Sunday, January 9, 2011

Daging goreng bersama daun basil @ Pad Khapao Beef

Entry malam ahad. Lepas balik dari rewang-rewang di Sogo dan Jalan TAR, sampai rumah jam 4.30 petang.....keluar rumah jam 9.00 pagi....tu dia sekali keluar berjalan. Saya pergi KL sebab tolong belikan kain untuk buat baju pengantin adik saya. Dari satu kedai ke satu kedai saya survey sampai dapat warna dan design yang dia nak.....cuma harga saja yg bukan dalam budget dia so sebab cantik.....ambil jugaklah tapi yang difference tu kakak dialah yang kena top up.


Masa kat KL, lunch makan kway teow sup saja.....tapi sy hanya makan beberapa sudu saja itupun hanya kway teow bukan supnya sbb terlalu banyak bahan perasa ditaruk dalam soup tu.....hampeh betul. Semasa shopping, dalam beg saya memang wajib ada 1 botol mineral water dan 1 botol kecil yakult supaya perut tak terlalu lapar dan kemudian terdorong untuk makan makanan berkalori tinggi. Balik rumah memang dah lapar sangat.....basuh beras dan kemudian kukus. Keluarkan daging dari peti dan kemudian barulah gi mandi dan sembahyang.


Inilah hidangan dinner saya malam ahad. Cadangnya nak buat nasi Pad Khapao atau nasi pakapau tapi bahannya tak lengkap sbb kacang panjang tak ada, lada tumbuk malas nak buat dan telur tak ada nak digoreng. Saya cuma buat daging Pad Khapao atau daging digoreng dengan daun basil sahaja kemudian dimakan bersama dengan nasi dan salad.


Daging digoreng bersama daun basil @ Daging pad khapao

Bahan-bahannya:-

  • 2 tbsp minyak masak/minyak sayur (sy guna 1 tbsp shj)
  • 3 biji bawang putih-dihiris nipis
  • 1 tbsp cili padi/cili burung yang berwarna merah-dihiris nipis (lebih kurang 5-6 biji sili padi yang merah tu)
  • 250gm daging cincang @ daging dihiris nipis dan dipotong halus
  • 1 tbsp gula (saya bubuh 1/2 tbsp sahaja)
  • 1 tbsp sos ikan/fish souce (saya gantikan dengan 1 tbsp sos tiram)
  • 1 tbsp soy souce
  • 2 tbsp bawang merah yang dihiris nipis
  • 1/3 cawan daun thai basil/pad krapao (saya guna sweet basil)-dihiris nipis
  • 1 tbsp cilanto/coriander/daun ketumbar-dihiris nipis
  • 2-3 batang kacang panjang-dipotong-potong kecil (saya tak bubuh sbb tak ada)
  • 1/2 tsp lada hitam (saya tambah bukan dari resepi asal)
  • Sedikit garam jika perlu. Rasa dulu sbb soy souce dan fish souce dah masin.


Cara membuatnya:-

  1. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak. Apabila minyak sudah panas, tumis bawang putih sehingga naik bau dan keperangan. Kemudian masukkan cili padi yang dihiris, bawang merah dan daging. kacau sehingga daging berubah warna.
  2. Masukkan sos ikan, soy souce, gula dan sedikit air. Biarkan seketika.
  3. masukkan pula daun basil dan daun ketumbar gaul sebati.
  4. Angkat.
  5. Ia dimakan bersama nasi putih, ulam-ulaman, lada tumbuk dan telur goreng separuh masak. Ia juga boleh dilengkap dengan semangkuk sup kosong.

Nota:-

  1. Saya potong daging dalam keratan nipis tapi besar, rasa kurang sesuai untuk masakan nie. Masakan nie sesuai untuk daging dipotong nipis dan kecil atau daging cincang.
  2. Boleh tahan sedap jugak tapi saya lebih suka nasi Pad Khapao yang guna resepi yang sama cuma tambah nasi sahaja.

Tak adalah nak hidang cantik2 sebab perut dah terlalu lapar sangat-sangat wp baru 6.30 petang. Pinggan nie berukur lilit 19 cm dan nasi tu hanyalah 1/2 cawan sahaja. Saya makan bersama daun salad sahaja......masukkan daging dalam salad, bungkus dan kemudian makan. Last2 daging dengan salad yang saya habiskan nasi tak sentuh langsung.

No comments: