Monday, May 10, 2010

Cucur Udang



Cadangnya nak buat cucur udang makan dengan kuah kacang. Setiap kali pergi ke supermarket asyik terlupa nak beli kacang tanah, last2 buat cucur udang makan dengan sos cili saja. Setakat nie cucur udang yang paling sedap yang pernah saya makan kat kelana jaya nie adalah dekat restoran tepi tasik kelana jaya. Kat situ cucur udang kuah kacangnya boleh tahan sedap.


Cucur Udang


Bahan-bahannya;-


200gm tepung gandum
50gm tepung beras
200gm udang (saya buang ekor dan kepalanya sbb saya masukkan sekali dalam tepung)
1 ikat daun kucai-dipotong
1 biji cili merah-dihiris halus
1/2 tsp baking powder
1 biji telur
sedikit serbuk kunyit
1/2 tsp cili boh
1/2 tsp gula
sedikit garam
air secukupnya


Cara-caranya:-
  1. Satukan tepung dengan semua bahan kecuali air dan telur. Gaul rata
  2. Masukkan telur dan gaul sebentar
  3. Masukkan air biasa sedikit, cukup untuk basahkan tepung sahaja
  4. Kemudian baru masukkan air panas sedikit demi sedikit didalam bancuhan tepung.
  5. Kacau dengan senduk kayu sehingga tepung sebati
  6. Biarkan sebentar selama 15 minit.
  7. Goreng sehingga kekuningan
  8. ia amat sedap dimakan bersama dengan kuah kacang atau sos cili

1 comment:

Anonymous said...

tq..cheff kecikk.....kalau aderr resepi harian macam niii boleh la kongsii lagi dgn kami yang tak berkesempatan belajar cara terbaik dan mudah macam nii..terima kasihhhh


dr inafazilah sgbuloh