Monday, January 3, 2011

Jalan sesak kembali


Hari nie hari pertama persekolahan penggal baru. Saya betul-betul terlupa hari nie adalah hari persekolahan. Dah sebulan lebih dok enjoy keluar rumah jam 7 pagi, this morning pun keluar jam 7 jugak sbb terlupa. Apa lagi bila nampak bas sekolah kat jalan keluar apartment....dalam hati habislah saya pagi nie..... mesti masuk lewat ofis.


Memang betul seperti diduga, LDP sesak dengan kereta.......pelik kan bila bukak sekolah je jalan sesak. keluar sahaja dari kawasan apartment, saya kena tempuh 2 trafik light di simpang 4. Kat sini saja dah kena tunggu kat 3 minit sebelum lampu hijau, kalau kereta kat depan saya tu bukan 'lady driver atau driver lesen L" maka lepaslah kereta saya, kalau tak kenalah tunggu lagi 3 minit. Lepas tu satu lagi trafik light simpang 4, kena tunggu lagi 3/4 minit. kali nie line panjang.....selalunya terpaksa tunggu lampu hijau 2 kali baru lepas. kat sini saja saya dah buang masa kat 8 minit sebelum keluar ke LDP. Paling tension kalau ada stupid driver buat perangai....dia duduk kat line kiri nak masuk simpang kanan, dia nak himpit jugak kita kat line kanan nie sedangkan nak masuk simpang tu ada 2 jalan......apa masalah dia, dia duduk kat line kanan pun boleh lalu apa, jalan besar gedabak. Inilah manusia2 yang selalu buat jem pagi-pagi, tu belum masuk lagi pakcik/makcik/atuk/nenek bawak kereta bersiar-siar atau driver teksi....masa nie kalau mereka bawak 50km sejam pun saya dah angkat tangan 'syukur alhamdulillah' kereta depan nie boleh bergerak 50km sejam wp jalan tu lengang sebab selalunya mrk akan bawak 30-40km/j dijalan lenggang hahahahha. Inilah perkara yang bakal saya hadapi pagi nie, esok dan seterusnya. Nampaknya kenalah keluar 6.45 pagi seperti biasa....dah tak boleh enjoy2 lagi.


Kepada ibubapa yang baru menghantar anak-anak masuk darjah satu atau baru nak masuk tadika, bersabarlah dengan kerenah anak anda. Kat ofis saya pagi nie lenggang sbb ramai rakan2 sekerja yang terdiri dari ibubapa muda dah mula hantar anak masuk tadika dan sekolah. yang tinggal kat ofis nie adalah orang yg tidak ada anak seperti saya dan 'golongan veteran' yg anak2 dah besar. This morning saya sarapan seorang diri sbb Selvam dan Ang tak ada nak teman. Dan yg paling benci sbb esok kena gi HQ untuk mesyuarat rasmi.....sapa suruh tak cuti kan dah kena gi meeting sbb boss cuti. Sunyinya ofis saya hari nie.....waaaaaaaaa

No comments: