-lebih kalori sbb makan kat 5-6 biji. Ia tidak segebu kapas (seperti apam yg bubuh eno) tapi ia gebu yang sedikit padat dan seperti apam beras tapai nasi. Walaupun ia tak merekah tapi memang bestlah.....alternatif bagi yang tak ada tapai. Ini resepinya jika anda juga ingin mencuba.....terima kasih buat qnq0910 kerana kongsikan resepi nie di Myresepi.


Apam Snow White

Publish dan Photo by http://resepidaria.blogspot.com/


Bahan-bahannya:-

  • 3 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula pasir
  • 1 paket mauripan @ ibu roti (11gm)

  • 2 cawan nasi

  • 3 cawan air
  • 1/2 biji kelapa parut putih + sedikit garam (tambahan)

Cara-caranya( saya ubahsuai sedikit cara-cara dari resepi asal):-

  1. Masukkan semua bahan diatas kecuali nasi dan air kedalam bekas. Gaul rata dan ketepikan sebentar

  2. Kisar nasi dengan air sehingga ia betul-betul hancur.

  3. Masukkan campuran kisaran nasi dan air tadi kedalam bekas tepung dan sebatikan.

  4. Perapkan adunan selama sejam. Tutup bekas adunan anda dengan kain bersih/tuala bersih.

  5. Panaskan periuk kukus. Sapukan sedikit minyak pada acuan lompang dan susun dalam pengukus. Kukus dalam 3-5 minit.

  6. Angkat bekas kukusan yang mengandungi acuan lompang kosong dan masukkan bancuhan tadi sehingga penuh acuan. Anda boleh letakkan pewarna kesukaan anda. saya letakkan sirap ros so bau apam jadi harum saja.
  7. Kukus selama 10-15 minit dengan api yang sederhana kuat.

Nota:-

  • Saya buat separuh sukatan resepi diatas so gula pasir saya gantikan dengan gula kastor sebanyak 1 cawan ( kemudian buang 1 sudu besar gula) supaya ia tak terlalu manis. Bagi saya manis gula yang dikurangkan dan ditukar kepada gula kastor dah ok. Saya tak suka manis sangat so manis nie....just nice 4 me.

  • Jika adan nak buat belang2 macam saya buat tu....bahagikan adunan kepada warna kesukaan anda kemudian masukkan kedalam pipping bag supaya senang nak dimasukkan kedalam acuan. Picit sahaja sebelah warna putih dan sebelah lagi warna merah so jadilah 2 warna dalam satu acuan.

  • Saya akan tambah tempoh masa perapan kepada 1 1/2 - 2 jam jika buat lain kali supaya teksturnya lebih gebu lagi.
  • Jika anda buat apam dan dapati bahagian bawah apam separuh keras dan atasnya gebu. Solusi bagi masalah ini adalah panaskan bekas lompang atau bekas lain yg hendak digunakan terlebih dahulu sebelum memasukkan bancuhan apam. Ini sebelum kukusan yg pertama.

No comments: