Sunday, June 27, 2010

Apam Balik Coklat Durian

Entry ini telah diciplak oleh http://resepi.tipsone.com @ resepi.thief no.1. com. Tolong saya dan letakkan comment anda di blog beliau dan katakan anda benci dengan perbuatan menciplak.
==================================================
Walau tak sihat hari nie, 2 projek nie tetap berjalan. Pertama sebab nak habiskan sepeket durian yg dalam peti tu dan kedua sebab nak pulangkan sarang kuih bahulu yg dipinjamkan oleh lela pada petang nie. Baru sebentar tadi saya kerumah lela menghantar sarang bahulu dan kuih2 yang saya buat nie...reseki anak2 beliau. Saya buat apam balik coklat durian bagi menghabiskan sepeket durian tersebut. Nak makan mentah dah tak berani nanti demam lagi sedangkan esok nak ke Sabah.Setelah menikmati apam balik nie....saya suggestkan supaya anda mencuba apam balik coklat durian ini untuk menaikmati kesedapannya. Memang sedap...tak rugi mencuba. Kombinasi coklat dengan durian memang menghasilkan satu rasa yang begitu mengasyikkan...cewah ayat. My fren kata kalau saya puji satu2 masakan memang mereka tension sbb cara saya bercerita menyebabkan meleleh air liur.


APAM BALIK COKLAT DURIAN
Photo by resepidaria.blogspot.com
Recipe by Majalah Sedap Bil 24


Bahan-bahannya(anggaran 20 keping):-

Bahan Apam Balik:
450gm tepung gandum
40gm serbuk koko
30gm susu tepung
1/2 sudu teh serbuk penaik
100gm gula pasir halus
1/2 sudu teh garam
600ml air
1 sudu teh yis segera
6 biji telur
60gm gula pasir
2 sudu teh soda bikarbonat
50gm marjerin, cairkan

Bahan inti:
200gm isi durian, kisar halus
250ml susu cair
1/4 sudu teh garam
1 biji kuning telur
60gm gula pasir
4 sudu makan tepung jagung dan 4 sudu makan air, larutkan untuk memekat
5 titik pewarna kuning(sy tak masukkan sbb tak ada)
5 titik esen durian (saya tak masukkan sbb tak ada)

Cara membuatnya:
Inti
  1. Panaskan susu cair. Masukkan kisaran durian, pewarna kuning, garam, telur dan gula pasir. Kacau rata. pekatkan dengan larutan tepung jagung. Kacau sehingga meletup-letup. Masukkan esen durian. Kacau rata dan ketepikan. (Jangan sampai keras sangat
Apam Balik
  1. Campurkan tepung gandum, serbuk koko, susu tepung, serbuk penaik, gula halus dan garam. Kacau rata
  2. Tuang air sedikit demi sedikit sambil dipukul-pukul sehingga rata (saya guna whisk tangan). Masukkan yis segera dan kacau rata. Biarkan selama 30 minit
  3. Pukul ringan telur dan gula pasir. Tuangkan kedalam bancuhan tepung sambil dikacau rata. Masukkan soda bikarbonat dan marjerin cair. Kacau rata.
  4. Tuangkan kedalam kuali rata anti lekat tanpa disapu marjerin. Biarkan kembang. Tutup dan biarkan masak.
  5. Sapukan inti. lipat dua. Sapukan permukaan apam balik dengan mentega
Pesan Sedap
  • Jangan sapu kuali rata dengan marjerin atau minyak kerana ia akan menyebabkan kulit apam balik berlubang-lubang.
Pesan saya
  • Anda boleh lebihkan sukatan inti sebab inti durian nie memang sedap. Anda boleh letakkan banyak sikit pada apam balik.
  • Anda boleh guna pan yang berpenutup supaya apam masak rata
  • Gunakan api perlahan supaya ia cantik

1 comment:

|| syazwaniadnan || said...

wow.. lain dari yang lain apam balik coklat durian ni, kak!