Tuesday, May 25, 2010

Baked Coconut Cheese Cake

Ini adalah resepi yang dipelajari dari kelas pizza dan cake Chef Steven Goh. Janji dengan Asma untuk masukkan dalam blog lepas saya mencuba. Lepas balik gym semalam saya pergi supermarket beli barang2 kononnya nak bakelah malam tu supaya boleh bawak keofis esoknya tapi lepas test dulang 9 inci dalam oven kecil dan dulang tu tak muat maka saya batalkan niat nak bake. Nak keluarkan oven Fagor tu malas pulak nak tarik keluar dari stor. Bukan senang lepas tu nak repack balik dan masuk semula dalam bilik stor. Berat beb...kena heret keluar. nak buat dalam dulang kecil(dulang kecil pun tak ada), baki thickenel cream bukan boleh disimpan lama apabila dibuka. Alang2 nak balik ke Terengganu hujung minggu nie maka saya buat kat sana sajalah.

Saya paparkan resepi baked coconut cheese cake dengan guna gambar tangkap masa kat kelas ajelah sbb dah janji dengan Asma. Asma nie rajin betul memasak, bertuah anak2 dia dapat mak macam Asma nie. so inilah resepinya, kepada asma dan anda semua yang ingin mencuba silakanlah dan nanti bagitaulah hasilnya ye.




Baked Coconut Cheese Cake
Sumber: Chef Steven Goh



Bahan-bahannya:-


Bahan A
  • 500gm Tatura cream cheese
  • 130gm gula merah
  • 30ml air panas
  • 3 biji telur (whole egg)
  • 5 biji kuning telur
  • 50gm tepung jagung
  • 125gm Thickenel cream
  • 200ml santan kelapa (santan kotak)
  • 100gm roasted dry coconut
Bahan B
  • 200gm Biscuit crumb
  • 150gm butter (dicairkan)
  • 50gm tepung jagung
  • 50gm roasted dry coconut
Penting: Jika guna biskut Digestivest maka butter kena kurangkan kepada 100gm sahaja. Jika mengunakan biskut marie atau lain2 jenis maka butter 150gm.

Cara-caranya:-

Langkah 1: Cheese cake base making
  1. Cairkan butter
  2. Ramas biskut sehingga halus (biskut digestivest senang diramas sbb lembut).
  3. Combine serbuk biskut, tepung jagung dan dry coconut. Masukkan butter cair dan gaul rata
  4. Siapkan mould 9 inci. Masukkan campuran serbuk biskut dan tekan-tekan sehingga padat. ketepikan sebentar.
Langkah 2
  1. Masukkan air panas kedalam gula merah dan hancurkan. tekan2 gula merah sehingga hancur. biarkan sejuk
Langkah 3
  1. Masukkan cream cheese kedalam mangkuk penguli. Dengan mengunakan kelajuan medium, putar sehingga creamy
  2. Setelah cream cheese creamy, masukkan gula merah dan putarkan sebentar.
  3. Masukkan pula tepung jagung dan putar lagi selama 2 minit.
  4. kemudian masukkan pula telur sedikit demi sedikit, masukkan thickenel cream dan santan pekat. putar lagi selama 3 minit.
  5. keluarkan bekas penguli dari mesin.
  6. Masukkan roasted coconut dan kacau rata


Langkah 4

  1. Masukkan cream cheese kedalam base biskut tadi.
  2. Guna aluminium foil dan balut bahagian bawah dulang. (guna dulang yang boleh dibuka tapaknya ye). pastikan kemas supaya air tidak menyerap masuk kedalam cheese cake
  3. Bakar guna kaedah steam bake pada temperature 150 C selama 80 minit
(Steam bake : panaskan oven terlebih dahulu. guna tray, masukkan air panas kedalamnya dan letakkan dulang 9 inci diatasnya)



Nota:


  1. saya beli roasted coconut di bakewithyen Taman Megah dengan harga RM10 untuk 500gm. Kalau Bakewithyen puchong ada packing 250gm dengan harga RM5.50. Banyak betul 500gm nie, saya kena cari resepi biskut pulak untuk habiskan.

  2. saya beli semua barang seperti yang digunakan oleh chef seperti gambar diatas. so anda boleh follow brand tersebut jika mahu

  3. dalam resepi chef tulis gula merah tapi pada hari mengajar chef guna gula melaka sbb itu yang ada kat BWY Puchong sbb tu warna cheese cake chef agak lembut sedikit. Anda boleh gantikan gula merah dengan gula melaka jika mahu. Gula melaka harus dihiris halus terlebih dahulu. jangan masak gula merah nanti ia jadi pekat dan bila dibiarkan sejuk ia akan keras.

  4. Guna mould 9 inci yang boleh dibuka alas bawahnya ye
  5. Jika hendak tahu cheese cake dah masak atau belum, bukak oven dan guna jari tepuk sedikit atas permukaan kek jika rasa macam ada pergerakan maka cheese belum masak lagi tapi jika ditepuk sedikit rasa padat maka sudah boleh angkat. Jangan cucuk cheese cake spt kek biasa sbb memang cheese akan melekat di pencucuk (ini pesan chef).

No comments: