Sunday, January 30, 2011

Week 16, weight in results

Alhamdulillah dalam sibuk2 menguruskan perpindahan ke rumah baru, ada kalanya diet saya tidak terjaga sbb dalam minggu lepas saya banyak makan diluar. Bila timbang pagi tadi wow.....turun 0.9 kg minggu nie. Syukur sangat......saya masih on track.
Dah 16 minggu saya jaga makan dan bersenam dengan teratur (kadang2 terbabas jugak bila emosi terganggu). Dah 11.2 kg turun setakat nie.....on the way to 65kg, maknanya kena turun lagi 3.2 kg sebelum Mac 2011.


Anda tahu apa yang paling mengembirakan saya hari ini......tuuuuu cuba lihat kat bahagian waist, saya berjaya mengurangkan ukurlilit sebanyak 2 cm. Yesssss.....susah tau nak turun bahagian nie, jenuh dok buat plank, push up dan macam2 lagi lah. Tak rugi saya setia dengan kelas pilates yang guna fitball. I love this classes wp hanya seminggu sekali diadakan.

6 comments:

Antan Bertingkah said...

Bestnya tengok orang yang berdisiplin, napelah akak tak boleh nak ikut...

feresa~* said...

congrat..sy x senam pun..susah nak cr pusat senaman di tempat sy..huu..jeles sy tgk awk..selamat berusaha :)

bdaria said...

Feresa, senaman hy mempercepatkan proses shj. Klu x senaman tp jaga makan pun dah OK. Klu x de gym, cuba cari tangga tinggi kat kaw anda, jadikan amalan naik turun tangga. Itu pun dah bagus. Gym nie hanya utk keseronokan shj, sy suka indoor activity sbb tu sy pilih gym. Anda boleh buat outdoor, buat kerja rumah pun senaman jugak.

bdaria said...

Akak AB, bila ada satu 'dorongan' dlm diri baru boleh berdisplin. Klu tak mmg susah. Cth, isteri dikritik oleh suami sbb dah tak menarik lagi dgn badan gemuk. Automatik kritikan itu adalah 'dorongan' utk dia berdiet sbb kata2 tu melukakan hati isteri. So akak kenalah cari 'dorongan'. Dorongan sy adalah paparan diblog ini. Sy akan malu klu tak turun so sy usaha.

Anonymous said...

Kelas pilates tu kat mana ya?

bdaria said...

To anonymous,

kelas pilates tu saya ikut kat Fitness first The Curve