Sunday, June 6, 2010

Serimuka Pandan

.
Oleh kerana geram tengok pokok pandan yang gemuk2 kat rumah emak, saya ambil seikat bawak balik. So hari ni saya buat serimuka pandan, resepi dari kelas talam chef asma. Dulu pernah buat sekali tapi masa tu saya kehabisan tepung kastard so saya ganti denga tepung gandum, akibatnya seri muka saya lembik tapi saya suka makan. Hari nie saya cuba sekali lagi...alhamdulillah jadi elok.
Serimuka Pandan
Sumber: Kelas talam chef asma

LAPISAN BAWAH:

Bahan-bahannya

500gm beras pulut
300ml santan pekat (saya kurangkan kepada 250ml)
300ml air (saya kurangkan kepada 250ml)
2 tsp garam halus (sy kurangkan kepada 1 tsp)

Cara-caranya:-
  1. Rendam pulut sekurang-kurangnya 4 jam
  2. Basuh bersih dan toskan
  3. Masukkan semua bahan diatas, gaul rata. Kukus selama 1/2 jam (kukus dengan loyang berlainan)
  4. Apabila pulut masak, gaul sehingga sebati
  5. Masukkan kedalam loyang dan tekan bagi padat.
LAPISAN ATAS

Bahan-bahan

(A)
300gm gula castor @ 250gm gula pasir (sy kurangkan kpd 250gm gula castor)
80gm tepung kastard(sy tambah 10gm lagi)
400ml santan pekat (santan kotak)
400ml air
20gm daun pandan-blander dengan air diatas

(B)
5 biji telur-dipukul rata(sy guna 3 biji sahaja)
1/2 tsp garam halus
pewarna hijau secukupnya

Cara-caranya:-
  1. Satukan semua bahan-bahan A dan kacau rata. Masukkan bahan-bahan B, kacau sehingga sebati
  2. Ambil 2 sudu bancuhan dan sapukan keatas lapisan pulut
  3. Tapis kedalam periuk dan masak
  4. Kacau sehingga naik wap
  5. Tuangkan keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit
Guna loyang 10" x 10" x 2"

No comments: