Sunday, January 9, 2011

Week 13, weight in results

Setelah hampir 2 minggu saya menyepi diri dari bercakap berkenaan dengan perjalanan berat badan saya, hari nie saya kembali memaparkan results diet saya untuk minggu ke 13. Saya buat timbangan nie awal pagi tadi, bila lihat saya berjaya mengurangkan lebih 1 kg minggu nie...ia buat saya betul-betul happy. So saya decide untuk pergi shopping dan hadiahkan diri saya dengan sesuatu supaya saya boleh terus bersemangat dan motivasi saya tidak down lagi seperti minggu2 lepas.


Ini adalah graf perjalanan diet saya selama ini. Ada turun dan naiknya.....ada saat-saat saya berjaya dan ada saat saya amat kecewa. Bila saya tidak berjaya seperti di minggu 10, 11 dan 12 dimana langsung tiada penurunan....graf saya statik sahaja, terus terang ketika nie saya sedikit down dan hampir2 putus asa tapi bila saya tenguk balik My Diary, saya nampak kesilapan saya dan alhamdulillah saya berjaya pulihkan kembali dalam minggu nie. Untuk itu hari nie saya hadiahkan diri saya dengan beberapa helai sport t-shirt dan sehelai seluar yoga.

Setakat 13 minggu nie sebanyak 9.9 kg telah diturunkan. Saya perlu turunkan sebanyak 5 kg lagi untuk capai target ke 2 sebelum Mac 2011. Selepas tu saya akan slow down tapi tetap teruskan cara makan sekarang. 64kg dah cukup bagi saya.


Purata penurunan berat badan saya seminggu adalah 0.7kg.



Saya telah berjaya 'mengeluarkan' 10kg lemak/blobs daripada badan saya dalam tempoh 13 minggu.

No comments: