Saturday, May 1, 2010

Serimuka Pandan




Citarasa saya dengan serimuka nie pelik sikit. Saya suka bahagian atasnya agak lembik. Saya juga tak suka kepada pewarna yang digunakan dalam makanan. Kalau nak beli serimuka saya akan pastikan bahagian atasnya tidak diletakkan pewarna hijau yg banyak. Balik dari kampung saya bawak balik banyak daun pandan. So hari nie saya buat Serimuka pandan guna resepi kelas Talam chef asma. Masa dalam kelas kami ada buat serimuka nie, bahagian atasnya memang menepati citarasa saya cuma bahagian bawah(pulut) resepi chef lebihkan air. Bahagian pulut nie terpulang kepada individu, ada yg suka pulut agak lembik dan ada yg suka pulut agak keras.
Saya buat 1/2 dari sukatan resepi dan dapatlah satu loyang kecil diatas. Ketika hendak membancuh bahagian lapisan atas, baru saya perasan yang saya kehabisan tepung kastard. Saya gantikan dengan tepung gandum tapi ikut sukatan tepung kastard so jadilah terlembik bhg atasnya. Untuk makan sendiri memang best sbb kena citarasa saya tapi kalau nak hidang kat orang, kuranglah sikit.
Warna hijau lapisan atas serimuka yang saya buat, saya guna jus daun pandan sahaja. Wp bau daun pandan agak kuat sbb tapi berbaloilah daripada saya masukkan pewarna tiruan dalam tubuh badan saya.

No comments: