Saturday, June 5, 2010

Dalca sayuran




Ini dalca sayuran yang saya buat untuk dimakan bersama rava dosa. dalca sayuran nie boleh dimakan bersama roti canai. dalca sayuran yang saya buat nie kekurangan bahan2 sayuran so saya hanya bubuh apa yang ada dalam peti ais saya tapi resepi yang saya paparkan adalah lengkap so jika anda kekurangan sesuatu bahan dalam resepi tidak bermakna anda tidak boleh buat....boleh buat asalkan ia bukan bahan utama resepi.

Dalca sayuran

Bahan-bahannya:-

(A)
500gm kacang dhal - (saya rendam semalaman dan kemudian rebus)

(B)
10 biji cili kering dipotong 3
5 biji cili merah dipotong stick
5 biji cili hijau dipotong stick
3 biji ubi kentang dipotong kiub
2 biji terung
1/2 biji carrot
5 urat kacang panjang
5 ulas bawang putih-dimayang
5 ulas bawang merah-dimayang
1/2 tsp biji sawi
10 helai daun kari secukupnya
sedikit kunyit, garam dan gula
air secukupnya

Cara-caranya:-
  1. Rendam kacang dhal semalaman dan kemudian rebus sehingga empuk. Masukkan sebilah sudu supaya ia cepat empuk.
  2. Panaskan minyak dan tumis daun kari serta bawang yg telah dimayang
  3. Masukkan cili kering dan tumis sehingga garing. Kemudian masukkan sayur-sayuran
  4. masukkan cili dan biji sawi
  5. Akhir sekali masukkan bahan2 yang ditumis tadi kedalam kacang dhal
  6. masukkan garam, gula dan sedikit kunyit.
Saya hanya buat separuh dari resepi diatas. sayur2 yang saya bubuh cuma kacang panjang dan carrot sahaja sbb itu sahaja yang ada dalam ais box saya.

Nota:-

Jika anda hendakkan resepi dhal kuning, resepi adalah seperti resepi diatas cuma tidak diletakkan sayur-sayuran.


No comments: