Sunday, May 2, 2010

Sambal tempe


Tempe bukanlah satu hidangan yang wajib ada dalam keluarga kami (kami org utara). Saya mula kenal tempe apabila keluar dari kampung saya dan belajar di universiti. Disitu saya belajar makan tempe tapi tidaklah menarik hati saya sangat. Saya hanya akan makan kalau my friend cakap "sambal tempe kat kedai nie yg paling best", barulah saya ambil sikit. Kalau saya tak dengar orang puji maka saya tak akan ambil sebagai side dish dalam nasi campur saya.



sambal tempe yang dibuat oleh isteri pak tiar


Hari nie saya masak sambal tempe. Semua nie disebabkan hidangan sambal tempe yang dimasak oleh isteri Pak Tiar untuk dimakan bersama nasi uduk(nasi lemak) masa kat Bandung dahulu. First time saya betul2 enjoy makan tempe yang dimasak sambal ini. Jika anda lihat dalam gambar diatas, tempenya dipotong betul2 halus, kentang juga dipotong halus dan digoreng garing. Sambal tempe nie dicampur dengan kacang tanah dan kerangupan tempenya tidak terjejas sedikitpun wp selepas diletakkan lada. Fuhhhhh teringat sungguh keenakannya.


Ini baru sambal tempe yg dimasak oleh saya

Ok ini my first experiment untuk masak sambal tempe. Hirisan tempe nie tidak dapat sehalus isteri Pak Tiar dan setelah geledah 'grobok' saya baru sedar yg saya tak ada kentang.....dan tak ada kacang. So jadilah sambal tempe dengan ikan bilis sahaja. Anda nampak saja ia merah tapi sebenarnya tak adalah pedas sangat. Chili kering yang saya 'tersalah beli' adalah jenis yg berkilat dan licin....yg amat2 pedas. So takan nak buang, guna jugaklah. Inilah resepi saya buat....mungkin tidak sehebat resepi anda yang biasa masak sambal tempe. Kalau anda sudi berkongsi resepi sambal tempe yg enak spt dibuat oleh isteri pak tiar saya amat alu-alukan. Jemput saya ke blog anda jika anda ada resepi ini.
Sambal Tempe
Bahan-bahannya
Sepeket tempe-dihiris halus
Segengam ikan bilis
5-6 biji cili kering
3 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 sudu makan asam jawa-dimasukkan sedikit air dan ambil jusnya
1 1/2 sudu makan gula
sedikit garam
Cara-caranya:-
  1. Tempe yang dihiris halus, dimasukkan sedikit garam dan ditabur sedikit tepung. Gaul rata.
  2. Panaskan minyak dan goreng garing. angkat
  3. Kemudian goreng garing ikan bilis. angkat
  4. Blender cili kering dan bawang.
  5. Guna sedikit minyak untuk tumis lada yg telah diblender. Masukkan air asam jawa dan gula.
  6. perlahankan api dan biar ia masak sehingga naik minyak.
  7. Tambah sedikit garam. Apabila lada sudah betul2 kering dan masak, masukkan tempe dan ikan bilis. Kacau rata sebentar dan tutup api.

2 comments:

hanis salihah said...

Thanx sis for resepi..saya pun first time ni nak masak sambal tempe...harapnya menjadi lah..

Jemput singgah blog saya
www.haniqhanisalihah.blogspot.com

a2za said...

Lupa gula