Tuesday, January 4, 2011

Chocolate Cheese Strawberry Muffin


Hari isnin, saya beli sepeket strawberry korea dan satu bekas pisang kaki yang sangat-sangat manis dr Mr Chan. Semalam, hari rest dari gym so balik saja dari ofis saya singgah kat minimarket dekat rumah nak beli barang dapur sikit. Masa masuk minimarket, belum hujan lagi tapi lepas je bayar kat kaunter, hujan turun selebat-lebatnya. Saya pulak tak bawak payung, so tunggu dalam 10 minit....hujan still lebat malah bertambah lebat. Nak tak nak saya terpaksa redah jugak dan berlari ke kereta, bila sampai ke kereta....air dah atas paras buku lali saya sbb saya parking kat lopak. Habis basah satu-satunya kasut kulit yang saya pakai pergi ofis. Saya bukan jenis pengumpul kasut, saya pakai kasut dari satu jenama sahaja sbb kaki saya tak sesuai dengan design jenama lain....saya akan pakai sampai rosak lepas tu baru beli baru. Saya dah basuh dan jemur...hope tak rosaklah kalau tak, terbang RM300 lagi. Pagi nie saya terpaksa pakai kasut flat yang saya guna untuk tugasan luar....dipakai dengan baju kurung, nampak pelik bebenor.


Balik je ke rumah, lepas mandi dan sembahyang mulalah projek memasak. Saya buat mee goreng udang kering lagi untuk dinner semalam dan tom yam untuk bekalan lunch hari ini. Oleh kerana ada strawberi nie, maka saya cubalah nak membuat Chocolate Cheese Strawberry Muffin. Satu tray muffin rosak sbb saya tersilap baca arahan resepi dan hanya selamat 4 biji muffin bila saya bakar baki bancuhan kali ke 2. So kalau anda nak mencuba resepi nie....make sure anda baca aturan resepi dengan betul sebab muffin nie sedappppp. Pastilah sedapkan sebab ada cheese dengan strawberi digabungkan pulak dengan kek coklat (bagi orang yang minat cheese). Jangan adjust sukatan gula sbb kemanisan dia sedang-sedang sahaja tapi kalau guna gula pasir kenalah kurang sikit dari sukatan resepi sbb dalam resepi guna gula aising dan gula caster.


Segarkan strawberi nie.....saya paling suka kalau beli strawberi korea nie. Tak terlalu masam....manis-manis masam. Satu bekas nie berharga RM12. Sebab strawberi cepat rosak so kenalah fikir something untuk habiskannya.....takan nak makan semua.

Coklat muffin diliputi dengan strawberi cheese...memang mengoda. Mujur saya mampu tahan godaan tapi habis jugaklah sebiji muffin nie. Hari nie kena bayar balik 'kalori terlebih' semalam.....extra excersice. Untuk sebiji muffin nie, saya kena berlari selama 1 jam. Ok inilah resepinya jika anda berminat nak cuba tapi pastikan anda ikut turutan resepi betul2 sbb kalau tak jadi jangan marah saya sbb saya dah pesan.

Chocolate Cheese Strawberry Muffin/ Muffin Coklat Keju Strawberi
Recipe by Majalah Sedap
Publish & Photo by resepidaria.blogspot.com


Bahan-bahannya:-

Bahan i

  • 150gm krim keju

  • 50gm gula aising

  • 1 biji telur, pukul ringan

  • 1/4 tsp air perahan lemon

  • 50gm strawberi segar, dipotong-potong

  • 50gm jem strawberi

Bahan ii

  • 150gm tepung gandum

  • 25gm serbuk koko

  • 1/2 sudu makan serbuk penaik

  • 100gm gula pasir halus

  • 1/4 tsp garam

  • 1 biji telur

  • 100ml susu cair

  • 50gm mentega, cairkan

  • 100gm coklat masakan hitam, cairkan

Cara membuatnya:-


Bahan i

  1. Pukul krim keju dan gula aising sehingga sebati/rata

  2. Masukkan telur dan air perahan lemon, kacau rata.

  3. Masukkan campuran strawberi dan jem strawberi, kacau rata dan ketepikan.


Bahan ii

  1. Ayak tepung gandum, serbuk koko dan serbuk penaik. Masukkan gula castor dan garam. Kacau rata.

  2. Pukul ringan telur, susu cair dan butter mengunakan whisk tangan. Masukkan coklat masakan cair dan kacau rata

  3. Tuangkan sedikit demi sedikit kedalam campuran tepung gandum sambil dikacau rata.

  4. Tuangkan ke dalam acuan muffin bersaiz sederhana yang dialas dengan cawan kertas. Tuangkan separuh bekas sahaja.

  5. Sudu kan bahan i diatasnya. Jangan bubuh penuh sebab nanti kek akan naik.

  6. Bakar selama 20 minit dengan API BAWAH, dengan suhu ketuhar 190 c sehingga masak.

Nota:-

  • Jangan guna susu yang dikeluarkan direct dari peti ais sebab ia akan menyebabkan campuran tepung dan coklat menjadi pekat.

  • Saya cairkan coklat masakan mengunakan kaedah double boil

  • Pastikan anda bakar mengunakan API BAWAH ye. Bahagian atas adalah cheese so ia akan menyebabkan cheese mencair jika dibakar guna api atas bawah dan ia juga akan menyebabkan kek anda tidak masak. Ini amat-amat PENTING untuk memastikan bahagian kek betul-betul masak. Jangan tersilap, jika tidak anda akan buang muffin tersebut seperti yang berlaku pada saya untuk bakaran pertama sbb terguna api atas bawah.
  • Saya telah mengunakan susu HL yang ambil dari peti ais maka bila saya masukkan dalam adunan, adunan saya jadi kental. So anda jangan ulang kesilapan ini. Anda perlu pastikan susu berada disuhu bilik sebelum digunakan atau lebih baik guna susu cair seperti resepi.
  • Oleh kerana adunan saya sedikit mengeras maka saya terpaksa tambah 50ml susu lagi. Untuk anda, bancuh adunan ikut resepi dahulu dan jika didapati adunan agak kental maka barulah tambahkan sedikit susu cair lagi.
  • Letakkan tray dibahagian tengah oven anda.


Ini adalah gambar Chocolate Cheese Strawberry Muffin dalam majalah. Ia sepatutnya jadi begini. Resepi tu dah ok cuma kesilapan atas saya sbb tak baca betul resepi.

No comments: